Bab 21

898 23 19
                                    

Kuat barang barang diatas mejanya dilempar. Pecah berderai hiasan kaca sehingga bertaburan di atas lantai. Air matanya turun tanpa dipaksa. Dia bangun dan terus meluru ke katil. Kaki yang luka berdarah terpijak kaca tidak diendahkan. Sekeping foto ditatap lama. Dia mencintai gadis itu,gadis yang dianggap seperti keluarga. Dia berbohong pada dirinya sendiri.

"Kenapa? Aku yang cintakan kau dulu. Aku..aku.." Dia menyesal melepaskan wanita yang berjaya mencuri hatinya. Sejak fiya berkahwin dengan Ray,dia takut mahu bukakan hatinya buat sesiapa. Empat tahun dia menunggu sesuatu yang dia sendiri Tak yakin.

"Aku kena berhenti cintakan dia. Dia bukan milik kau,khai" layanan baik yang diberikan pada Fiya bukanlah kerana mereka berkawan baik,tetapi kerana wanita itu telah menguasai jiawanya. Setiap detik,wajah itu akan muncul di fikiran.

Jikalau dia berterus terang dari awal,pasti fiya akan menjadi miliknya bukan? Mungkin mereka akan bahagia dengan anak anak mereka sekarang. Berhenti khai! Dia milik orang lain! Sedar diri kau siapa pada dia..

"Fiya,kalau sayang bahagia dengan dia. Khai janji khai Tak akan rampas kebahagiaan sayang" biarlah aku yang menderita menyimpan perasaan ini selama bertahun tahun lamanya. Aku rela demi kau.

Buat kali yang ke berapa,Khai tertidur sambil ditemani bayangan Fiya.
__________

Fiya Naik rimas dengan suaminya. Orang cuti kan?Asyik nak berkepit saja. Bila dia sibuk jaga anak mulalah Ray memujuknya mahu menghantar anak mereka ke rumah mama. Kerat jari kaki pun dia Tak setuju.

"Cayang" ah sudah. Meremang remang bulu roma Fiya mendengar bisikkan Ray. Dijeling sekilas ke arah Ray yang sibuk bermain dengan jari jemarinya.

Kenapalah dia asyik teringat pada khai sejak dua menjak ni. Rindu mungkin. Tapi perasaan ni lain,seperti sesuatu yang ....

"Raif!" Terhenti lamunan Fiya. Dia Cuba mengimbas situasi yang sedang berlaku di hadapannya.

Raif tengah tarik alas meja. Ray tergopoh gopoh menarik anaknya. Hmmmm..eh! Raif!

"Raif" Tak berhenti dia memarahi dirinya sendiri. Boleh pulak lembab sangat berfikir,kalau jadi apa apa pada anaknya menyesal Tak sudah nanti.

"Kenapa Nakal sangat ni sayang? Kalau jatuh pasu bunga mummy tu nanti,kaca tu Raif" Bayi kecil itu sekadar membulatkan matanya. Tahu dia dimarahi.

Jika Furqan mudah menangis,Raif jauh berbeza. Setiap kali dimarahi atau ditegur,Raif akan membulatkan matanya melawan kembali. Geram betul Fiya, kecil kecil sudah pandai mahu degil.

"Abang buat apa?" Geli hati bila tengok Ray merenung Raif kembali. Ah sudah dua dua Tak nak mengaku kalah. Haih,kena guna kuasa istimewa mummy ni.

"Raif nak susu sayang?aaaa bukak mulut" berjaya! Nasib senang saja mahu pujuk si Raif ni. Ha yang si tua sebelah ni susah sikit,kalau pujuk guna susu memang Tak jalan.

"Abang jangan nak mengada ngada pandang sayang macam tu. Daripada abang sibuk kacau Fiya dengan Raif baik abang pergi layan Furqan tu" Tudia panjang dah muncung laki aku ni. Baru cakap gutu.

"Yelah abang pergilah ni" tahu takut,baru Fiya jegilkan mata sikit. Hehe tengok kakilah.

Sungguh dia Tak boleh lupakan khai sekarang. Harap harap khai angkat. Berkali kali juga dia mendail nombor lelaki tu tetapi tiada jawapan, selalunya dua kali call dah berjawab. Takkan betul kot perasaan buruk tadi tu. Aish,doa baik baik fiya.

"Fiya" tiba tiba saja terasa sebak mendengar lelaki itu memanggilnya. Sayu saja suara khai di corong telefon.

"Khai,kau okey?" Fiya memang suka berterus terang dengan Sahabat baiknya. Khai agak lain harini,suara serak seperti orang baru lepas menangis..

musuhku suamikuWhere stories live. Discover now