"Ray dah makan. Ambil balik,Tak da siapa nak makan" dingin nada Ray. Pastilah dia marah, berhari Hari lamanya Fiya Tak mahu bercakap dengan dia. Jika Fiya boleh sakitkan hatinya,dia pun boleh sakitkan hati wanita tu.

Ditahan sebaik mungkin air matanya dari mengalir. Fiya Kau kena kuat! Kau Tak boleh menangis sekarang! Bekal makanan dirampas kasar dan terus dibawa keluar. Usahanya sia sia..menyesal dia datang sini!

Sudu garfu semua sudah terpelanting ke Mana dia Tak tahu. Dia lempar saja semua barang ke belakang. Tanpa menunggu lama terus dibawa pecut kereta Honda City berwarna silver itu.

Terketar ketar tangannya mengawal stereng kereta. Sudah berapa banyak lampu merah dia langgar pun dia Tak tahu..polis nak saman lantaklah. Asalkan hatinya puas memuntahkan segala amarah pada ray di jalan Raya.

Tak ubah seperti pemandu mabuk yang memandu. Sudahlah laju,senget senget pula. Nasib jalan agak lengang sekarang Tak banyak kenderaan. Dia Tak tahu ke Mana dia nak pergi,tapi yang dia tahu dia takkan balik rumah harini. Angan angan dia hancur. Ingatkan dia akan bergembira selepas habis berpantang..keluar jalan jalan dengan keluarga. Bodoh! Semua salah kau Fiya! Kau hancurkan kebahagiaan suami dengan anak anak kau! Kau patut mati! Mati!
___________

Hari sudah menginjak malam. Kelibat Fiya masih belum kelihatan. Awal awal lagi Ray sudah mengambil anak anaknya pulang. Kena bersoal jawab juga dengan ibu mertuanya tadi. Tv dibiarkan terbuka supaya Furqan Tak mengganggu dia yang tengah serabut sekarang. Satu satu masalah menimpa dirinya.

Berkali kali dia menelefon Fiya,langsung Tak dijawab. Suami Mana Tak risau jika si isteri Tak pulang walaupun dah malam. Haih,mesti merajuk sebab tadi. Rasa bersalah mula menguasai diri. Sekejap ke kiri,sekejap ke Kanan Arghhhh serabut!

"Daddy,Mana mummy? Dah lewat ni" Ray Tidak menjawab pertanyaan Furqan. Kalaulah dia tahu di Mana fiya sekarang.

12.00 tengah malam,

Anak anaknya sudah tertidur. Ray saja yang masih berjaga walaupun mata seperti hantu Cina. Sepet ditahan dari tertutup. Jika dia tahu isterinya merajuk sehingga Tak mahu pulang,pasti dia dah mengalah dan makan saja bekal tu tadi. Dia Tak berbohong,memang dia dah makan. Order dekat mcdonald's je.

Hampir saja matanya mahu terkatup pintu rumah terbuka luas. Laju dia menerpa mahu memeluk tubuh yang dirindui selama ni..

"Sayang" Fiya benci dengan lelaki tu sekarang. Apa apa saja tentang Ray dia benci. Benci! Sengaja dia buat Tak tahu dengan Ray. Dicium pipi Raif dan Furqan lama sebelum Naik ke atas.

"Sayang" kasar fiya menepis tangan Ray. Geram pula dengan Ray. Lelaki tu menahan dia di tangga,Tak benarkan dia berjalan ke hadapan.

"Don't touch me!"

"Fiya benci Ray sangat sangat!" Jerkahan Fiya mengejutkan Ray.

"Siti Syafiya! Mana hormat sayang dengan abang? Hah apasal sayang jadi macam ni? Suka sangat tengok abang terseksa,suka kan? Abang dah banyak bersabar dengan sayang. Apa lagi? Apa lagi yang sayang nak? Bagitahu abang" Hati wanitanya benci dijerkah. Berkali kali Fiya memukul badan Ray. Dia Tak kisah suaminya sakit,asalkan dia puas lepaskan geram . Ray sedikit pun tidak melawan malah rela dipukul Fiya.

"Fiya nak ray ceraikan fiya" kuat ray mengetap rahangnya. Balik balik cerai. Balik balik cerai. Tak ada cara lain ke nak berbaik?

"Abang dah cakap sekali lagi sayang cakap macam tu abang akan dera sayang! Abang akan seksa sayang! Dan abang Tak main main dengan kata kata abang" kemana hilangnya kebahagiaan mereka? Siapa? Siapa yang meragut semua ni. Pulangkan balik kebahagiaan kami! Aku merayu,tolonglah.

"Ray nak pukul fiya sekuat Mana pun takpa" Fiya dah Tak mampu. Sekarang dunianya gelap tanpa cahaya. Semakin lama semakin gelap sehingga hitam legam. Ke Mana cahaya tu pergi? Dia takut,datanglah kembali.

"Abang takkan pukul sayang. Tapi abang akan tunjukkan betapa sayangnya,dan cintanya abang pada sayang. Abang bagi sayang satu lagi peluang, sama ada sayang nak kembali pada abang atau sayang masih dengan pendirian Fiya"

Fiya terdiam. Sekaranglah masanya dia perlu memilih pilihan yang terbaik buat mereka. Fiya mendekati Ray dengan wajah yang kemerah merahan menahan tangisan. Tubuh suaminya dipeluk seerat eratnya. Dia akan rindukan insan yang bergelar suami selama 4 tahun perkahwinan mereka. Fiya tahu dia akan rindukan kenangan mereka,segala galanya tentang Ray.

"Tolong ceraikan fiya" Halus suara itu menusuk ke jantung. Urat urat di leher dan tangan Ray mula timbul. Bukan ini yang dia harapkan dari isterinya.

"Sayang tahu Tak betapa gembiranya abang bila sayang datang hantarkan makanan tadi. Tapi abang ego. Abang terlalu kecewa dengan sayang sampai abang Tak fikir akibat tindakan abang. Abang mohon tolong maafkan abang kalini" Ray Tak peduli jika orang menganggapnya bodoh atau apa apa saja. Kadang kadang cinta perlukan pengorbanan,dan dia akan korbankan egonya untuk selamatkan hubungan mereka.

"Fiya penat" walaupun hatinya meraung raung meminta dia memaafkan suaminya,tetapi mulut dia seakan akan terkunci. Tak mampu meluahkan perasaan sendiri.

"Syafiya,sayang Tak boleh buat abang macam ni. Tak Adil untuk abang,untuk anak anak kita. Kalau sayang marah dengan abang beritahu abang. Please jangan buat abang macam ni.. tolong jangan tinggalkan abang macam tu je"

"Kalau betul abang rasa abang sayangkan perkahwinan Kita,Fiya nak abang benarkan Fiya bekerja" Fiya tahu apa yang dia katakan langsung Tak ada kena mengena dengan pergaduhan mereka. Ahh Tak Kira! Aku Tak boleh lepaskan peluang keemasan.

"Sayang dah Tak marah pasal tu?" Pelik betul dengan angin isterinya. Sekejap taufan,sekejap sepoi sepoi Bahasa.

"Abang izinkan fiya kerja atau Fiya lari dan Tak balik rumah lagi?" Sejak kebelangan ni memang dia sudah pandai mengugut Ray. Belajar dari siapa entahlah.

"Ok ok! Abang izinkan tapi..." Ini yang lemah ni,ada tapi tapi pulak!

"Sayang kerja dari rumah je okey?" Ternganga fiya dengan syarat merapu Ray. What? Ini dah lebih ni!

"Fine! Fiya nak kemas baju!"

"Eh eh sayang jangan macam tu. Kerja dari rumah pun sama je macam Kat luar..takyah kemas baju tu. Sayang nak lari Mana? Nanti rindu abang pulak" Hmp! Sengajalah tu,nak buat orang duduk rumah! Mencilah!

"Fiya nak tidur" malas lah mahu gaduh lama lama. Sebenarnya rindu juga pada ray,tapi terpaksa tahanlah huhu. Tulah buat perangai lagi kan dah mendapat.

Fiya Tak tahu macam Mana dia relakan diri diangkat Ray ke atas. Lebar saja senyuman lelaki tu,eh kejap! Macam ada yang Tak kena.

"Abang nak buat apa ni?" Senyuman Ray semakin senget. Nakal saja bersiul siul lembut.

musuhku suamikuWhere stories live. Discover now