🐯 2

998 126 4
                                    

Hari ni tekak rasa nak makan benda manis manis. So disinilah aku. Buskin Robbin Cafe. Lepas habis photoshoot tadi aku terus datang sini bersama boyfriend aku Jaemin.

"You nak aiskrim apa sayang?" soal Jaemin.

Aku tunjuk perisa yang aku nak pada menu yang tersedia. Jaemin terus memberitahu pekerja itu. Mataku terarah kepada seorang budak perempuan yang sedang makan aiskrim bersama seorang lelaki. Sangat comel. Tanpa sedar aku senyum.

"Kenapa you senyum?" soal Jaemin membuatku tersedar semula.

"Nothing. You dah order?"

Jaemin mengangguk.

"So how's photoshoot tadi. Okey?"

Aku cuma mengangguk.

"Okeylah cuma penat sikit. Photographer magazine kali ni cerewet sikit. Macam nak cili je mulut dia tadi" luahku.

Jaemin menggenggam tanganku.

"Kesiannnya sayang I ni. I feel you"

Lagilah aku rasa macam nak menangis bila dengar dia cakap macam tu.

"Takpe lepas ni kita pergi have fun. Nak?"

Dia cuba pujuk aku.

"Tak naklah. Penat. I ingat malam ni I nak rehat. Lagipun I baru pindah semalam. Banyak lagi barang yang I belum kemas"

"You nak I tolong?"

Aku menggeleng perlahan. Aku tahu bukan aku sorang yang penat. Jaemin pun penat. Dia baru dinaikkan pangkat sebagai CEO baru baru ni. Mesti banyak kerja. Dan aku tak nak bebankan dia.

"Tak payahlah. I tahu you pun penat"

Jaemin senyum.

"Makin sayang I pada you. You ni memahami betul"

Aku turut senyum.

Tidak lama selepas itu aiskrim yang kami order sampai. Wah tak sabarnya nak makan. Dari tadi craving benda alah ni.

"Are you done baby sun?"

Aku nampak budak itu mengangguk. Mereka duduk tak jauh dari kami. So aku boleh dengar perbualan mereka.

"Kay rasa daddy marah lah. Apa kata kita beli aiskrim untuk daddy?"

"Hmm macamlah daddy mu makan aiskrim. Setahu daddy Junkyu, daddy baby sun tak suka aiskrim"

Muka budak kecil itu terus muram. Kesiannya. Mesti daddy dia tegas kan. Poor you little girl.

"Tak payah risaulah baby sun. Daddy Junkyu boleh confirm yang daddy baby sun tak marah. Kalau marah pun, baby sun buat muka comel sikit dah boleh sejukkan hati daddy baby sun tu. Percayalah cakap daddy junkyu"

Muka budak itu ceria semula.

"Bila you nak jumpa parents I?" aku sengaja soal pada Jaemin.

Muka dia terus lain. Tapi cuma sekejap sebelum dia senyum.

"Belum sampai masanya lagi"

Itulah jawapan yang aku selalu dengar.

"But I teringin nak ada anak"

Sumpah aku teringin nak ada anak sendiri. Even aku model aku tetap nak mengandung nakkan anak. Badan lepas ni boleh jaga semula.

"You pun tahu kan I baru dapat jawatan tu. Bagilah I stabil dengan position I dulu"

Aku terus muncungkan mulut. Sambung makan aiskrim.

"I think kita dah bincang pasal ni" sambung dia lagi.

"I know so I'm sorry. I tak kan tanya pasal benda ni lagi"

"I pergi toilet kejap"

Aku cuma mengangguk. Pandangan aku terarah pada budak kecil itu. Lelaki yang bersama dia turut pergi ke toilet. Entah kenapa aku rasa macam nak pergi tegur budak itu. Hati ni suruh pergi no matter what.

So aku pergi ke meja budak itu.

"Hi little girl!"

Dia sedikit terkejut. Maybe dia tak sangka stranger macam aku akan datang tegur dia. Tapi muka dia tak nampak takut langsung.

"Hai aunty!"

"What's your name?" soalku.

"Kayla"

"Kayla. Beautiful name. Boleh aunty tanya Kay?"

Dia mengangguk.

"Kenapa muka Kay macam tak happy je?"

"Actually daddy Kay tak izinkan Kay makan aiskrim. Kay takut daddy marah Kay. Aunty ada cara supaya daddy Kay tak marahkan Kay?"

Aku tak expect langsung yang budak Kayla ni akan tanya aku. Haih! Kesian pulak budak ni. Whoever her daddy. You sangat kejam pada anak you!

Aku dapat satu idea. Entahlah idea ni muncul secara tiba tiba. Dan rasa macam dejavu.

"Kay belikan daddy Kay sebatang lolipop. Lepas Kay bagi je, Kay cium seluruh wajah daddy Kay. Daripada dahi sampai dagu. Aunty sure yang daddy Kay tak akan marah"

Wait. Apa aku cakap ni. Damn! Semuanya keluar tanpa aku sedar.

"Fine. Kay cuba okey. Thank you!"

...

Memories Of Us | KANEMOTO YOSHINơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ