🍁 •BAB 32•

Start from the beginning
                                    

'Perhaps that's how i built a stronger me.'

"Biasalah tu. Dulu saya pun terpaksa korbankan banyak benda semata-mata nak pujuk papa masuk sekolah seni. Sanggup bayar bil phone guna duit simpanan sendiri. Kereta kena rampas. Nah. My teenagers life ain't no fun." Dhiah sudah tekad. Tiada siapa pun boleh halang impiannya. Sampai Datuk Zakri pun tak mampu nak berbuat apa-apa. Biar sahaja Dhiah mengejar cita-citanya sendiri dan berdikari. Dia mahu. Dialah yang kena usaha.

Dan nasib baik segala pengorbanannya membuahkan hasil. Lihatlah dia sekarang. Memenangi trofi artis wanita baharu popular adalah satu petanda baik untuk dirinya dalam dunia seni ini.

"Saya rasa gembira dapat jumpa senior saya semula. Dulu saya selalu tolong awak tapi awak langsung tak benarkan saya kenal dengan awak. Kenapa eh?"

"Oh. Entahlah. Mungkin sebab saya malu? Lagipula dulu saya tak biasa dengan budak perempuan. Saya tak selesa." Kata Tengku Rafael. Paling jujur sebab dulu dia memang tak pernah ambil tahu pun tentang perempuan. Nak dekat lagilah tak reti. Nak confess hmm jauh sekali.

Well. Dulu-dulu kan aku poyo.

"Oh i see. No wonder. Padanlah saya tak pernah nampak awak dengan mana-mana perempuan dulu. Wow. Interesting." Dhiah senyum lebar sehingga matanya jadi sepet.

Tengku Rafael cuma mampu menarik senyum nipis. Tak tahu nak reaksi apa ketika itu.

"Tapi kan, awak... tak kisah ke kalau saya nak berkawan dengan awak?"

Soalan tiba-tiba itu buatkan Tengku Rafael terkelu seribu bahasa. Serta merta kepala teringat akan perbualannya dengan Nuri Nafeesa tempoh hari.

"...Kalau Tengku suka Dhiah, teruskan. Jangan putus asa..."

"...Dhiah tu memang sukar nak didekati. Tapi kalau Tengku tunjuk usaha, mana tahu dia boleh terima?..."

Keluhan perlahan terlepas dari bibirnya. Perlahan-lahan Tengku Rafael menarik senyum.

Bullshits happens everyday...


PRANG!!!

Tengku Rafael yang baru sahaja hendak mendaki anak tangga terkejut mendengar bunyi kuat itu. Berderau darahnya. Pantas dia menoleh memandang dapur.

"Nuri?" Panggil Tengku Rafael.

Tiada jawapan.

"Nuri Nafeesa!" Lantang Tengku Rafael memanggil nama itu apabila tiada sahutan diterima. Pantas dia melangkah laju ke dapur. Mencari punca bunyi itu.

"Nur..." Tengku Rafael menarik nafas lega melihat Nuri Nafeesa yang terkebil-kebil memandang ke arahnya. Ada serpihan kaca di tangannya.

"Tengku kenapa panggil saya macam tu? Terkejut saya." Ujar Nuri. Memuncung wajahnya. Tahu tak nak tercabut rasa jantung bila Tengku Rafael bukan main lantang menyeru namanya tadi.

Tengku Rafael pejam mata. Lega. Ya Allah. Fikirnya apa tadi.

"Ish kau ni. Macam mana pinggan ni boleh pecah?" Bebel Tengku Rafael. Lantas dia mencangkung sama. Mahu membantu mengutip serpihan kaca itu. Wajahnya tegang semacam sahaja.

Termuncung Nuri dibuatnya.

"Saya tengah basuh pinggan tadi, lepastu pinggan ni terlepas dari tangan saya. Licin." Jawab Nuri Nafeesa.

"Yalah tu. Entah-entah kau berangan. Sebab tu boleh terjatuhkan pinggan ni." Bidas Tengku Rafael.

Nuri Nafeesa cuma diam mengutip sisa kaca itu. Nasib pecahnya tidak jadi serpihan yang kecil-kecil itu. Kalau tak, payah aku nak bersihkan.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now