"Eh Furqan nak ikut! Nak jumpa daddy!" Terlompat lompat Furqan menarik hujung baju Fiya.

"Eh jangan tarik baju mummy. Sayang,daddy tengah work. Tak boleh ikut okey" Meletus tangisan Furqan kuat. Fiya Tak memujuk Furqan,dia Tak mahu anaknya terlalu cengeng.

"Alah sini sayang. Meh kat tok bubu" fiya menjeling dari ekor mata. Anaknya laju memeluk ibu sambil teresak esak.

"Daddy tengah kerja. Mummy pergi sekejap je,Furqan Tak leh lah nangis nangis. Ni tengok Adik,Adik gelak je" Dari tadi Raif tertawa sendirian. Seronok melihat drama tv7 dihadapannya.

Bekal ditutup kemas. Banyak juga lauk yang dia bubuh, ada ayam masak merah..daging kurma dengan telur goreng. Air pula dia hanya bancuh air sirap sejuk.

Done!
__________
Seram sejuk pula badannya bila dah sampai depan bangunan tempat kerja suaminya. Tadi Masa dalam kereta bukan main menyanyi siap praktis lagi ayat nak cakap dekat ray lagi. Fiya mengetap bibirnya perlahan sambil berdoa dalam hati.

Melilau dia mencari office Ray. Haih nak dikira ini kali kedua dua datang sini. Otak cepatlah berfungsi. Tanya orang Kat sini mungkin diorang tahu. Fiya menegur seorang wanita yang masih lagi muda. Cantik betul,Kata fiya pada dirinya.

"Assalamualaikum,awak saya nak minta tolong boleh?" Qaseh berpusing apabila terdengar suara yang memanggilnya.

"Er ya ada apa?" Tak pernah pula aku nampak dia ni. Pekerja baru ke? Macam Tak. Qaseh memerhatikan Fiya dari atas sehingga bawah berkali kali.

"Kat Mana office Encik rayyan" sikit lagi mulutnya mahu tersasul terpanggil abang.

"Cik ada urusan apa apa ke nak berjumpa dengan tuan Rayyan?" Ceh acah macam setiausaha Ray pula.

"Penting" Fiya yakin gadis di hadapannya Tak tahu ray tu suami dia. Macam pernah nampak perempuan ni tapi kat mana eh?

"Hmm ikut saya" sambil berjalan Fiya memerhatikan keadaan sekeliling. Semua orang sibuk dengan kerja masing masing. Dia pun teringin mahu bekerja,ada gaji sendiri...

"Tuan ada orang nak jumpa" Qaseh mengetuk pintu pejabat Ray perlahan. Tiada jawapan.

"Awak ada buat appointment ke sebelum datang?" Qaseh memandang Fiya dengan riak berlagak. Aku ni pekerja Kat sini tau,kau tu pelawat je. Ada hati nak jumpa tuan aku.

"Erm Tak. Sebab sekejap je ni" Qaseh memerhatikan bekal makanan di tangan fiya lama. Tiba tiba dia terasa seperti mahu marah.

"Awak bawak makanan untuk tuan? Macam nilah,rasanya tuan Tak ada dalam bilik. Sebab waktu rehat pun dah habis. Awak baliklah nanti saya yang tolong beri pada tuan" fiya teragak agak mahu memberikan bekal pada wanita itu. Tapi aku isteri dia!

"Boleh Tak kalau awak panggil encik Rayyan sekejap. Saya betul betul kena jumpa dia" Mana boleh dia biarkan wanita ini yang mendekati suaminya. Terasa cemburu pula bila memikirkan Ray makan bekal ni bersama gadis tu. Sudahlah pucuk muda.

Qaseh mengetuk lagi kali ni lebih kuat.

"Masuk" Qaseh membuka pintu Dan terus masuk meninggalkan fiya di luar.

Ray langsung Tak memandang Qaseh. Dia tahu Qaseh yang memanggil dari tadi sengaja dia pekakkan telinga. Tetapi dia perlu bersikap professional ketika di pejabat. Ada pelawat pula tu.

"Ada orang nak jumpa tuan" Fiya masuk sambil menelan air liurnya. Gugup pula melihat ray yang sedang sibuk menulis sesuatu.

"Abang" Pantas ray mengangkat wajahnya. Fiya? Apa dia buat Kat sini?

"Kenapa sayang datang?" Tercengang Qaseh di situ. Abang? Sayang? Pap! Ni isteri rayyan. Membulat matanya memandang Fiya di sebelah. Jika dia tahu dari awal lagi dia dah halau perempuan ni.

"Keluar" tersentak fiya. Kasar benar Ray menghalaunya dari sini. Dia tahu hubungan mereka agak dingin,tapi sampai hati ray menghalau dia di hadapan pekerja sendiri tanpa sedikit pun rasa kasihan. Wajah Fiya suram,kakinya berjalan keluar dari situ.

"Kenapa sayang keluar? " aik? Bukan tadi tu...berkerut dahi Fiya memandang suaminya.

"Dah abang halau Fiya tadi" buat buat Tak tahu pulak orang tua ni,tadi kau jugak yang dingin dengan aku. Pastu boleh tanya pulak kenapa aku keluar hmp!

"Kau keluar" Jari Ray ditunjuk tepat ke arah Qaseh. Tergamam Qaseh,Tak Tak Tak mungkin! Aku Tak percaya! Dia menjerit sekuat hatinya. Bukan aku,tapi perempuan murahan tu! Aku yang patut jadi isteri kau bukan dia!

"Arghhhh!" Berpeluh peluh badannya ketika dia bangun secara mengejut. Muka diraup kasar,nafasnya tidak teratur. Masih terkejut dengan mimpi yang dialami. Dipandang sekeliling..masih dalam bilik tidur.

"Kenapa ni sayang?" Qaseh melihat sebelah. Keadaan lelaki itu tidak berbaju,hanya berseluar pendek.

"Mimpi buruk" Ray mengucup jari jemari Qaseh lembut. Dipujuk isterinya supaya kembali tidur. Qaseh Tak tahu apa yang sedang berlaku,tetapi terasa selesa berada dalam pelukan Ray. Tangannya Tak lepas dari digenggam erat Ray. Dia beruntung kerana dapat berkahwin dengan suaminya.

"Ray" sudah lama dia inginkan lelaki ini buat dirinya. Lihatlah siapa ditepinya sekarang,aku dah berjaya. Aku dah berjaya! Qaseh tersenyum lebar sambil bermain main dengan wajah lelaki pujaannya.

Kau dah jadi milik aku akhirnya. Sempat lagi Qaseh menghina Fiya. Dia yakin kerana perempuan tu lah dia dapat mimpi buruk sebegitu. Tak guna! Dasar perempuan Tak sedar diri.

musuhku suamikuWhere stories live. Discover now