- 🇯 🇮 🇪 🇻 🇳  ❁ -

Comenzar desde el principio
                                    

"YAH JIEUN"

Tiba-tiba, aku tertolak tangannya yang sedang menampung badannya daripada jatuh kerana satu lagi tangannya sedang menolak kepalaku menghalang aku untuk mencapai telefon pintarnya

"YAH-"

Dub dab dub dab dub dab

Mataku membulat apabila kini kudapati wajahnya dan wajahku hanya beberapa inci lagi bersentuhan

Mata kami saling bertatapan dan dapat ku rasakan denyutan jantungnya yang semakin kuat

"Cantik"

Dia menyentuh pipiku dengan lembut menggunakan tangannya dan tersenyum ke arahku

'APA AKU NAK BUAT NI WOI ARGHDHDJEBDJDH😳😭😭'

"EHEM EHEM OHOK"

Aku dengan pantas menjauhkan diriku daripadanya akibat sergahan Renjun yang sedang melihat kami sambil memakan sosej

"Haihh buat kat ruang tamu lah pula"

"EH EH TAK-"

"Yelah, takkan nak buat kat bilik pula"

Aku membuntang melihat Haechan

"Hm, yelah aku naik atas dulu tak nak lah aku kacau lovebird ni"

Renjun sempat melihat ke arahku dan mengangkat kedua-dua keningnya tanda menyakatku dan segera naik ke atas dengan ketawa kecil

"ISH KAU NI KENAPA CAKAP MACAM TU"

Aku memukul beberapa kali tangannya dan dia hanya mentertawakan gelagatku itu

"Alah betul lah kan?"

Dia mengenyitkan mata ke arahku menyebabkan aku semakin kuat memukul lengannya

"ISH"

"HAHAHAHAHAHAHA"

"Aku balik lah kalau macam ni!"

Baru saja aku mahu melarikan diri untuk pulang, dia menarik tanganku untuk duduk semula

"Janganlah serius sangat, aku main-main je lah HAHAHAHAHA"

Aku menggulingkan mataku ke atas

"Nah"

Dia menghulurkanku telefon pintarnya

"Apa?"

"Bukalah, kau kan nak tengok siapa perempuan tu sangat"

Tanpa membuang masa aku membuka skrin telefon pintarnya dan mendapati..

"Kenapa tengok aku macam tu? HAHAHAHA"

"K-kau biar b-betul"

Kali ni bukan saja aku memukul menggunakan tangan tapi aku juga menggunakan kakiku hahh rasakan tendangan Jieun 😌👍🏻

"ADUHH HAHAHAHAHAAHA"

"PADAM GAMBAR TU SEKARANG PADAMMMM YAH LEE HAECHAN PADAMMMMMMMM"

Ya, perempuan tu aku, tapi yang aku tak puas hati sekarang wajah aku hodoh sangat maklumlah masa aku tengah tertidur kat rumah dorang hari tu sebab tunggu Nari habis main dengan Jeno

"TAK NAK HAAHHAHAHAHA"

Aku bercadang untuk memadam gambar itu tetapi telefon pintarnya mengenakan kata laluan yang menyebabkan aku semakin memberontak

"BUKAA SEKARANG"

"OK OK AKU PADAM, STOP LAH PUKUL AKU WEYH AHAHAHAHAHA"

Aku berhenti memukulnya dan menghulurkan telefon pintarnya

"Cepat , aku tengah tengok ni"

"Yelah sayangku HAHAHAHAHA"

Aku memerhati dia memadamkan gambar itu.

"Aku dah padam, puas hati Cik Jieun yang manis?"

Aku mendengus kasar dan memakan snek yang berada di atas meja dengan dia yang masih mentertawakanku

🐻🐻🐻

"Aku nak balik ni, kejap lagi bas terakhir nak datang"

"Hm aku nak hantarkan kau, kau pula yang tak nak"

"Nanti ibu aku tanya soalan dengan aku macam-macam nanti kalau dia tahu aku keluar dengan lelaki"

Dia memberi begku dan menemaniku sehingga ke perhentian bas

"Alah beritahu je lah ibu kau yang aku ni teman lelaki kau"

"Eh jangan nak perasan ye"

Dia tersengih ke arahku.

Sesampai saja kami di sana, bas pun tepat-tepat menghampiri perhentian bas ini

"Ok lah, bas dah sampai. Thanks sebab luangkan masa dengan aku hari ni"

"Apa-apa je untuk cik adik yang manis ni 😎"

Aku menggulingkan mata ke atas dan segera masuk ke dalam bas itu

"SEBENARNYA ADA BANYAK LAGI GAMBAR KAU KAT DALAM TELEFON AKU!"

"??!"

Aku dengan geram melihat dia daripada cermin bas dan terus mengeluarkan telefon pintarku

You
TAK GUNA
AKU DAH SURUH PADAM KAN
DELETE SEKARANGGGGG
YAH LEE HAECHAN JAWAB MESEJ AKU
JANGAN IGNORE MESEJ AKU LAHHH

Haechan 🐻🔆
😏😏
TAK. NAK.
HAHAHAHAHAHA

Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [COMPLETE]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora