R A Y N I L H A M - 5 0 💕

Start from the beginning
                                    

Kat Narathiwat haritu, dia dah beli 2 pasang baju. Dia bawak baju dari rumah, 2 pasang je.

Sampai Krabi semalam, 2 dress dia beli.

Nasib hotel ni ada dobi. Boleh basuhh.

Dia sudah lengkap berbaju dan bertudung. Nani terus menuju ke beranda.

Beranda itu betul-betul menghadap laut.

"keluar ke tak??? "omel Nani.

Dia terus melabuhkan punggung di kerusi yang terdapat di beranda itu.

Sedang leka dia mengelamun,

"erm erm. "suara itu menarik perhatian Nani.

Dipandang ke beranda disebelah kiri biliknya, tiada orang. Memang beranda bilik hotel ni dekat-dekat. Memang boleh bersembang.

"erm erm. "sekali lagi. Kali ini Nani berpaling ke sebelah kanan.

Membulat matanya melihat gerangan itu.

"Syakir!! "terus Nani bangun dari duduknya.

Syakir hanya beriak biasa. Dari tadi dia perhati je Nani. Nani je yang tak perasan dia kat situ.

"awak buat apa kat sini??? "soal Nani

"saja. Bercuti. "kata Syakir

Nani mengeluh.

"kacau la. "

"haik, apa yang kacau?? Saya tak kacau awak pun. Awak nak bercuti ke, nak lari rumah ke saya tak kacau okay?? "

"okay, jangan kacau saya!! "kata Nani lalu melangkah masuk ke dalam.

Dia terus mencapai sling bag nya dan melangkah keluar dari bilik.

Serentak itu, pintu bilik hotel sebelah kanannya juga terbuka.

Nani mengeluh.

Cepat-cepat, dia menuju ke lif.

Butang lif ditekan beberapa kali. Pintu lif terbuka, tiada orang. Nani cepat-cepat melangkah masuk ke dalam.

Butang tutup pintu ditekan beberapa kali. Mata memandang ke arah Syakir yang makin hampir ke dalam lif.

Pintu lif sudah mahu tertutup. Lagi sikit je, Nani sudah melepaskan keluhan lega namun tak lega lagi. Kaki Syakir menahan pintu lif itu dari tertutup. Pintu itu kembali terbuka.

Nani mengeluh kasar.

Syakir melangkah masuk ke dalam lif itu.

"jauh betul awak lari. "kata Syakir

"tak menyusahkan sesiapa pun kan?? "soal Nani.

"awak menyusahkan hati parents awak. Awak menyusahkan saya. "kata Syakir

"apahal pulak saya menyusahkan awak?! "kata Nani lalu melangkah keluar dari lif setelah pintu itu terbuka.

"awak susahkan saya la Nani!! Sebab awak tu tunang saya sekarang. "kata Syakir

Langkah Nani terhenti.

Dia berpaling memandang Syakir.

"mengarut!! "jeritnya.

Syakir tersengih.

Ingatannya kembali teringat kejadian 1 bulan yang lepas.

Seminggu sebelum Nani datang ke rumahnya menyerahkan kad jemputan.

"assalamualaikum!! "

Syakir terus melangkah keluar dari rumah.

Kelihatan sepasang suami isteri bersama 2 orang jejaka.

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now