"Abang dengar Tak?" Ray Cuba untuk Tak lepaskan rasa marahnya pada fiya.

"Dengar sayang. Tadi ada hal kejap,sebabtu abang balik lambat sikit ni dalam perjalanan" suaranya agak keras. Kalini Fiya pula terdiam.

"Sayang?" Sungguh dia Tak berniat mahu lukakan hati isterinya. Ah kenapalah harini jugak kereta kau nak rosak hah Qaseh.

"Hmm fiya tunggu abang sampai" talian dimatikan. Ray mencampak telefonnya kuat ke tepi. Fiya merajuk sekarang masalah dia bertambah. Balik nanti dia perlu pujuk Furqan dan isterinya. Sudahlah dua dua kalau merajuk makan berhari Hari lamanya.

Sunyi. Tiada siapa yang menyambut kepulangan dia harini,selalunya anak lelaki sulungnya akan melompat dan memeluk dia. Ray mengeluh. Pintu dikunci sebelum dia Naik ke atas.

"Sayang, Furqan" Lega hatinya melihat Fiya sedang menidurkan Raif. Takut juga dia kalau fiya buat perangai lari dan tinggalkan dia.

"Furqan ada Kat bilik. Abang pergilah tengok" fiya berkata tanpa memandang ray. Ray mengetuk pintu bilik Furqan perlahan. Tiada jawapan.

"Furqan" Furqan yang sedang menangis sambil menekup mukanya di bantal berlari mendapatkan ray. Ray memeluk Dan mencium anaknya berkali kali. Baru sekejap tapi dia sudah rindukan keluarganya.

"Daddy pergi Mana? Urqan tunggu dari tadi,mummy marah marah" ray mengusap kepala Furqan. Habis basah berpeluh kepala anaknya. Mana tidaknya tekup dengan bantal Tak buka kipas pula tu.

"Banyak kerja daddy Hari ni,tu yang daddy balik lewat. Furqan kenapa buat perangai? Mummy letih sebab tu mummy marah Furqan" Furqan menumbuk lengan ray berkali kali. Melepaskan perasaan Tak puas hati seperti selalu.

"Anak daddy ni dah Makin kuat lah. Nanti boleh lawan orang jahat" Furqan tersenyum. Yey,daddy puji!

"Pergi Mandi kotor ni" Furqan melemparkan pakaiannya sebelum berlari masuk tandas. Ray biarkan hanya menunggu anaknya di luar.

"Dah daddy" dipakaikan baju tidur untuk Furqan.

"Now daddy nak Furqan pergi tengok tv Kat bawah okey. Daddy nak Mandi dulu,pastu baru Kita makan sama sama"

"Okey" laju kaki kecil tu berlari ke bawah. Tahulah ray anaknya dah Tak merajuk,kuat saja bunyi kartun didi and friends di bawah.

Kalini fiya pula. Tiba tiba dia gugup pula mahu berjumpa isterinya,takut takut Fiya Tak mahu layan dia lagi.

"Sayang" ray duduk di sebelah Fiya. Tangannya memeluk pinggang Fiya erat. Ray baru mahu mencium ubun ubun Raif tetapi Fiya menekup mulutnya. Sebagai ganti dia mencium tapak tangan fiya.

"Abang baru balik,Mandi lah dulu" fiya Tak mahu kuman kuman dari tempat kerja ray hinggap di tubuh Raif.

"Sayang merajuk dengan abang. Hati abang Tak tenang nak Mandi. Sejam Mandi pun rasa Tak basah" Fiya menjeling. Mengada je Ray ni,acah acah buat kisah sedih pulak.

"Dahtu Mandi lah lima jam,Tak pun sehari. Kalau Tak basah juga. Ha Fiya lempar dalam laut" Fiya memerli Ray. Ditolak tubuh suaminya supaya masuk ke tandas.

"Abang mandi kejap je,lepasni abang sambung pujuk sayang balik" Ray mengenyitkan matanya pada Fiya. Dibuka butang baju satu persatu sambil merenung isterinya. Fiya mengalihkan pandangan,malas mahu melayan perangai miang Ray.
__________
Gelak tawa Furqan kedengaran riang dari atas. Fiya membawa Raif bersama ke ruang Tamu. Dibaringkan anaknya di atas tilam depan tv. Furqan melompat lompat atas kusyen teruja dengan kehadiran adiknya.

"Furqan jangan lompat,jatuh atas Adik nanti" Furqan kasih berdegil. Rajuknya dengan Fiya masih lagi ada. Mummy dia belum pujuk Furqan lagi.

Jika orang luar melihat keluarga mereka pasti mereka menganggap Fiya paling garang. Sebenarnya Ray lebih menakutkan apabila marah,pernah sekali Furqan kena marah dengan Ray sebab berdegil mahu ikut ray ke kerja. Ray sudahlah terlewat,belum bersarapan pula tu. Mengamuk habis dia pada Furqan. Furqan mogok Tak mahu makan tiga Hari sampai risau Ray dengan Fiya.

Jika Fiya yang marah,Furqan akan menangis. Esoknya baiklah dia gelak balik dengan mummy dia.

"Alah sayang sini" Furqan menerpa dalam pelukan Fiya. Dia suka bau mummy dia,seperti bau bunga.

"Kejap lagi kita makan dengan daddy okey?" Furqan mencium pipi Fiya sebelum kembali menonton kartun.

Malam ni Ray hanya order makanan luar. Sambil menunggu pesanan sampai dia bermain game di halaman rumah. Tiba tiba ada satu mesej masuk dari nombor Tak dikenali.

???: Terima kasih sebab tolong saya tadi.

Ray membaca mesej pendek tu lama. Otaknya ligat berfikir. Dia rasa orang ni salah nombor agaknya.

???: Saya dah sampai rumah. Esok saya pulangkan balik duit awak.

Ray: ouh Qaseh. Takpalah Kira saya Bantu Cik ikhlas.

Ray pelik macam Mana Qaseh boleh dapat nombor telefon dia. Tak ingat pula kalau dia ada beri pada siapa siapa. Ray menyimpan contact nombor Qaseh seperti kawan tempat kerjanya yang lain.

Qaseh: maaf dah susahkan awak. Saya betul betul rasa bersalah.

Ray ingatkan perbualan mereka dah habis. Dia baru mahu sambung main game,tengok tengok Qaseh mesej dia lagi.

Ray: hmm takpa

Fiya berdehem di belakang Ray. Terkejut Ray memandang Fiya cepat cepat dia menutup telefonnya.

"Sayang" Hatinya sakit melihat wajah fiya yang suram. Pasti fiya dah salah faham.

Fiya hanya berdiam diri. Agak lama mereka tercengang begitu,fiya masuk ke dalam rumah.

musuhku suamikuWhere stories live. Discover now