"Eh? Tapi...tapi saya jatuh je bukan kena langgar dengan lori. Lambat lagi ni nak lumpuh."

"Awak jangan yakin sangat, kot-kot masa jatuh tadi tulang punggung awak retak. Ha! Macam mana?"

"Eh? Ya tak ya juga."

Hayden menepuk dahi. Ah, sudah!

"Bella, dah jangan merepek. Ace, bangun." Arah Hayden tegas membuatkan Arabella terdiam dan Ace segera bangun. Arabella tersengih ketika Hayden melemparkan jelingan kepadanya saat Ace dapat bangun dengan normal.

"Saya pergi dulu, tuan, puan." Ace menundukkan sedikit badannya kepada Hayden dan Arabella. Arabella ikut sama menundukkan badan.

"Sorry tau." Ucap Arabella. Ace hanya tersenyum kekok dan berlalu pergi meninggalkan Arabella bersama dengan Hayden. Boleh pula dia percaya dengan kata-kata Arabella tadi. Arabella memerhati Ace yang semakin menjauh sambil tergelak kecil.

"Nakal juga awak ni, kan?" Mata Hayden mengecil merenung Arabella yang sedang tertawa suka itu. Arabella menoleh. Dia cuma tersengih-sengih sambil memintal hujung rambutnya. Hayden menggeleng perlahan dan kembali ke meja kerja. Arabella terus berdiri tegak di tempatnya mula-mula tadi, memandang Hayden.

"Erm...Hayden." Panggil Arabella. Hayden tidak berpaling hanya meng-hm-kan sahaja panggilan Arabella. Tangannya lagi sibuk mengemas meja yang bersepah.

"Tadi saya nampak Ibu Lily kemas baju awak. Dia cakap awak outstation seminggu. Betul ke?" Tanya Arabella sambil bermain dengan hujung lengan panjang sweatshirt yang tersarung di tubuhnya. Hayden mengangguk.

"Saya outstation setiap bulan."

"Oh."

"Esok saya hantar awak balik rumah mama."

Arabella kaget. "Balik rumah mama?" Soalnya semula. Hayden mendongak. Keningnya berkerut.

"Takkan awak nak duduk sini seorang? Malam-malam? Tak takut?"

"Erm...saya okay je."

"Saya tak okay. Kalau masa saya tak ada tiba-tiba ada harta benda dalam rumah saya ni pecah ke, hilang ke, awak nak ganti?" Tanya Hayden sedikit kasar. Dia berpeluk tubuh menatap tajam Arabella yang sudah menunduk ke lantai itu. Alasan sahaja, dia sebenarnya risau mahu membiarkan Arabella berseorangan di rumah.

"Saya...mana ada duit." Cebik Arabella.

"Hm, tahu tak apa. Dah, pergi keluar. Awak cakap ada appointment dengan Doktor Noah kan? Ace dah tunggu dekat depan tu. Pergi dengan dia." Hayden membalikkan semula badannya, menyambung mengemas meja kerja. Arabella terus membisu dan lambat-lambat keluar dari bilik kerja Hayden.

Di hadapan bilik, keluhan dilepaskan. Sakit-sakit pada badannya belum hilang lagi tetapi esok dia sudah dihantar kembali ke neraka kedua itu.



























































BAGASI dikeluarkan dari kereta dengan pertolongan Ace. Arabella cuma melihat Ace dengan wajahnya yang mula mendung. Rumah banglo milik ibunya dikerling sekilas sebelum dia mengeluh buat kesekian kalinya hari ini.

"Jaga mama. Nanti saya balik, saya ambil awak." Pesan Hayden selepas Ace habis membuat kerja dan kembali ke kereta. Arabella mengangguk.

"Jaga diri, Hayden. Jangan rindu saya tau." Ujar Arabella membuatkan Hayden menggulingkan matanya menyampah. Boleh pula wanita itu bergurau. Tak kena dengan muka monyok yang dipamerkan.

ARABELLAWhere stories live. Discover now