T W E N T Y N I N E

228 46 13
                                    

"Doyoung." Helena terjaga daripada tidur. Kawasan perut nya dibalut penuh. Angin-angin sejuk pada petang itu memasuki bilik hospital itu. Mata Helena terkuyu sebentar.

"Sudah sedar?" seorang lelaki memasuki bilik Helena. Lelaki itu mengambil kerusi lalu duduk disebelah Helena. Terkebil-kebil wanita itu memandang pegawai polis itu.

"Goo Hyun..?" tanya Helena. Goo Hyun tersenyum. Pen dan buku nota dibawa keluar.

"Rasa lebih baik ke? Masih sakit kepala?" tanya Goo Hyun. Helena menggeleng perlahan. Goo hyun tersenyum sambil mencatat maklumat di buku nota nya.

"Mana Doyoung?" tanya Helena. Goo Hyun menyimpan semula buku nota nya.

"Dia dalam kurungan sekarang ni. Rumah sakit jiwa. Kes dia tak dapat masuk ke hukuman gantung kerana rupa nya dia selama ini mengalami sakit jiwa." kata Goo Hyun. Helena mengangguk faham sambil memegang kedua belah tangan nya.

"Bukan salah ayah kamu. Dia terikut dengan Ryumin. Doyoung mengalami depression saat kecil. Jadi dia mudah percaya dengan orang." kata Goo Hyun. Helena mengemam bibir nya.

"Helena!" Yuta masuk lalu berlari kepada anak nya. Helena tersenyum gembira lalu bangun. Dalam beberapa daat Helena terjatuh akibat kaki nya tidak stabil.

"Yah! Siapa suruh bangun. Orang sakit kena baring." kata Yuta. Helena ketawa kecil. Entah mengapa, baru dia merasa segala nya telah berubah.

"Eh Goo Hyun. Siapa benarkan kamu masuk wad wanita seorang diri tanpa kebenaran?" tanya Yuta sambil menjongketkan kening nya. Goo Hyun menggaru kepala nya yang tidak gatal.

"Jom kita makan. Ayah ada masak sesuatu." kata Yuta. Segala bekas makanan dibawa keluar. Helena dan Goo Hyun menolong Yuta menyusun bekas makanan tersebut.

"Makan. Jangan monyok je muka tu." kata Yuta. Helena tersenyum kelat.

"Helena nak jumpa Doyoung."

*******************

"Papa. Buah oren itu perlu dikupas dahuluu." kata aku. Doyoung mengeluarkan semula semula buah oren beserta kulit limau yang dimakan tadi.

"Macam ni. Kopek satu-satu." kata aku lagi sekali. Doyoung hanya setia melihat tingkah laku aku.

"Jom makan nasi. Helena dah masak—"

"Tak nak!"jerit Doyoung. Kecut jantung aku ditengking sebegitu. Tapi apakan daya, bapa aku tidak normal lagi. Perlulah dilayan dengan penuh kesabaran. Jika tidak, perlulah Doyoung masuk ke hospital semula

"Ok-ok. Papa nak makan apa? Lepas Zohor nanti Helena masakkan." kata aku. Walaupun penat bekerja, segela keperluan si ayah perlu diambil berat. Yuta pula banyak membantu aku  di pejabat.

"Tak mahu. Nak jalan-jalan. Helena asyik sibuk. Tak selalu jalan-jalan dengan Papa." kata Doyoung. Aku meletakkan pisau yang dipegang tadi. Terasa bersalah pula dihati.

"Ayah tak mahu kena tipu sekali lagi." kata Doyoung. Aku mengeluh lemah lalu menyuapkan buah oren kepada Doyoung. Sejak kejadian setahun lepas, Doyoung sudah trauma untuk berjumpa orang.

"Lepas ni makan ubat ye. Dah sarapan kena makan ubat." kata aku. Doyoung mengunyah buah oren itu lalu dibuang semula. Fahan sangat dengan perangai Doyoung itu.

"Ok, papa tak sarapan. Jadi tak perlu makan ubat." aku melentokkan kepala nya diatas meja sambil merengek. Bagaimana mahu memaksa Doyoung makan ubat ini?

"Ok, lepas ni kita pergi jalan-jalan."

"Tak mahu."

"Jalan-jalan sambil makan aiskrim. Tapi makan ubat dahulu." kata aku. Doyoung mengangguk suka. Kalau begitu, senang lah mahu berurusan dengan Doyoung.

Tuhan, kenapa engkau uji aku sebegini? Adakah aku dilahirkan untuk berfoya-foya atau disebalik nya? Baru aku sedar aku dilahirkan untuk menegakkan benda yang benar. Doyoung masih perlukan seseorang untuk menyayangi nya.

Jikalau ibu masih hidup, tentu dia sedih melihat Doyoung yang sekarang. Aku bukan lah bersikap seperti ibu yang mampu menghilangkan penyakit Doyoung dalam beberapa tahun. Aku mungkin anak nya, tapi aku mungkin tidak tahu apa perasaan ibu bapa aku.

Anak memahami perasaan kedua orang tua nya dan kedua orang tua perlu memahami anak nya. Itulah keluarga yang bahagia.

Walaupun papa seorang yang tidak normal, pernah dicaci maki oleh masyarakat setempat, itu tidak menghalang aku untuk terus menjaga nya walaupun dia pernah membunuh orang yang penting dihidup aku iaitu ibu.

Aku berjaya rendahkan ego aku agar Doyoung menerima aku. Baru aku sedar, balas dendam tidak akan menyelesaikan masalah. Ia akan
merumitkan masalah itu.










Ego : Blood Debt
—The End—









blood debt. dy✔Where stories live. Discover now