❄09❄

617 83 9
                                    

Lepas saja balik tadi. Aku terus menghadap laptop. Nota-nota yang tadi kusalin cincai sahaja sudah ditaip, dan diprint. Ini Jungha, mana mungkin aku menangguh kerja. Bukan macam Haechan tu.

Dikerling jam di dinding. Sudah pukul 2 pagi. Sementara tunggu printer ni bekerja. Baik aku gosok gigi dulu. Esok ada kelas tau. Balik malam lagi.

"Agak-agak kenapa Jaehyun ada dekat McD tadi eh? Dia ikut aku ke?"

Tak, masalahnya kenapa aku perasan sangat ni. Jangan-jangan dia dah ada makwe. Dia dating ke. Hmph.

Tok tok

Sedang leka aku membelek muka di cermin, pintu rumah diketuk.

Sekali, dua kali. Jangan cakap aku diganggu hantu ketuk pintu tu?

Tuk tuk tuk

Kalini bunyinya lebih keras. Sudahlah aku penakut. Siapa pula yang datang rumah orang pukul 2 pagi ni?

Aku membuka pintuku.

Bukk

Orang yang datang rumah aku selamat mendarat di atasku.

"K-kau siapa? Kenapa datang sini?"

"Jungha.."

Dahiku berkerut. Orang ini tahu nama aku?

"Encik- " belum sempat aku membalasnya. Muka kami bertatapan. Seketika, mataku terbeliak memandang oang tersebut.

"Jaehyun? Awak buat apa kat sini? Dah pagi tau?"

Dia sekadar tersenyum memandangku. Tangannya naik ke sisi kepala, lantas mengusap rambutku lembut.

"J-jaehyun awak okay?"

Kami masih di depan pintu. Aku harap tiada jiran yang keluar pagi-pagi begini. Dan ternampak aku dan Jaeh-

Ah, apa aku nak jawab dengan oppa nanti?

"Jaehyun, bangun cepat." aku sedaya upaya menolaknya. Cepat-cepat aku bergerak ke tepi, lengannya aku tarik. Membantunya bangun.

Apabila Jaehyun berjaya bangun, lantas pintu bilik aku tutup dan kunci.

Tak semena-mena, Jaehyun menolak ku ke dinding.

"Jaehyun, awak kenapa ni?" aku menolak dadanya agar menjauhiku. Namun percuma, itu hanya satu percubaan yang gagal.

"Ask yourself Jung Jungha." gumamnya perlahan. Lantas, dia mendekatkan wajahnya ke leher dan tengkukku. Menghidu aroma di sana.

Apa? Kenapa dengan aku? Dan, Jung? Sejak bila aku tukar surname aku ni?

"Apa yang awak merepek ni Jaehyun? Lepaslah, saya geli!"

Aku masih dalam kekeliruan, dia menangkap tanganku yang lagi tadi memukul bahunya.

Muka Jaehyun dan mukaku tidak jauh. Aku boleh hidu bau mulut Jaehyun.

"Jaehyun, awak mabuk lagi? Awak tahu tak bahaya? Kalau ada orang cu- "

"Only you can kidnap me. And now, i'm yours. Get it?" bisiknya.

"What?"

Belum sempat aku membahas, dia sudah mendukung tubuhku. Dan aku dibawa ke bilik.

.
.
.



𝙒𝙧𝙤𝙣𝙜 𝙎𝙩𝙚𝙥 ノ 𝘫𝘶𝘯𝘨 𝘫𝘢𝘦𝘩𝘺𝘶𝘯Där berättelser lever. Upptäck nu