𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟭

Depuis le début
                                    

Risau jika barang perhiasan yang berada dalam kotak-kotak itu rosak nanti dia yang bertanggungjawab untuk mengganti semuanya. Bertahunlah dia kerja tanpa gaji.

Bibir terus mengukir satu senyuman, satu nafas lega dilepaskan, Nasib menyebelahinya perhiasan yang dibawa tadi masih selamat dan tidak tercoret sedikit pun.

"Nasib baik kau Mel," Armel sapu dada, menghela nafas lega.

"Nasib baik? What a very good luck? Nasib baik sebab you langgar dada I or Nasib baik because your lipstick attached on my suit?"

Suara sinis garau itu membuat Armel mendongak ke atas. Kaku.

Tepat anak matanya merenung dalam anak mata coklat cair milik manusia yang berdiri dihadapan.

Glup!

Seoarang lelaki memakai suit berwarna putih yang mengikut bentuk tubuh. Gaya rambut pendek lengkap dengan poni yang digayakan ke sisi serasi dengan wajah putih bersih milik lelaki itu, mungkin juga lelaki yang berdiri dihadapannya itu ada darah campuran. Nampak seperti lelaki asia tapi ada mirip lelaki eropah sedikit. Handsome!

"Ehmm"

Deheman dari si kacak membuat semua khayalan Armel terbang dan hilang. Mengembalikan dia ke dunia yang nyata.

Sepantas kilat Armel bangun berdiri dihadapan lelaki itu. "Maaf Encik saya tak sengaja. Saya minta maaf. " Berkali-kali Armel tunduk memohon maaf.

Lagipula memang dia yang salah. Dia jalan sambil tengok telefon. Tak pandang depan langsung.

Namun, apabila Armel angkat kepala, satu tenungan yang sangat tajam lelaki itu halakan padanya buat Armel jadi kecut-perut. Laju saja dia tundukan kepala semula.

Tiba-tiba mata Armel tertacap tepat pada suit putih lelaki itu. Satu bentuk bibir kecil berwarna merah lembut jelas terbentuk cantik diatas suit mahal itu. Mata terus terbuntang luas. Armel rasa nak hempuk kepala sendiri, Mampus!

"Shitl!" Dia dengar lelaki itu melemparkan makian. Siap menghela nafas berat lagi.

Memang masak la dia kali ini, sudah pasti itu ditujukan padanya.

Tapi tunggu kejap, bukankah kawasan ini hanya untuk staf sahaja. Jadi bagaimana pula lelaki ini boleh berada di laluan ini.

Atau mungkin juga lelaki yang berdiri dihadapannya ini. Ada temujanji dengan bossnya, Datin Sri Arisa. Kalau begitu pasti lelaki itu bukan orang biasa-biasa pada syarikat ini.

Semakin resah hati Armel dibuatnya. Kenapalah dia cuai sangat.

Wajah Armel jelas kelihatan bingung melihat si kacak melepaskan kasar suitnya itu. Kini lelaki itu hanya memakai kemeja hitam sahaja, Marah betul!

"What very shit day." Maki lagi. Semakin lama dia berdiri disitu semakin panas hati Armel mendengar bait-bait kasar dari lelaki itu.

Dan dia hanya mampu melihat langkah lelaki itu beredar.

Tapi Armel juga tak lupa untuk tunduk memohon maaf sekali lagi. Dari segi penampilan saja jelas sekali lelaki itu orang yang cukup penting juga. Kalau tak, tak adala muka sombong itu senang saja ditunjukkan padanya.

Walaupun ini kali pertama dia melihat wajah itu ada di sini. Tak mahulah nanti disebabkan masalah kecil ini saja dia hilang kerja.

Biarlah Armel berdiam, mengalah tak bererti dia kalah.

Hakikatnya jika tiada duit, tiada apa yang dia boleh menangkan. Apa yang tidak boleh dibeli dengan duit. Kasih sayang sekali pun mampu dibeli dengan duit. Inikan lagi keadilan.

Unseen Love | OG (EDITING)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant