- 🇾 🇪 🇴 🇳 🇦 ❁ -

Start from the beginning
                                    

"Aku tolong rawatkan kalau-kalau ada yang tercedera ke sepanjang latihan ni, mana tahu lah kejang ke terseliuh ke"

"Oklah aku pergi dulu. Percuma je nanti aku pergi sini sebab kau je tapi tak ikut yoga ni"

"Kejap apa maksud kau-"

Dia segera meninggalkanku dan menyertai yoga yang hendak dimulakan lagi.

Aku hanya mengabaikan saja perbualan tadi dan duduk di tepi kelas yoga yang sedang berlangsung itu.

'Hm macam biasa , bias aku hensem'

Aku asyik melihatnya yang sedang melakukan setiap pergerakan yang ditunjukkan dengan senyuman yang tidak lekang dibibirku.

Sesekali ada juga makcik sebelah dia sibuk menggatal je haih geram aku 😌😌

"Aduh!"

"Yeona!"

Ibuku segera memanggilku ketika Jaemin mencederakan kakinya. Apa lagi, aku pun turut huru-hara lah menuju ke arah mereka

"Kenapa ni ibu?"

"Tolong bawa Jaemin duduk kat sana dulu, lepas tu rawat kaki dia agaknya dah terseliuh ni"

'Aik buat yoga pun seliuh ke, menari tak pula pelik pelik'

Aku hanya menuruti arahan ibuku dan membantu dia duduk di kerusi bahagian belakang latihan yoga itu

"Mari aku tengok"

Setelah aku membuat apa yang perlu dan mengubatinya, aku menyimpan kembali ubat-ubatan tadi

"Tengok! Sekarang macam mana kau nak menari kalau macam ni! Kalau manager kau-"

"Shh sikit je ni, esok mesti ok punya"

Aku merenungnya dengan tajam

"Aku tahu sikit je, tapi kalau esok pun tak sembuh-sembuh lagi macam mana? Tulah nak juga ikut kelas yoga macam ni!"

Dia hanya tersenyum nipis dan tersengih ke arahku yang masih membebel

"Lain kali jangan ikut lagi kelas yoga ni"

"Tapi nanti macam mana aku nak selalu jumpa kau?"

"Alah kita bukannya tak selalu jumpa"

"Tapi sama juga, aku rindulah"

Aku tersentak melihatnya. Dia merapatkan sedikit mukanya ke mukaku

"Kau tak rindu aku?"

Aku mengetuk kepalanya menggunakan botol airku.

"Aduduh!"

"AHH APA NI PERVERT PERVERT, AKU MASIH 15 TAHUN LAHH"

Aku segera melarikan diri dari situ meninggalkannya yang masih menggosok kepalanya.

"Yah Yeona, kau tak suka aku ke?!"

"GILA!"

🐇🐇🐇

"Macam mana Jaemin? Boleh balik sendiri ke?"

Setelah selesai kelas yoga tadi, ibuku terus mendekati Jaemin bertanyakan tentang kakinya yang terseliuh

"Agaknya boleh kot"

"Takpe takpe, Yeona tolong temankan Jaemin balik. Susah pula kalau tak boleh nak jalan nanti, ibu nak berbual sekejap ni dengan kawan ibu"

"Ok ibu"

Aku menolongnya berdiri dengan perlahan-lahan

"Cuba jalan boleh ke?"

"Boleh boleh"

Dalam hati aku lega lah juga sebab tak ke nak mati aku nak angkat dia kalau dia tak dapat jalan huhuhuu 😵😵

Kami berjalan perlahan-lahan untuk menjaga kakinya daripada menjadi lebih teruk.

"Maaf susahkan kau"

"Hm takpe"

"Kau ada sukakan sesiapa ke buat masa ni? Kat sekolah kau ke"

Aku melihatnya pelik.

"Hmmmm takde kot"

"Pasti?"

Aku memikirkan sekali lagi dan mengangguk kepalaku

"Kenapa kau tanya?"

"Mana tahulah aku ada saingan"

Aku menjelingnya

'Haihh dia ni menyakat aku pun jangan lah sampai macam tu, tak pasal-pasal aku menaruh harapan huhuhuu jangan haraplah Yeona dia tu idol kau tu perempuan hingusan je 😔👎🏻

Tidak lama kemudian, kami sampai di hadapan rumahnya iaitu rumah Dreamies

"Nak aku tolong hantarkan kau sampai kat dalam ke?"

"Eh tak payahlah, aku dah boleh ni"

"Kalau macam tu aku balik rumah dulu-"

Baru saja aku berpaling dia memegang tanganku

"Yeona"

"Hm? Kenapa ni? Ada barang tertinggal ke kat sana? Kalau macam tu aku telefon ibu aku mana tahu dia masih kat sana"

Dia ketawa kecil

"Bukanlah"

"Jadi apa?"

"Tunggu sini kejap"

Dia melepaskan pegangan tangannya dan masuk ke dalam rumah. Selepas itu, dia keluar dengan kotak sederhana besar yang berwarna biru gelap dan menghulukannya kepadaku

"Nah, untuk kau"

Aku mengambil kotak yang berbalut dengan kemas itu di tangannya

"Hm? Apa ni?"

Aku mengoncang-goncangkan sedikit kotak itu, ingin mengetahui apakah barang yang diberinya

"Bukalah bila kau dah sampai rumah"

"Oh ok, kalau macam tu kau rehatlah ya"

Dia tersenyum manis ke arahku. Aku beredar dari situ dan menuju ke rumahku.

Sesampainya aku dirumah, aku segera mengoyakkan balutan itu dan membuka kotak itu.

"Wah!"

Betapa terkejutnya aku apabila mendapati kasut yang mahal dan seutas rantai berbentuk 🌱 di dalam kotak itu

Aku segera mencuba kasut itu

"Kejap macam mana dia tahu saiz kasut aku?"

Aku hanya mengabaikan soalan itu yang berlegar-legar di fikiranku dan bergembira dengan pemberiannya

Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [COMPLETE]Where stories live. Discover now