BAB 1

40 10 0
                                    


   SEPERTI diinginkan akhirnya termaktub jua. Hari yang bahagia ini, semestinya sangat istimewa. Kafe diidamkan sejak dahulu lagi, kini dapat beroperasi. Majlis perasmian sambutan kafe Be Happiness tadi pagi , membuatkan dia tersenyum lebar di dalam bilik pejabatnya. Kaki disilangkan, dan tangan begitu sibuk menguruskan perkakasan untuk dinaik taraf. Begitu bahagia dia rasakan kini.

Seketika, bunyi ketukan pintu membuatkan dia berhenti mengira peruntukan.

"Masuk." Tuturnya tanpa melihat kearah depan pintu.

Seorang wanita masuk ke bilik pejabatnya dengan senyuman manis.

"Rin..." Seru wanita itu.

Wanita yang sibuk dengan kerjanya itu, panggung kepala melihat wajah wanita yang menyeru namanya.

"Isya kenapa?" Berasa pelik akan perempuan yang melebarkan senyumannya. Mungkin, dia turut merasakan kebahagiaan sepertinya.

"Tiadalah, Izrina. Isya gembira sangat!" Perempuan itu memejamkan matanya dengan kedua belah tangannya digamit ke dadanya.

Ketawa kecil, perempuan itu. Izrina itulah namanya sebagai pengurus Kafe Be Happiness. Serta perempuan yang menyatakan perasaannya itu adalah sahabat karibnya. Farisya. Mereka dari sekolah menengah sehingga universiti kekal bersama. Mereka berdua sangat rapat seperti adik beradik. Segala kesusahan yang dialami. Mereka tanggung bersama. Tidak membiarkan walaupun seinci pun untuk menyakiti. Sahabat sejati. Itulah namanya.

Begitu juga dengan saat ini. Kafe Be Happiness adalah milik mereka berdua. Di mana, Izrina dan Farisya adalah rakan kongsi, bagi membangunkan kafe ini. Izrina selalu pengurus. Manakala, Farisya sebagai penyelia kewangan dan pembantu pengurus. Sekiranya, Izrina tak hadir ke dalam kafe mereka. Farisya yang memegang jawatan itu.

Farisya mengambil tempat duduk di atas sofa. Izrina hanya melihat sahabatnya itu.

"Pekerja kita macamana? Ada apa-apa komen?" Soal Izrina.

"Isya, lihat okay juga. Cuma...yang kembar tu... susah mau dibezakan." Komen Farisya.

Izrina mengangguk. Kembar seiras. Agak sukar untuk dibezakan. Mana satu si abang. Mana satu si adik. Walaupun jua, bakat adik beradik seiras itu sangat cermat. Si abang atau namanya Emir. Sangat arif dalam membuat roti. Manakala si adik, Ezir. Seorang yang ramah dan cepat belajar. Tanggungjawab Ezir di dalam kafe  Be Happiness sebagai tukang buat Coffee dan menjaga kaunter hadapan.

" Itu Rin setuju. Untuk sementara waktu nie. Mereka kan kenal tugas mereka juga. Rin ingat, nak buat name tag. Jadi, boleh kenal," Cadang Izrina. Farisya mengangguk dan mempersetujui saran kawannya itu.

Di saat, mereka sibuk berbual. Bunyi ketukan pintu di luar bilik, menyentak mereka berdua.

"Masuk." Arah Izrina. Matanya memandang ke arah seorang wanita muda iaitu pekerjanya. Begitu juga dengan Farisya.

"Ada apa Zana?" Soal Farisya.

"Cik, Isya. Ada orang cari." Zana memberitahu Farisya. Setelah menghabiskan katanya itu. Perempuan yang bernama Zana meminta izin untuk mengatur kaki ke dapur. Zana bertanggungjawab sebagai pembantu dapur dan menjaga kaunter. Zana diambil bekerja disebabkan dia mempunyai kelulusan Diploma kulinari.

Kebetulan Zana pergi ke luar pintu masuk untuk menjawab panggilan. Habis sahaja, Zana berbual di telefon. Seorang lelaki yang berpakaian kot meminta bantuan daripadanya. Lelaki itu ingin  menemui Farisya.

Izrina mengangguk perlahan. " Apa lagi. Pergilah jumpa." Celah Izrina dengan senyuman manis terukir di bibir kecilnya.

"Isya pergi depan dulu," Farisya bangkit dan bergegas ke depan kafe.

PEMERGIANKUWhere stories live. Discover now