... Untuk Jed

2.1K 72 3
                                    

Iman duduk memeluk lutut di hujung sudut bilik tidur. Kepalanya disandarkan ke almari, sambil sebelah tangannya menekap handphone ke telinga. Riak wajahnya kosong, seperti mana kosongnya fikiran dia sekarang ini. Apa yang dia patut buat?

"Mama aku apa???" tanya Akmal di sebelah sana talian. Walaupun nada suara Akmal sangat tinggi, tapi tak pula Iman menjauhkan handphone dari telinganya. Dia malas nak bergerak, walaupun cuma untuk menggerakkan tangan saja.

"Ya, Akmal. Kau tak salah dengar." Mendatar suara Iman.

"Kau serius ke ni, Iman? Aku tak tahu apa-apa pun?" Suara Akmal masih lagi tinggi, terkejut dengan berita yang baru Iman sampaikan.

"Takkan aku nak tipu pasal benda-benda macam ni?"

"Iman, aku ni dah bertunang. Takkan mama aku pergi merisik kau pulak?"

"Abang kau." Perlahan suara Iman membalas.

"Come again?"

"Abang kau. Mama kau datang rumah aku dan risik aku untuk abang kau."

"Abang aku?" Akmal terdiam sekejap. "Oh no. Mama risik kau untuk Jed?"

**********


Akmal berjalan laju ke tingkat atas. Semasa dia memarkir kereta di depan rumah tadi, dia nampak kereta Jed ada di garaj. Maknanya Jed bercuti hari ini. Dan maknanya, betul apa yang Iman cakapkan tadi! Jed yang dia kenal, bukan jenis yang senang nak mengambil cuti semasa hari bekerja. Ini kalau dah siap mengambil cuti, memang betul Jed meminta mama merisik Iman tadi!

Apa agenda Jed sebenarnya?

"Jed!" Akmal terus menyerbu masuk sebaik saja dia membuka pintu bilik tidur Jed. Dia nampak Jed duduk bersandar di sofa sambil membelek handphone di tangan. Melihatkan Jed yang sempoi memakai t-shirt putih dan jeans, jelas membuktikan yang Jed memang keluar rumah tadi. Mesti Jed yang menghantar mama ke rumah Iman.

Jed menoleh ke arah pintu dengan riak wajah yang selamba. Apabila Jed nampak Akmal berdiri di muka pintu, Jed tersenyum. Tersenyum sinis, lebih tepat lagi.

"Yes? How can I help you?" Jed menyilangkan kaki.

"Kenapa kau suruh mama risik Iman? Kau tahu dia kawan baik aku, kan? Kau ingat aku nak biarkan dia kahwin dengan orang tak guna macam kau?" Akmal mengepal penumbuk. Kalau diikutkan hati dia yang panas, mahu saja dia menumbuk muka bongkak Jed. Dia tak faham kenapa Jed meminta mama merisik Iman. Iman tak pernah kenal Jed pun!

"Cepat betul benda ni tersebar." Perli Jed.

"Tarik balik semua plan kau yang nak masuk meminang, kahwin semua tu, Jed." Akmal mengetap rahang. Dia cuba sedaya-upaya mengawal tangannya yang memang teringin nak menumbuk muka Jed.

"Tarik balik?" Jed tergelak sinis. "Mal, Mal. Biar la aku kahwin dengan siapa-siapa je yang aku nak, Mal."

"You don't deserve her la, player! Iman tu perempuan baik, dia boleh dapat lelaki yang berkali-kali ganda baik daripada kau. Cermin la diri tu sikit. Kau ingat lelaki macam kau, yang suka bawak anak perempuan orang ke sana sini, sesuai dengan dia?"

Jed cuma tersenyum sambil melihat skrin handphone. Akmal tahu, Jed sengaja nak memprovok dia. Dia tak kisah langsung tentang itu. Yang dia kisahkan sekarang, masa depan Iman. Macam mana Iman nak hidup bahagia dengan lelaki macam Jed? Kaki perempuan, perempuan keliling pinggang, suka permainkan perasaan anak orang. Langsung tak sesuai dengan Iman yang baik.

"Kau boleh buat apa, Mal? Aku tak kacau hidup kau, so jangan kacau hidup aku."

"Tak kacau hidup aku, kau kata? Hei, Iman tu kawan baik aku. Kawan baik aku, kau tahu? Kalau kau rosakkan hidup dia, sama je macam kau rosakkan hidup aku. Kau nak aku diam je bila dia kena kahwin dengan lelaki perosak macam kau?"

Cerpen 2014Where stories live. Discover now