❄08❄

640 86 14
                                    

Sunyi sepi di dalam kereta, aku di belakang, manakala Haechan di tempat sebelah pemandu. Kesenyapan ini membuatkan jantung aku berdegup kencang. Atau mungkin mereka boleh mendengar suara degupan aku ni?

"Jungha, nanti malam kita lepak McD tau." hampir luruh jantungku apabila namaku diseru.

Aku masih diam terpaku. Takut nak bersuara. Sebenarnya aku masih lagi berfikir, Jae- opps, Prof Jaehyun ingat aku ke?

"Oit Jung, kau dengar tak."

"Apa?"

Haechan mengeluh kecil. Ah, ada ada saja kau ni Chan. Macam tak de masa lain nak berbual.

"Malam ni, aku jemput kau, kita lepak McD." dahiku berkerut mendengar kata-katanya. Bro, harini baru hari pertama masih universiti, monyet kau ajak lepak. Walaupun belum ada assignment, banyak jugak nota yang kena type semula.

"Er.." aku cuba berdalih, ah, malu betul lah depan Jaehyun!

"Ala, jangan buat alasan eh, aku rindu nak lepak au, cuti sebulan tu aku pergi US, balik kampung Johnny, aku rindu gila kau tau! Mesti kau rindu aku jugak, duduk sorang lak tu, tah kau temenung ka, tah kau tid- "

"Aih, yalah-yalah." jawabku memotong kata-katanya. Malas betul lah Haechan ni, mulut murai betul. Nanti entah apa-apa dia dedahkan rahsia aku.

"Yes! By the way, aku bawak Johnny tau. Sepupu aku yang baru pindah dari US tu, ala dia ikut aku balik sebenarnya. Aku nak kenalkan dekat kau. Kau kan single forever.."

Mataku automatik berputar ke atas. Bila lah Haechan nak berhenti bercakap. Rasa nak gam mulut dia tu guna gam uhu, lepastu jahit biar diam. Dalam kereta orang kot.

Dan, kenapa Jaehyun senyap sangat ni? Dah bisu ke?

.
.
.

Lepak yang dijanjikan tiba. Tadi Haechan jemput aku di apartment, terkejut aku bila kereta kuningnya sudah bertukar warna merah. Rupanya dia ada kereta baru. Orang kaya can relate.

Di hadapan aku, tersusun makanan yang enak-enak, Sweet Chili Fish Burger dan Big Mac kepunyaan Haechan, tidak lupa juga 2 bag besar French Fries dan Apple Pie kegemarannya. Kami sekadar menikmati Iced Latte dan Flat White sementara menunggu cousin mat salleh celup Haechan datang. Minum kopi supaya boleh tahan nagantuk bila nak buat nota lagi.

"Makan jangan gelojoh sila. Kau dah besar tahu? Nak masuk 20 dah."

Haechan hanya menyuap Apple Pie tanpa bersuara.

"Lap kan aku. Aku sibuk ni." makan pun sibuk ke?

Tch, Haechan tetap Haechan. Dari dulu sampai sekarang, makin menjadi-jadi pula gedik dia ni.

Kami sudah berkawan sejak hari pertama di sekolah tinggi lagi, lima tahun bersahabat, tak hairanlah kalau kami asyik berkepit, hingga ada yang menganggap kami pasangan kekasih. Mana tidaknya, tie longgar, aku betulkan, rambut serabai, aku kemaskan, makan comot, aku lapkan. Macam sekarang ni.

"Hi." kami sama-sama menoleh ke arah suara yang menegur tadi. Kelihatan seorang lelaki tinggi dengan rambut tersisir kemas ke belakang tersenyum menyapa.

"Hyung, duduklah." pelawa Haechan dengan mulut penuhnya.

"Sorry, im late." katanya sopan. Lantas tempat kosong sebelah Haechan diambil.

Boleh tahan handsome juga.

"Ni Johnny Seo Youngho. Boleh panggil Johnny, Youngho, daddy pun boleh. Alang-alang tu, kau jadi la sugar baby dia."

Mataku membuntang memandang Haechan yang selamba saja menuturkan salam perkenalan itu. Dasar duck.

"Hi, im Johnny, nice to meet you Jungha."

"Eo, you know my name?"

"Absolutely. Haechan tell a lot about you."

"Ah, jinjja. So you can't speak hangul?"

"Ah, i can. Hehe, sorry for made this awkward." ujarnya.

Ah, dua kali lihat, daddy vibe juga.

Kami berbual kosong, mengenali satu sama lain, tapi nampaknya dia sudah tahu banyak tentang aku.

Tak berapa lama selepas kami habis makan. Mataku terpandang satu sosok yang aku kenali. Apa pula Jaehyun ada di sini? Dia juga lepak McD?

Atau dia ikut aku dan Haechan. Takkanlah...

.
.
.

𝙒𝙧𝙤𝙣𝙜 𝙎𝙩𝙚𝙥 ノ 𝘫𝘶𝘯𝘨 𝘫𝘢𝘦𝘩𝘺𝘶𝘯Where stories live. Discover now