True love, itu mungkin perkataan pertama yang muncul di kepala Soobin apabila bertemu dengan Han Junmi, gadis cantik berperwatakan lembut yang bekerja di kedai bunga.
Senyumannya sangat indah atau boleh dikatakan, berlipat-lipat kali indah dari bunga yang tersusun di kedai itu.
Soobin percaya, dia akan mendapatkan happily ever after nya bersama Junmi, sama seperti cerita dongeng yang selalu diceritakan eomma sebelum dia masuk ke alam mimpi 20 tahun dahulu.
Semuanya berjalan lancar. Mereka bahagia tanpa sebarang gangguan, sehinggalah satu tragedi menimpa Soobin tepat sehari sebelum pernikahan mereka dijalankan.
Selepas itu Soobin sedar , itu semua cuma sekadar cerita rekaan untuk menceriakan zaman kanak-kanak nya dan dia begitu bodoh untuk mempercayainya sehingga dewasa. Tidak semua kisah percintaan berakhir dengan penamat gembira.
Tidak sama seperti kisah cinderella atau sleeping beauty mahupun beauty and the beast yang selalu diceritakan ibu padanya.
Happily ever after cuma perkataan tanpa makna yang penuh kebohongan.
Tok Tok!
"Kejap lagi waktu makan malam, Hyung !"
"Hm... Kejap lagi aku turun."
Choi Soobin, lelaki tinggi itu sekarang sedang duduk berseorangan di dalam sebuah bilik. Lampu bilik tidak dibuka, hanya menggunakan cahaya senja dari luar yang masuk melalui tingkap. Dia sedang melukis gambar seorang wanita pada kanvas lukisannya.
Wajah wanita didalam lukisannya itu ditenung lama. Perasaan marah, kecewa, sedih dan rindu bercampur menjadi satu apabila kenangan bersama Junmi kembali berputar bagaikan filem diingatannya.
Tiba-tiba dahi Soobin berkerut apabila mendengar suara lain didalam keheningan itu.
"Betul ke dalam rumah tu ada monster?!"
"Betul! Muka dia buruk gila! Aku dah pernah nampak haritu."
"Shhh jangan bising-bising.. Nanti dia dengar."
Rahang Soobin mengeras. Tak salah lagi, itu suara budak-budak!
Makhluk menyusahkan yang sangat dibencinya.
Soobin berdiri dari tempat duduk lalu menghampiri jendela. Dengan sekali hentakan, dia membuka jendela itu.
"PERGI DARI SINI! " jeritnya geram membuatkan kanak-kanak itu terus melarikan diri dengan ketakutan.
.
.
"Wah terima kasih, ahjumma. Susah susah je masakkan lauk untuk saya."
Kim Minseo, gadis yang baru menginjak usia 24 tahun itu tersenyum manis apabila Ahjumma Sim, Jiran barunya itu memberikan sebekas makanan berisi daging masak merah kepadanya.
"Tak de benda lah. Ahjumma memang sengaja masak lebih sebab nak bagi kamu. Kamu makan daging lembu kan?"
Sekali lagi Minseo tersenyum sehingga matanya menyipit.
"Makan, ahjumma. Favorite saya tu."
"Aigoo, manisnya. Kalau ahjumma ada anak bujang, memang ahjumma dah paksa dia kahwin dengan kamu."
Mendengar ayat itu, pipi Minseo automatik bertukar merah, malu. "Ada ada je lah ahjumma ni." lirihnya perlahan.
Ahjumma Sim yang masih berada di luar pagar, mula terjenguk-jenguk untuk melihat ke dalam rumah. Dahi Minseo sedikit berkerut melihat kelakuan ahjumma Sim.
YOU ARE READING
because disney say so ; soobin √
FanfictionKalau cerita pasal happy ending, semua orang nak. Tapi tak semua orang boleh dapat. Begitu juga dengan Choi Soobin, yang sanggup melakukan apa sahaja agar Minseo tidak meninggalkannya. ⚠️ 15+ | cringe namatey, nak nangis aku bila baca balik. Start...
