06

645 120 23
                                    

"Renjun, asal kau lambat kali ini?" celah Haechan sambil menelek pada jam tangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Renjun, asal kau lambat kali ini?" celah Haechan sambil menelek pada jam tangannya. Jihyun memandang Renjun sekilas.

Dia masih terkejut dengan kehadiran Renjun secara tiba-tiba. Dia kembali mengalihkan pandangannya daripada Renjun.

'Kau fokus makan sekarang Jihyun' bentak hatinya.

"Aku tengah uruskan duit kelas untuk aktiviti minggu depan." jawab Renjun. Matanya hanya memandang kearah makanannya sekarang.

Pada minggu depan setiap kelas perlu melakukan aktiviti di luar sekolah. Jadi kelas mereka memilih untuk pergi ke Buchok Hanok Village. Mereka perlu mengkaji tentang perkara disana sebagai salah satu tugasan kumpulan.

Aktiviti ini hanya dilakukan untuk semalaman. Jadi untuk menjadikannya lebih menarik, mereka bercadang untuk memasang khemah di Nanji Hangang Park pada waktu malam untuk meluangkan masa bersama.

"Jadi kumpulan kita dah lengkap!" Haechan menepuk tangan kegembiraan. Jihyun memandangnya dan tersenyum lebar manakala Yangyang menggelengkan kepalanya.

"Sebelum kita mulakan, aku dah tetapkan. Renjun kau jadi photographer." Haechan menepuk meja untuk memberi kata putus. Renjun memandang Haechan menyampah.

Memandangkan kerja kumpulan ini berkaitan dengan seni gambar. Lebih baik mereka memilih orang yang mahir dalam menangkap gambar.

Tanpa Jihyun sedar, sedikit sebanyak dia berasa selesa dan sedikit lega. Tidak seperti yang dia bayangkan. Nampaknya dia tidak akan membuat kerja ini seorang diri lagi.

--

"Jihyun, balik ini kita singgah kedai tteokbokki dulu nak?" ajak Yangyang teruja. Jihyun terus mengangguk. Perasaan kekoknya tadi terus hilang. Dia mengaku dengan kehadiran Haechan dan Yangyang yang ceria ini buatkan rasa kekoknya hilang dengan cepat.

Sebaik sahaja Jihyun duduk di tempatnya, seorang pelajar perempuan kelasnya datang mendekatinya.

"Jihyun, jom masuk kumpulan kami." Jihyun memandang kearah Solhee. Kemudian dia memandang kearah dua orang pelajar lelaki yang berada di tempat duduk belakang sambil tersenyum kearahnya. Haih...

Jihyun terdiam. Dia sudah ada kumpulan. Tetapi dia sudah mati akal. Dia tidak tahu bagaimana untuk menolaknya! Matanya mulai cemas. Jari jemarinya bermain antara satu sama laim. Dia tidak tahu mahu melakukan apa.

"Saya-"

"Dia kumpulan dengan aku. Urusan kau dah habis kan? Dah tepi." Jihyun memandang figura tinggi di hadapannya. Renjun berdiri dengan sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket dan memandang Solhee kosong.

Solhee terdiam. Senyuman ahli kumpulannya di belakang juga mati apabila Renjun muncul. Solhee perlahan-lahan bergerak pergi daripada meja Jihyun.

"Aku nak minta duit untuk aktiviti itu. Hari ini hari terakhir." kata Renjun ringkas dan padat. Tiada reaksi pada wajahnya. Hanya kosong. Kalut Jihyun mencari beg dompetnya di bawah meja. Habis buku-bukunya di bawah meja itu diselongkar. Beberapa keping not duit dikeluarkan dan diserahkan kepada Renjun.

Sebelum Renjun beredar, dia bersuara perlahan.

"Aku dah cakap jangan naif sangat Kang Jihyun."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Say Yes | HRJWhere stories live. Discover now