(Lyana seorang gadis bertudung shawl berwarna cream putih (bukan selalu warna cream dan bukan selalu dia pakai tudung shawl) mempunyai pipi gebu, kulit mulus , mempunyai mata berwarna aqua , bibir merah kemerahan , bulu mata yang lebat dan kening berwarna kehitaman itu menambahkan seri wajahnya.)
"Aarhh!!" Lengan kirinya dilibas oleh pedang vibranium. Dia berundur ke belakang secara perlahan lahan. Ketakutan menghujani dirinya.
"Beri kepada aku.." Kata pemilik pedang tersebut. Dia mendekati gadis lemah itu dengan pedang vibranium dipegang kemas olehnya.
"Saya dah kata saya tak ada benda tu! Aargh!!" Sekali lagi kaki kanannya pula menjadi sasarannya. Kesakitan yang amat menyerangnya.
Dia digari, oleh kerana itulah dia tidak boleh memberi serangan tindak balas kepada pemilik pedang itu.
"Kau bohong!"
"saya tak- Aaarghh!" Air mata mengalir dengan laju, lemah sungguh rasanya, perasaan bercampur aduk, marah, sakit, sedih. Dia mengetap giginya.
"..S-saya tak tahu!!" Sekali lagi dia merayu kepada pemilik pedang itu. Dia memandang lelaki dewasa yang bertopeng itu.
"Heh, kenapa aku kena percaya kepada pembohong macam kau?!"
"Bos! Mereka dah datang!" Dos aka. pembantu kepada pemilik pedang itu memberi tahu tentang MATA. Lyana baru berusia 9 tahun menjadi sasaran kepada pemilik pedang itu, aka. UNO.
"Tch!" UNO pergi keluar dari bilik itu dan hilang bersama konco konconya.
Pandangan Lyana kabur. Pintu dibuka, kelihatan dua orang lelaki dan seorang perempuan. Seorang berbaju kuning, seorang lagi berbaju biru dan seorang lagi berbaju merah. Ketiga tiga itu dalam lingkungan usia 30 tahun atau lebih.
"To-tolong." Kata kata Lyana terhenti sebaik sahaja dia pengsan.
..................................................................................
Lyana tersedar dari tidurnya. Cahaya membuat Lyana menutup matanya beberapa kali.
"Kamu Lyana?" Tanya satu suara. Lyana membuka matanya dan melihat seorang lelaki berambut hitam dan mempunyai rambut putih.
"Y-ya?" Lyana gagap. Dia takut. Adakah lelaki ini sama seperti UNO? Adakah lelaki ini akan menyeksanya?
"Jangan takut. Kami datang untuk tolong kamu." Tambah satu lagi suara, suara perempuan.
"To-tolong?" Tanya Lyana. Dia pelik.
"Ya. Ibu kamu mengamanahkan kami untuk menjaga kamu. Kami mencari kamu di rumah, tetapi kamu tiada di sana. Boleh kamu cerita kepada kami?" Tanya seorang lagi lelaki.
"Er.. S-saya dengar ada seorang lelaki ni kata yang saya akan dijadikan bahan eksperimen masa saya umur 7 tahun, le-lepastu saya keluar dari situ kira kira 2 tahun lepas." Cerita Lyana. Dari sudut pandangannya di tempat itu, tempat itu terdapat banyak barang ciptaan canggih.
"Sa-saya kat mana?" Tanya Lyana.
"Kamu di HQ MATA." Jawab lelaki yang berpakaian sut kuning. Dia memandangnya dengan pandangan lembut.
"MATA?" Tanya Lyana.
"Ya. Mectical Advance Tactical Agency. MATA ialah organisasi rahsia yang tidak diketahui oleh penduduk Cyberaya. Suku dari mereka terpilih untuk bersama kami disini. Tugas kami ialah untuk menyelamatkan mereka yang berada diluar sana yang tidak bernasib baik seperti kamu, Lyana." Lyana memandang ketiga tiga figura itu.
"Saya Ejen Zain." Ejen Zain memperkenalkan dirinya.
"Saya, Ejen Dayang." Wanita berpakaian putih merah itu memperkenalkan dirinya.
"Dan saya, Ejen Ganz." Lelaki berbadan tegap berpakaian biru cerah dan biru gelap itu memperkenalkan dirinya.
Lyana memandang mereka bertiga dengan pandangan pelik.
"Kenapa kamu pandang kami sebegitu?" Tanya Ejen Dayang.
"Ejen?" Tanya Lyana.
"Ya. Ejen."
Lyana mengambil sesuatu dari poketnya.
"Erm. Ni." Lyana memberi kepada Ejen Zain IRIS.
Ejen Zain agak terkejut pada mulanya tetapi dia memandang Ejen Dayang dan Ejen Ganz dengan senyuman. Ketiga tiga Ejen itu mengangguk.
"Lyana, itu milik kamu." Tutur Ejen dayang.
"Milik saya?" Tanya Lyana.
"Ya. Milik kamu." Kata Ejen Ganz.
"jadi.. Boleh kamu tunjukkan apa yang kamu boleh buat?" Tanya Ejen Dayang.
Dari situlah semuanya bermula.
Bersambung
VOTE!
YOU ARE READING
Halangan [ Ejen Ali ]
FanfictionSeorang gadis diselamatkan oleh Ejen Teras MATA. Kecederaannya parah, mereka membawa pulang gadis itu ke headquartes MATA. "Siapa- siapa kamu?" "Ejen MATA?" "Kejap! Akademi MATA?" "Ali! Jangan!" "Kau nak keluar dari MATA? Kenapa?" Iya, pelbagai anca...
![Halangan [ Ejen Ali ]](https://img.wattpad.com/cover/254139010-64-k326917.jpg)