- mission -

21 5 24
                                        

Kelas 4A SMK Podong didatangani seorang murid lelaki yang baru  bernama Aeril Faiz.

"Murid-murid semua, hari ini kamu semua akan dapat kawan baru. Sila perkenalkan diri kamu" kata guru kelas 4A itu. Aeril hanya mengangguk dan mula memperkenalkan dirinya. "Hello, saya Aeril Faiz. Saya baru berpindah ke daerah ini. Sila beri tunjuk ajar ye semua." Murid-murid hanya tersenyum mendengar ucapan kawan baru mereka itu.

"Baiklah Aeril, kamu boleh duduk di meja belakang sebelah Arman ye" (Guru Kelas)

Aeril mendekati meja Arman yang ditunjuk oleh guru kelas barunya itu. Saat tiba disana, Aeril dapat melihat wajah Arman yang agak gementar. Maklumlah Arman itu tidak berapa pandai bergaul secara berdepan.

* Rehat *

"Hai, aku Aeril." ucap Aeril sambil menghulurkan tangannya.

"Ah ye, aku pula Arman, selamat berkenalan." balas si Arman dengan nada yang agak awkward.

"Selamat berkenalan juga." kata Aeril sambil tersenyum.

Arman pun ikut tersenyum juga apabila melihat Aeril tersenyum. Dia akhirnya berasa tenang kerana murid baru itu sangat ramah dan ceria bukannya rempit dan toxic.

"Ha aku panggil kau Ril je eh? biar senang ingat" (Arman)

"Ouhhh boleh je Azman." (Aeril)

"Eh eh dia ni, ada yang kena makan kasut karang" kata Arman dalam hati.

Mereka berborak dan ketawa sepanjang waktu rehat dan menyambung pelajaran yang tersisa.


* Balik sekolah *

"Eh ril, jom kita main game kat rumah aku, nak?" (Arman)

"Wow, boleh boleh. Dah lama jugak aku tak main game" (Aeril)

"Hehe dah dah jom, ouhh btw aku ada jemput member aku lagi satu, Amirul. Nanti korang boleh la kenal kenal" (Arman). Aeril mengangguk faham dan bersyukur kerana dia dapat kawan-kawan yang baik di sekolah barunya itu. Di sekolah lamanya, dia sering dibuli oleh rakan-rakannya kerana berita ayahnya curang tersebar luas di sekolah tanpa diketahui sumber yang menyebarkan berita itu.

Tiba di rumah Arman, Amirul sudah ada disana. Mereka bertiga berkenalan dan mulai bermain game terjerit- jerit sehinggalah lewat petang. Apabila jam menunjukkan hampir pukul 7, Aeril pun pulang ke rumahnya.

*Di kediaman Aeril * (Petang)

"Abang, Mama nak pergi kedai sekejap ye. (Eira, Mama kepada Aeril dan Aeman)

"Ya ya pergilah sana, terserahlah mama la nak pergi mana. Abang dah tak kesah mama nak kemana. Nak tinggalkan abang dengan Aeril macam Papa pon takpe. Mama taknak balik terus pon takpe." ucap Aeman datar lalu terus ke biliknya.

Wanita bernama Eira itu hanya menghela nafas panjang mencuba untuk tidak menangis lagi. Rumah tangganya bersama Ayyasy hancur gara-gara wanita bernama Azyan. Aeman sangat tidak dapat menerima perbuatan papanya yang curang dan mamanya yang meminta cerai.

Eira dihalau bersama anak-anaknya atas desakan Azyan. Dia tidak mahu menjaga anak-anak dari bekas suami barunya itu. Apabila Ayyasy sudah masuk ke dalam rumah selepas menghalau Eira, Azyan mendatangi Eira dengan senyuman sinis lalu ketawa. "Perempuan macam kau ni memang layak kena halau." katanya. Eira hanya sabar mendengar kata-kata perampas suami itu. Tiba-tiba, Azyan datang lalu menampar pipi Eira lalu berkata "Sekarang keluar korang anak-beranak dari kawasan rumah aku." dengan berlagak.

Nasib baik Eira mempunyai duit simpanan yang cukup banyak untuk membeli kediaman baru dan menanggung anak-anaknya itu.

Kembali ke waktu sekarang, Aeril pon sampai ke rumah hanya disambut oleh abangnya di ruang tamu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 12, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

oneshootWhere stories live. Discover now