Jaz tersenyum kecil. Lidahnya sudah biasa memanggil wanita itu dengan panggilan 'miss'. Dia hormat Anne bagaimana dia hormat bossnya. Kalau Eiden boss dia, maka Anne pun boss dia. Dia berkerja untuk mereka berdua.

"You guys ada party ke?"

Jaz yang berdiri di sisi Anne turut memandang keluar di sebalik pintu sliding.

"Aah, kami semua decide nak buat party malam ini. Saja nak berhibur,"

Anne mengangguk kecil, baru mulutnya mahu menanya di mana Eiden. Lelaki itu muncul dan berdiri tidak jauh dari kedudukan mereka. Eiden berdiri menghadap sliding door membelakangi diri Anne dan sedang bercakap di telefonnya.

Mata nakal Anne meneroka tubuh sexy boyfriendnya. Seluar slack kelabu serta kemeja hitam yang hanya dibutang separuh. Mendedahkan dada bidang lelaki itu, turut tergantung rantai silver di leher lelaki. Kemeja lengan pula dilipat ke paras siku, mendedahkan tangan berurat lelaki.

Oh god, my boyfie looks so hot and spicy grrr.

Anne menunggu sehingga Eiden selesai berurusan dengan telefon. Namun, tidak sempat dia mahu bangkit dari duduk, ada seorang perempuan datang mendekati Eiden dan berdiri rapat di sebelah lelaki itu.

Mata Anne merenung atas bawah perempuan berambut coklat itu. Dia melihat wajah ceria gadis itu bersama Eiden. Wajah Eiden seperti terkejut melihat gadis itu sebelum bibir seksi itu mengukir senyuman kecil.

"Jaz,"

"Ye miss?" Dia turut melihat bossnya bersama gadis itu. Jaz tersenyum nipis, dia kenal wajah cantik gadis itu.

Anne menoleh memandang Jaz yang tersenyum kecil itu.

"Siapa tu?"

"Oh, itu Dr. Seo Eun Byul. Team medic kita. Sebelum ini Dr. Seo ada khusus di Singapore, so I think dia baru balik dari khusus."

Team medic?

Anne diam, "Tapi, nampak mesra je mereka berdua tu,"

Jaz menyembunyikan ketawanya, dia tidak berkata apa.

Anne kembali memandang ke hadapan dan... matanya di saji dengan Eun Byul memeluk tubuh Eiden itu. Walaupun hanya pelukan sekejap tetapi masih bersentuhan! Itu tidak boleh diterima!

"Oh no, ini kah yang di namakan curang depan mata?"

Jaz ketawa kecil, tergeleng kepalanya melihat telatah Anne. "Tapi curang biasanya berlaku di belakang kita. Ini berlaku depan mata,"

Anne sudah muncung, tangan di silang ke tubuh.

"Habis itu, kalau bukan curang. Ni panggil apa?"

Jaz menahan ketawa, "Kantoi,"

Terus bulat mata Anne mendengarnya, "Kantoi? Kantoi apa? What do you mean by kantoi?" Lupa mahu menanyakan apa hubungan Eiden dengan perempuan itu, tapi ayat kantoi dari Jaz membuatkan dia rasa curiga. Mereka ada apa - apa hubungan?

"Kantoi yang boss ada skandal,"

Terus ternganga mulut Anne mendengarnya, "JAZ!" Terlepas jeritan kecilnya apabila Jaz beria ketawa. Nampak sangat lelaki itu sedang mengenakan dirinya. Bantal kecil yang berada di tepinya di campak pada Jaz. Namun dengan cekap Jaz menangkap bantal kecil itu dengan ketawanya masih bersisa.

Jeritan Anne tadi telah mengamit perhatian Eiden. Dan dari situ Eiden baru perasan dengan kehadiran Anne. Matanya terpaku pada wajah Anne yang benar - benar lain dengan gaya rambut baru. Matanya tidak berkelip merenung wajah Anne yang memarahi Jaz.

"Miss - " Jaz meredakan ketawanya sekejap.

"Miss percaya?"

Anne menjeling tajam, "I'm not! But, tengok mesra macam itu, betullah kot kalau dorang berdua tu skandal,"

MISCHIEVOUSजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें