Aisy hanya buat muka bodoh dengan jelingan si abang. Ada aku kesah !

"Sorry, sorry! I'm so sorry, my mistake!". Memandangkan muka macam mat saleh, bedal jela speaking. Aku dah kalut dah ni! Dah tak dengar apa dah.

Buat malu langgar anak teruna orang!

Mata bertentang mata.
1 saat...
2 saat...
3 saat...

'Cantik nya mata mamat ni!'' hati gatalnya berkata.

Tapi memang betul cantik! bulu mata yang lentik, mata yang bersinar bak air yang terkena pantulan cahaya. Bukan setakat itu sahaja, muka dia handsome sangat. Matang dan putih bersih, jewline yang tajam, bibir merah jambu asli, hidung mancung, kening terbentuk elok, muka bebas dari jerawat kalah pompuan dan badan tegak nak mampos. Allahuakbar mengucap Naura!

"Naura, Naura !" Ameena yang senyap sejak tadi mengoncang goncang lengan sambil memanggil Naura yang tenggelam dalam panahan mata lelaki barat dihadapannya itu. Tengok anak teruna orang serupa mahu telan. Aku pulak naik segan!

"Kau okay?" Tanya ameena lagi setelah naura merespon panggilan darinya.

"Hah? Okay okay. Aku okay" kalut.

"Sokey girls, i got to go!" Aryan bersuara dan pergi tanpa memperdulikan naura, ameena dan si adik.

Cuak jugak pompuan cantik tatap tak lepas!

Bukan tidak mahu berlama disitu, tapi wajah budak perempuan yang melanggarnya mengamit memori lampau. Gadis itu mengingatkannya dengan seseorang. Seseorang yang dicari selama 13tahun, dia tidak mahu bayangan perempuan yang dicari menghantuinya dimana pun dia pergi. Cukuplah dia berjuang 13 tahun untuk benda yang tidak pasti.

"Bodoh" Aisy berkata dan berjalan mengikuti langkah Aryan. Dia tahu apa yang  dipikirkan oleh Aryan, dari pandangan mata aryan kepada perempuan itu dia sudah tahu. Sangat tahu !

"Jomlah weh" Ameena menarik Naura yang masih terpacak disitu.

"Hah okay okay".

         "Naura, kau okay tak?" Ameena mencuit lengan naura. Dari tadi termenung, bukanlah termenung panjang. Cuma ada masa naura akan macam tengah berfikir.

"Meenaaaaa , terkejut aku. Takda apalah" Naura menyangkal sambil mengacau air starbuck di hadapan itu.

"Kau pikir mamat tadikan, gatal kau kan!" Kata Ameena kuat sambil tersenyum gatal.

Dia yang gatal kata orang!

"Slow lagi sikit, mulut engkau ni. Malu la orang tengok" Naura melihat kesekeliling. Ada beberapa orang memandang kearahnya. Memandangkan hari ahad, memang ramai makhluk dalam Restoran Starbuck ini.

"Bukanlah" Sambungnya selepas memberi senyuman kambing kepada kumpulan makhluk yang memandang kearahnya kerana kekuatan mega suara Ameena.

"Tipu, sejak kau buat drama langgar langgar dengan dia. Kau terus termenung macam ni" Pangkah Ameena setelah itu dia mendengar keluhan halus dari sepupunya itu.

Ameena mendengar keluhan sepupunya itu. Bukan dia tidak tahu, itulah perangai naura. Selagi otaknya tidak menemui perkara yang bermain di kepala. Dia tak akan boleh tidur malam, adakala naura akan menangis.

Pernah sekali dia menemani Naura tidur dirumahnya. Naura terlupa meletakkan fail lakaran bajunya dimana. Malam itu, Naura tak boleh tidur dan menangis semahunya semalaman kerana berkerah otak memikirkan di mana terletaknya fail-fail tersebut. Terpaksalah dia turun padang tolong mencari. Sakit otaknya!

Akhir sekali, setelah ditanya pekerja butiknya. Pekerja tersebut mengatakan fail tersebut diberikan kepadanya 2 hari lepas. Naura sendiri menyerahkan fail tersebut untuk disemak dan menyuruh pekerjanya meneliti apa yang kurang berkaitan lakaran tersebut.

Dahlah malam buta call orang, buat malu jer. Nasib pekerjanya belum tidur. Kalau tak menyusahkan.

Setelah tahu barulah Naura dapat tidur nyenyak. Itupun setelah dibebel berbakul oleh aku! Bodoh betul, kan membazir air mata jer!

"Takda apalah, cuma aku macam pernah nampak dia. Tapi versi remaja punya. Hahahaha entahlah" Diangkat bahu seketika, disedut airnya lagi.

"Takpayah fikirlah, mungkin kau terserempak dengan mamat tu dekat mana mana je kot. Takpun pelanduk dua serupa. Positif je okay?" Nasihat Ameena sambil mengosok bahu Naura. Muka dah sebek, kan menangis dekat sini buat malu jer.  Kena nasihat elok elok, kan melambung air starbuck Naura.

Naura angguk.

"Okaylah. Barang dapur tak cari lagi ni tau. Cepat sikit "

"Yela"

Te amo Mr. MafiaWhere stories live. Discover now