*2*

188 6 0
                                    

Penerbangan MH2574 selamat tiba di Lapangan Terbang Miri. Setelah lama beratur di kaunter imigresen Sarawak, Faisal turun bersama penumpang lain dan menunggu di ruang mengambil bagasi. Waktu hampir masuk tengahari dan mindanya sedang membayangkan butiran nasi panas berserta daging ayam yang digoreng bersama ulaman dan sambal cili hidup. 

Walaupun hampir serupa dengan Nasi Ayam Penyet di Semenanjung, Nasi Lalapan juga ada keistimewaan tersendiri.

Perutnya berkeroncong ganas. Kotak yang kemas berbalut dengan plastik jernih itu setia diapit. Dia hanya perlu mengambil begnya dan kemudian bertemu dengan pemandu syarikatnya di depan pintu masuk. Selesai sesi mengisi perut barulah dia akan ke Mega Hotel, tempat persinggahan semalam sebelum ke laut lepas pada esok hari.

Faisal melihat-lihat penumpang di sekeliling. Penerbangan pagi dari Kuala Lumpur ke Miri biasanya tidak ramai penumpang. Matanya terus menangkap seorang penumpang yang tingginya cukup menampakkan dia orang luar. Ketinggiannya sepadan dengan kot labuh hijau kelabu gelap dan topi corak celoreng yang dipakainya. 

Bukan sesuatu yang pelik. Miri selalu sahaja dikunjungi warga asing yang datang melancong atau mencari rezeki. Sektor pelancongan serta minyak dan gas sangat popular di sini.

"Err... you Faisal, kan? Mohd Faisal Kamaruddin?"

Suara penuh lunak bertanya dari arah kiri. Bila terpandang wajah yang bertanya, segala otot muka refleks memberi senyuman. Terpana dan terkesima dengan jelitawan yang bertanya akan dirinya. Faisal tersenyum lebar. Bukan selalu perempuan dengan paras sebegitu yang mulakan perbualan.

"Err... ye. Saudari ni siapa?" jawab Faisal sambil menyumpah dirinya menggunakan kata 'saudari' yang dia rasakan skema bukan kepalang. 

Jelitawan di sisinya itu hanya senyum. Tingginya antara 5 kaki 3 ke 4 inci. Rambutnya panjang mengurai melepasi bahu. Serta-merta menutup wajahnya yang agak lebar bertulang pipi tinggi. Faisal tidak berkedip melihat mata bulat menawan berserta bulu mata asli melentik. Jantung terlepas satu degupan.

"Of course you tak kenal I! Tapi I kenal you! Hehe..." Ketawa kecil pada hujung ayat diakhiri dengan senyuman yang menyebabkan jantung Faisal tidak keruan. Faisal tersipu malu dan menggaru-garu hidungnya yang tidak gatal.

"So... macam mana you boleh kenal I?" Faisal cuba menggoda. Hatinya mengharapkan agar gadis itu sudi menjawab soalannya.

"Your scar gave you away."

Gadis itu menuding tepat ke arah rahang kiri Faisal. Ke arah parut yang wujud sejak sekolah menengah. Ketika gadis itu bercakap, Faisal seboleh-boleh tidak mahu menatap bibir mungil yang sangat sepadan dengan wajahnya yang seakan-akan wanita dari benua Amerika Selatan.

Mendengar perkataan parut, tangan kirinya refleks memegang. Parut ini kisah lama dan dia bersekolah di sekolah lelaki di daerah Klang. Dia masih tidak dapat meneka siapa gadis misteri itu. Apakah yang di hadapannya ini seorang transgender?

"So it's unfair kan kalau you sorang je yang kenal I?" Faisal bijak mengatur kata agar si gadis memberitahu siapa dirinya. Dia rasakan gadis di hadapannya cukup asli. Tiada halkum di tekak dan suara wanita asli.

"Oh! That's my bag!" teriaknya tiba-tiba. Nasib batu Faisal menyebabkan hatinya tenggelam melihat gadis itu sudah mula mengangkat beg Polo kecil dari landasan tali sawat beg. Melihat Faisal yang terpinga campur kecewa, gadis itu tersenyum lebar.

"My name is Syaza. Your secret admirer since your university days."

Faisal bertambah keliru. Hanya ada beberapa pelajar Malaysia yang turut menuntut di universitinya dulu. Bahkan jika ada gadis selawa ini dalam kalangan mereka di Perancis, sudah tentu dia tahu! Jumlah pelajar perempuan Malaysia di sana tidak ramai.

PARCELWhere stories live. Discover now