T W E N T Y T H R E E

145 45 4
                                    

Malam itu, para tetamu kehormat daripada syarikat MTE membanjiri perkarangan dewan besar yang ditempah khas oleh Doyoung sendiri.

Helena hanya berdiri terkaku sambil menjemput tetamu masuk. Doyoung sedang berbual bersama rakan nya dan ditemani dengan isteri terchinta.

"Helena!" Helena terkejut. Boleh pula si Daniel itu menjerit nama sebennar Helena kuat-kuat. Mana tak gugur jantung nya.

"Jangan lahh sebut nama aku. Waktu kerja, panggil aku Rośe." kata Helena. Daniel menggelang tidak mahu. Helena malas mahu melayan apatah lagi membalas.

"Baju kau cantik malam ni." kata Daniel sambil memandang atas bawah. Cantik? Bagi Helena biasa sahaja. Ini...

"Ini gaun pengantin muslimah Aryna. Pakai lah."

"Ah, ini..gaun lama je." ujar Helena. Takkan Helena mahu bagitahu ini gaun pengantin ibu nya. Timbul pulak satu masalah nanti.

"Ah, majlis dah nak start. Baik kau pergi dekat ayah sekarang." kata Daniel. Helena mengangguk lalu berlari anak ke arah Doyoung. Dia di tempatkan disebelah kiri Doyoung manakala Ryumin berada disebelah kanan.

"Wow, cantik." puji Doyoung. Mata nya memandang gaun Helena semacam. Namun perbuatan nya terhenti apabila Daniel memulakan bicara.

Helena? Dia hanya menunggu masa untuk melunaskan rancangan nya.

**************

"Kau boleh stop ikut aku daripada belakang tak?" ujar aku. Sejak majlis bermula lagi, mata lelaki itu tidak henti-henti memandang aku.

"Tak sangka kita rupanya adik beradik tiri. Rasa nya adik beradik tiri boleh disatukan tak?" tanya Daniel. Kening aku berkerut pelik akan ayat-ayat yang dikatakan oleh Daniel.

"Apa yang sibuk dibincangkan?" Ryumin muncul dibelakang aku dan Daniel. Kami berdua hanya diam lalu menunduk. Wanita tua itu memandang aku atas bawah.

"Cantik baju ni. Tapi, lengan panjang. Tidak panas ka?" tanya Ryumin. Aku hanya menahan api kemarahan di dada. Panas lagi mata aku melihat wanita tua itu.

"Ibu. Tak baik lah. Sekurangnya cantik. Tak seksi. Oklah tu kan?" kata Daniel sambil senyum segaris. Ryumin memandang aku sinis.

"Daniel!" jeritan daripada kawan sekolah lama Daniel mengejutkan aku. Daniel terus pergi meninggalkan aku dan Ryumin seorang diri.

" Minum Puan." ujar aku. Sempat aku meletakkan sesuatu ke dalam minuman itu. Ryumin mengambil minuman itu sambil tersenyum manis.

"Terima kasih." kata Ryumin. Aku menunduk sambil tersenyum sinis. Wanita itu terus hilang daripada pandangan mata aku.

Aku melangkah kebelakang pentas lalu membuang air tersebut. Takut pula jika aku tersalah bagi minuman. Sudahlah minuman di dalam kedua gelas tadi sama. Silap masa, aku yang terkena.

"Helenaa~" Daniel melambai ke arah aku dengan satu senyuman manis. Senyuman aku pudar melihat minuman yang dipegang oleh Daniel.

Ya, minuman yang aku beri keada Ryumin tadi tiada di dalam list minuman yang telah di pesan. Jadi, hanya aku sahaja yang memberikan minuman itu.

"Daniel! S-ssiapa bagi ni?" tanya aku. Cuak aku melihat gelas red wain itu sudah hampir habis. Aku tahu, Daniel penggemar Red Wain.

"Ibu bagi tadi. Saya—uhuk!" satu semburan darah terkena tepat diwajah aku. Mata aku membuntang luas melihat keadaan Daniel itu. Ini bukan apa yang aku rancang.

"Helena, sakit. Uhuk!" orang ramai mula menjerit. Aku menggeleng sambil menangis. Ini bukan apa yang aku mahu! Ini bukan apa yang aku rancang! Daniel boleh mati jika racun itu tidak dibuang dengan segera.

"Daniel! Danielll!"











blood debt. dy✔Where stories live. Discover now