"Saya mempunyai pemikiran yang bijak, macam.. Boleh membina sesuatu objek yang tidak dapat dibina oleh manusia pada zaman ini. Kalau ada barang yang tertentu saya mungkin boleh cipta objek yang tidak dapat dibina oleh sesiapa PADA ZAMAN INI. Tapi, saya jadi begini sebab eksperimen tu." Tutur Lyana.
"Dan apa yang kamu boleh buat?" Tanya Ejen Zain.
"Apa yang saya boleh buat ialah.. ermm.." Lyana melihat sesuatu yang hendak dibekukan. Dia melihat satu gelas yang dipenuhi air kopi.
Dia mengambil gelas tersebut. Pemilik kepada cawan tu melihat Lyana dengan pandangan pelik.
Lyana menutup matanya dan membekukan air kopi yang ada dalam cawan itu dengan kuasanya. Serta merta, ruang itu menjadi sejuk. Ejen Zain melihat Ejen Dayang dan Ejen Ganz.
Lyana membuka matanya.
"Tengok! Dah jadi ais!" Lyana senyum. Buat pertama kali dia di situ, dia senyum.
Lyana memberi semula kepada pemilik cawan itu. Lelaki itu melihat Lyana dengan mulut ternganga.
"Jadi.. Kamu ada kuasa ais?" Tanya Ejen Dayang.
"Ya. tapi kuasa ni pun sebab eksperimen tu." Lyana teringat balik ketika dia disiksa sebab lelaki yang gila eksperimen tu gila eksperimen.
"Lyana, kamu diberi perlindungan penuh disini. Kamu boleh tinggal disini. Tetapi-" Kata kata Ejen Ganz dipotong oleh Lyana.
"Tetapi?"
"Kamu mesti menjalani latihan untuk mengendalikan kuasa kamu. Kuasa kamu boleh menjadi bahaya. Jadi sebab itu saya minta Ejen Rizwan dari teras invinso melatih kamu." Sambung Ejen Ganz.
"In-what?" Lyana pelik.
"Setiap Ejen terdapat teras masing masing." Mereka berempat berjalan keluar dari bilik itu. Lyana melihat Tempat utama HQ MATA dengan mata bersinar. Terdapat Hologram dan ejen di merata tempat. Ejen yang menguruskan maklumat, tentang senjata dan lain lain.
"Terdapat empat teras, iaitu Neuro, Tekno, Combat dan invinso. Setiap teras terdapat kepakaran masing masing dan warna suit masing masing. Neuro atau perkataan yang Berasal daripada perkataan neurologi iaitu sebuah ilmu sains perubatan berkaitan otak dan sistem saraf. Ejen NEURO merupakan ejen yang berpengetahuan tinggi serta berperanan untuk menyusun strategi dalam setiap misi yang diamanahkan. Warna suit mereka ialah kuning." Terang Ejen Zain.
"Bagi Tekno atau perkataan Berasal daripada perkataan teknologi menjadikan ejen dalam Teras TEKNO sangat berkemahiran dan berpengetahuan tinggi dalam bidang teknologi. Peranan ejen Teras TEKNO ialah untuk mencipta dan mengendali peralatan-peralatan canggih bagi menjayakan misi. Bagi Warna pakaian mereka ialah merah." Terang Pula ejen Dayang.
"Untuk Combat atau perkataan yang Berasal daripada perkataan combat yang bermaksud pertempuran. Ejen Teras KOMBAT merupakan ejen yang mahir dalam pertempuran jarak dekat dan sederhana serta berperanan melindungi keselamatan rakan-rakan sepasukan sewaktu menjalankan misi mereka. warna Comba ialah warna biru." Kata Ejen Ganz.
"Invinso?" Tanya Lyana.
"Invinso atau perkataan yang Berasal daripada perkataan invisible atau halimunan menjadikan ejen Teras INVISO sangat licik dan tangkas dalam tindakan mereka. Peranan utama ejen Teras INVISO ialah mencipta helah dan penyamaran bagi menumpaskan pasukan musuh. warna suit mereka ialah warna putih." Jelas ejen Dayang.
"Jadi.. Ejen Zain Neuro, Ejen Ganz Combat dan Ejen Dayang Tekno?" Tanya Lyana.
"Ya." Balas Ejen zain.
"Kenapa ada tiga je? Mana sorang lagi?" Lyana bertanya.
Eksperisi ketiga-tiga Muka Ejen Teras menandakan sesuatu perkara yang buruk telah berlaku.
'should not asked that.' Kata Lyana dalam hati.
"S-saya minta maaf. Saya .. tak patut tanya." Lyana rasa bersalah. Dia menundukkan mukanya.
Ejen Zain meletakkan tangannya ke atas bahu Lyana.
"Tidak apa. Kami akan menunjukkan apa yang kami buat disini." Mereka berempat berjalan ke arah glob gergasi hologram.
Bersambung
YOU ARE READING
Halangan [ Ejen Ali ]
FanfictionSeorang gadis diselamatkan oleh Ejen Teras MATA. Kecederaannya parah, mereka membawa pulang gadis itu ke headquartes MATA. "Siapa- siapa kamu?" "Ejen MATA?" "Kejap! Akademi MATA?" "Ali! Jangan!" "Kau nak keluar dari MATA? Kenapa?" Iya, pelbagai anca...
![Halangan [ Ejen Ali ]](https://img.wattpad.com/cover/254139010-64-k326917.jpg)