*7*

97 3 0
                                    

Stella Fortuna, Laut China Selatan. Hari kedua di laut.

Matahari sudah memanah sinar terik walau waktu baru pukul 10 pagi. Angin bertiup tenang menyapu wajah Faisal yang sedang berdiri di tengah-tengah helipad. Selain dari struktur bangunan penginapan kru, sesebuah fasiliti luar pantai pastinya mempunyai helipad. Itu tempat mendaratnya helikopter yang menjadi nadi pengangkutan para kru. Bunyi dan kelibatnya pasti memutikkan sejenis harapan pada kru yang bakal pulang.

Tapi tidak pada Faisal. Berita semalam agak mengganggu perasaannya. Dia seolah-olah tidak bersemangat untuk memulakan tugas hari ini. Tapi apakan daya, amanah perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Timbul juga sedikit kehairanan. Ini kali pertama pejabatnya membuat keputusan demikian.

Mengeluh memikirkan nasib, Faisal kembali masuk ke ruang tempat tinggal Stella Fortuna. Kakinya terus melangkah ke Bilik Radio, titik mula tugasnya. Mata Faisal menangkap kelibat coverall kuning yang baru masuk ke Bilik Radio dari arah lain. Bilik Radio berada di tengah-tengah tingkat paling atas Stella Fortuna. Maka setiap pergerakan keluar-masuk pejabat para kru sudah pasti akan melintas bilik ini. 

Faisal tidak ambil endah siapakah itu. Dia terus menyalakan komputer ToughBook CF-31 Panasonic yang akan digunakan bagi memulakan pemasangan internet di Stella. Syarikatnya menawarkan perkhidmatan internet menggunakan satelit di angkasa. Maka ia sangat sesuai digunakan di fasiliti luar pantai atau tempat terpencil di mana tiada kabel optik yang menjadi laluan data.

Syaza datang merapati Faisal dengan wajah sedikit risau. Lelaki di hadapannya jelas bermuram durja.

"You okey ke?"

"Okey je sebenarnya..."

"Tak biasa duduk laut lama-lama ke?" soal Syaza dengan nada mengusik.

"Hahaha... takde la sebulan macam you!" balas Faisal. Khidmatnya di sesebuah rig biasanya diperlukan hanya untuk beberapa hari. Tugas yang paling pendek yang dia pernah dapat hanyalah tiga hari. Maksimum di laut pula hanya seminggu. Ini kali pertama di mana tiada kata putus untuk hari kepulangannya di darat.

Syaza diam. Dia tahu yang Faisal sedikit kecewa dengan berita semalam. Tiba-tiba mengangkat tangan tanda tunggu kejap, dia merapati Operator Radio yang duduk berdekatan. Setelah berbincang dan berbalas ketawa, Syaza kembali dengan senyuman.

"Look, tomorrow ada chopper. Tak penuh pun. And I ada Skype meeting dengan town. Kalau you promise untuk siapkan semua hari ni, I akan usahakan supaya you dapat balik with that chopper. I rasa takde masalah sangat because my office pun rasa pelik. Kitorang tak suka simpan orang lama-lama kat rig. Korang dapat gaji buta nanti. Haha...!"

Mendengar janji Syaza, senyuman Faisal melebar.

"Okey, I try! Everything seems in order dah. Parabola and stuff tinggal tunggu nak angkat and pasang."

"Wow! Someone's mood has changed! Hehe... dapat balik jumpa bini la katakan."

"Mestilah... sapa tak rindu bi―eh? You tau I dah kahwin?" Entah kenapa soalan yang terpacul diiringi perasaan terbungkam kecewa. Sempadan Friends Forever telah tergaris.

"Of course! I kan secret admirer you!" jawab Syaza mengenyit mata sebelum beredar. Faisal tidak memahami maksudnya.

* * *

Viper Hunter, Laut China Selatan.

Kapal lanun yang menyamar sebagai kapal pengangkut bekalan itu perlahan itu membelah lautan. Ran sedang duduk-duduk di ruang sisi kapal. Papan tTanda Smoking Area jelas kelihatan. Tapi kru sewenang-wenangnya merokok di mana-mana. Lanun tetap lanun.

PARCELWhere stories live. Discover now