MSH 1 ⚘

95 6 0
                                    

you have a place in my heart : no one else ever could have 🦋❤️
_______

Seorang gadis berjalan seorang diri sambil bersiul menuju ke makmal komputer seperti yang telah diarahkan oleh gurunya. Oleh kerana tidak mahu melengahkan masa, gadis tersebut mengambil keputusan untuk melalu "jalan pintas" sahaja.

Ketika melalui sebuah bangunan yang lama, bulu romanya mula menaik. Fikirannya bercelaru memikirkan perkara yang negatif, namun dia terus melangkah kerana tidak mahu dimarahi oleh gurunya jika lambat.

'Lantaklah ada hantu ke apa, asalkan aku on time', desis gadis itu. Dia cuba mengusir perkara yang negatif daripada fikirannya.

Tiba-tiba, tangannya direntap kasar oleh seseorang. Teriakkan kecil terlepas dari bibir gadis itu kerana terkejut. Gadis itu meronta cuba untuk melepaskan pegangan tersebut namun apakan daya, tenaganya tidak setanding dengan tenaga lelaki yang ada di hadapannya itu.

"Woi lepaslah, kau nak apa hah?!" teriak gadis itu.

Lelaki di hadapannya hanya tersenyum sinis. Pegangan pada gadis itu diperkuatkan. Dia terus menolak gadis itu di dinding dan melekapkan tangannya ke dinding tersebut.

"Kalau aku nak kau, boleh?" ujar lelaki itu sambil meleretkan suaranya dan tersenyum sinis.

Gadis tersebut terus meronta-ronta minta untuk dilepaskan. Sungguh dia amat takut dengan lelaki di hadapannya itu.

"Kau dah gila ke apa?! Apa kau nak buat ni hah? Aku dah kata, jangan kacau aku la babii!!" kuat gadis itu memekik.

"Yes memang aku gila, aku gilakan kau! Sekarang ni tak ada siapa yang boleh rampas kau daripada aku. Kau milik aku" kata lelaki itu sambil mendekatkan mukanya pada gadis tersebut.

Gadis tersebut sudah menggigil ketakutan dan mula mengalirkan air matanya. Dia tidak berputus asa untuk melepaskan diri, malah dia makin kuat meronta-rota.

"Shh, sayang. Just enjoy what I will do.."

Lelaki itu sudah menyembamkan mukanya ke leher gadis itu. Haruman daripada tubuh gadis itu semakin membangkitkan nafsunya untuk memiliki gadis tersebut. Dia menjilat leher gadis yang telah menjadi igauannya sejak dari dulu lagi.

"Lepaskan aku lah. Pleasee, aku merayuu.."

"Tch.. Sekali aku dah dapat apa yang aku nak, aku takkan lepaskan macam tu je. Sayang, kau just enjoy, okay?"

Gadis itu semakin meronta-ronta. Dia tidak rela disentuh oleh lelaki itu. Sungguh, dia amat jijik dengan dirinya sekarang ini.

Lelaki itu masih menjilat leher gadis itu. Kemudian, dia turun ke bawah dan..

PAPPPP

Dengan sekali tarikan, baju gadis itu sudah terkoyak. Gadis itu meraung dan air matanya masih mengalir laju. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak rela diperlakukan begitu.

Tiba-tiba, mereka terdengar derapan kaki seseorang yang menghampiri bangunan lama tersebut.

"Shit", lelaki itu mencarut sambil menghentakkan tangannya ke dinding.

Tanpa gadis itu sedari, pegangan lelaki tersebut semakin longgar.

BAMMMM

Gadis itu tiba-tiba hilang imbangan dan kepalanya terhantuk di bucu meja. Pandangannya kabur lalu semuanya menjadi gelap gelita.

❀ ────────── ❀

Kelihatan manik-manik jernih mengalir dari tepi dahi seorang gadis. Mimpi ngeri itu menjengah ruang minda gadis itu buat sekian kalinya. Mimpi yang sering dielakkan namun ianya muncul kembali.Ya, mimpi yang pernah menjadi realiti suatu masa dahulu.

"Aira sayang, bangun. Dah pukul berapa ni", kejut suatu suara, lembut. Hairan wanita itu apabila melihat anaknya yang dibasahi peluh walhal suhu aircond bilik itu sudah mencecah 19°C.

Gadis yang dibasahi peluh itu segera mencelikkan mata apabila mendengar suara itu. Kelihatan figura wanita yang hampir separuh abad terpampang di hadapan mata. Gadis itu hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.

"Dah bangun cepat, pergi bersiap. Bukan ke harini first day sekolah? Takkan nak datang lambat ke sekolah?", gesa Mawar Cassandra apabila melihat anak daranya yang masih tidak berganjak dari katil.

Mendengarkan perkataan 'sekolah' dari mummynya itu terus membuatkan Aira menepuk dahinya.

'Ya allah, macam mana boleh lupa yang harini first day sekolah'

Jam ditilik sekilas.Aira cepat-cepat turun dari katil dan mengemas katilnya. Dia mencapai tuala dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Sempat juga dia mengucapkan terima kasih dan memberikan morning kiss pada pipi Mawar Cassandra.

Mawar Cassandra hanya menggeleng kepala melihat telatah anaknya.

"Nanti jangan lupa turun breakfast ya, Aira" laung Mawar Cassandra.

"Ya mummy, nanti Aira turun"

❀ ────────── ❀

"Morning daddy, morning mummy" sapa Aira sambil meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi.

"Morning Aira", jawab Tengku Adam Isfael dan Mawar Cassandra serentak.

Aira hanya memberikan senyuman yang manis. Dia mencedok nasi goreng lalu meletakkannya di atas pinggan. Belum sempat dia menyuap suapan yang pertama, Tengku Adam Isfael memecahkan keheningan pagi.

"Aira sure ni taknak pergi sekolah satu kereta dengan Luth? Aira kan masih baru lagi. So, apa salahnya kalau Luth tolong Aira apa yang patut."

"Ha'ah akak. Luth setuju dengan daddy .Lagipun biarlah diorang tahu siapa akak" sokong Tengku Luthfi Mikael.

"No, it's okay. Aira taknak menyusahkan daddy dan Luth. Lagipun Aira masih tak bersedia nak bagitahu diorang semua orang."

"And one more. Aira dah pernah la pergi sekolah tu. Macam lah Aira tak tahu selok belok sekolah tu. Daddy jangan risaulah" kata Aira sambil mengangkat jarinya tanda 'thumbs up' untuk melegakan hati daddynya.

Tengku Adam Isfael hanya menggangguk sahaja. Dia sedar yang dia tidak boleh memaksa Aira kerana itu semua kehendak Aira. Namun dia juga masih risau apabila mengingatkan kejadian lalu yang menimpa anaknya itu.

"Suka hati akak lah. Luth dah offer akak taknak. Nanti sesat akak pandai-pandailah tanggung sendiri. Kalau ada orang buli, inform je Luth tau" pesan Tengku Luthfi Mikael.

Aira hanya tersenyum sambil mengangguk kepalanya. Dia cepat-cepat menghabiskan sarapan kerana tidak mahu lambat ke sekolah. Takkanlah first day sekolah dah nak pecah record sebab datang lambat?

Mereka berpecah. Aira pergi ke sekolah menaiki Lamborghininya dan Luthfi ke sekolah menaiki kereta ferrarinya.

Jangan ingat Lutfi yang muda setahun daripada Aira tu xpandai nak drive :)

MSH | MY SWEET HEADPREFECTNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ