"Harraz"

"Harraz Fikhran Bin Dato Adhwa"

"Haa a..apa" terkejut Harraz apabila Hana memanggil nama penuhnya dengan kuat.

Dato Adhwa dengan Datin Aderin tergeleng dengan sikap Harraz yang suka mengelamun. Orang semua dah nak habis makan dia boleh pulak mengelamun.

"Adik termenung apa. Orang semua dah nak sudah" ujar Hana sambil mengangkat sebelah keningnya. Air sirap di hadapannya diteguk rakus. Sakit pulak tekak dia jerit-jerit panggil nama Harraz tadi.

"Tak ada apa-apa lah kak" Harraz tersengih cuba meyakinkan Hana yang dia tidak apa-apa.

Hana hanya mengangguk sambil meneruskan suapan nasi di dalam mulutnya. Dah Harraz cakap macam tu dia pun malaslah nak bertanya lebih pada Harraz nanti kan ada pulak orang tu badmood dengan dia. Satu hal pulak nak memujuk!

Senyap sahaja suasana antara mereka. Masing-masing leka dengan makanan di hadapan. Hana yang tidak betah suasana diam mula menanya soalan.

"Papa nanti Hana dengan Harraz masuk kerja kan. Kita orang pegang jawatan apa?" Soal Hana. Tertanya-tanya jugaklah dia walaupun dia tak kisah pun jawatan apa yang dia sandang nanti tapi dia tetap nak kepastian pada Dato Adhwa.

Dato Adhwa yang mendengar soalan Hana meminum airnya membasahkan tekak. Nanti tercekik pulak tulang ikan tak pasal-pasal mati awal.

"Jawatan kamu berdua sama aje. Tak ada seorang pun yang lebih. Papa bagi sama rata je nanti kalau Papa lebihkan ni ada je seorang tu tak puas hati" sempat mata Dato Adhwa menjeling Harraz di hadapannya.

Harraz yang perasan berdehem kuat.

"Mana ada adik cemburu. Papa ni ada-ada je" cebik bibir Harraz dibuatnya. Tak gentle lah kalau lelaki kuat cemburu. Ini Harraz lah sikit pun tak goyang dengan papa heh bisik hatinya.

"Kalau macam tu bolehlah kakak kamu sandang jawatan Papa kalau macam tu. Iya dok" gurau Dato Adhwa sambil ketawa.

"Eh , mana boleh Papa. Tak adil lah macam ni" tangannya disilang tanda protes.

Hana yang melihat menggelakkan Harraz.

"Tadi adik cakap okay. Ni bila Papa macam tu merajuk pulak adik" kata Hana.

Tergaru kepala Harraz. Baru dia perasan percakapannya terlepas. Kantoi pulak kuat cemburu aduhai. Mana nak sorok muka ni.

"Blushing pulak dia Papa" kata Hana sambil ketawa terbahak-bahak.

Datin Aderin yang sedari tadi melihat sketsa tiga beranak itu mula bangun daripada kerusinya.

"Eh yayang nak pergi mana?" Soal Dato Adhwa.

"Daripada saya layan perangai abang yang tak semenggah ni lebih baik saya basuh pinggan kat dapur tu" ujar Datin Aderin. Pinggan kotor dikutipnya.

Hana dengan Harraz sudah menekup tangan mereka menahan ketawa melihat muka Dato Adhwa tak puas hati.

"Orang yang perangai tak semenggah ni lah yang dia sayang" Dato Adhwa menolak kerusinya ke belakang sebelum bangun dan mencium pipi Datin Aderin.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now