🍁 •BAB 32•

Start from the beginning
                                    

Pantas tanda pangkah di papan kekunci ditekan lama. Memadam mesej yang ditaipnya sebentar tadi.

"Lah baru sikit Nuri makan. Tu nasi kat pinggan ada lagi separuh tu. Kenyang apanya?" Ujar Khair. Bibir dimuncungkan ke arah pinggang Nuri Nafeesa.

"Kau ni tengoklah badan dia. Kecil je. Lain lah macam kak Amy." Gurau Sally.

"Amboi mulut kau." Kak Amy kecilkan matanya.

Tersengih semuanya melihat reaksi Kak Amy.

Nuri Nafeesa menyengih sama. Kelakar dengan gelagat mereka. Bibirnya tersenyum manis. Menutup segala rasa di lubuk hati.

Dan itulah satu kelebihan seorang Nuri Nafeesa.

Menyembunyikan emosi dan segala rasa dengan senyuman.

Hipokrit.

TENGKU RAFAEL mencapai tisu yang disediakan di atas meja. Mulut dilap dengan tisu setelah habis satu chicken grill dia telan. Mula-mula rasa macam tak ada mood nak makan. Rasa tak selesa je tekak ni.

Lama-lama tanpa sedar sudah habis makanannya masuk perut.

"Awak dah siap makan?"

Tengku Rafael angkat kepala memandang Dhiah di hadapannya.

"Dah. Sorry for keep you waiting." Ujar Tengku Rafael dengan senyuman nipis di bibirnya.

"It's okay. Lagipun... bukan selalu saya ada peluang nak makan berdua dengan awak." Balas Dhiah. Turut menguntum senyuman manis di bibirnya. Menayang barisan giginya yang putih dan tersusun cantik.

Almaklumlah. Duta ubat gigi di kaca televisyen.

"Awak keluar ni tak takut orang nampak ke?" Tanya Tengku Rafael. Saja mulakan perbualan.

"Nah it's okay. Tak semua orang kenal saya bila saya kat luar." Ujar Dhiah. Penuh yakin sahaja gayanya.

Tengku Rafael mengangguk. Dhiah dihadapannya nampak lain daripada yang selalu Dhiah di televisyen. Mungkin kerana solekan yang dikenakan membuatkan wajahnya kelihatan berbeza. Dhiah guna khidmat mua pun jika dia ada shooting sahaja. Jadi bila keluar macam ni dia mekap sendiri.

"But you're that popular Dhiah Nageena. How come no one knows you?"

Ya. Dhiah Nageena kut. Artis wanita baru popular. Mustahil dia keluar macam ni tak ada orang kenal.

Dhiah senyum malu.

"Mana ada. Saya kan baru lagi. Jadi tak ramai orang kenal." Ujar Dhiah. Merendah diri.

Diam seketika. Tengku Rafael tak tahu nak balas apa.

Dhiah mengamati wajah Tengku Rafael. Lelaki itu sudah berbeza dari dulu. Sangat berbeza. Dulu Tengku Rafael adalah seorang budak nerd yang pendiam tapi hot. Sekarang?

Lagi hot.

Tengku Rafael rasa tak senang duduk dengan pandangan Dhiah.

"You scared me." Terlepas juga kata-kata juje dari bibir Tengku Rafael. Terus ketawa Dhiah mendengarnya.

"Janganlah takut. Saya tengok awak sebab awak berbeza. Tak macam dulu." Ujar Dhiah.

"Dulu? Dulu yang macam mana?"

"Dulu awak nerd. Skema semacam je. Kasihan awak selalu kena buli. I'm glad you look stronger now." Dhiah senyum lebar. Tak sia-sia dia bazirkan tualanya untuk bantu budak nerd tu dulu.

"Yeah. But to be stronger, i had to sacrificed a lot of things." Tengku Rafael angkat bahu. Ya. Zaman remajanya tidak indah belaka. Selalu dibuli. Pindah sekolah baru pun kena buli lagi.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHOn viuen les histories. Descobreix ara