Tersembunyi

1.9K 61 1
                                    

Kek yang dah siap dihias dengan aising diletakkan di atas meja. Dia berpaling memandang Cikgu Hayati yang masih sibuk menimbang tepung untuk membuat kek yang keempat. Hari ini saja, Cikgu Hayati menerima tempahan sebanyak enam biji kek! Murah sungguh rezeki Cikgu Hayati.

"Cikgu, nak tambah apa-apa lagi tak?" Dia bertanya kepada Cikgu Hayati sambil menunjuk kek yang dia hias tadi. Manalah tahu kalau-kalau Cikgu Hayati tak berpuas hati dengan hasil hiasannya itu.

Cikgu Hayati menghampiri meja dapur dan melihat hiasan kek. Kemudian Cikgu Hayati tersenyum. "Hmm... cantik dah ni. Tak sia-sia cikgu mintak tolong Maira."

Maira senyum. Dia tak adalah pandai menghias sangat, dia pun belajar dari pengalaman. Ini pun kali pertama dia membantu Cikgu Hayati membuat kek. Cikgu Hayati itu sebenarnya cikgu Matematik semasa dia sekolah menengah dulu. Dia tak tahu pula yang Cikgu Hayati membuat perniagaan kek dalam talian selepas berhenti menjadi guru. Dia tahu pun beberapa hari lepas, semasa bertembung dengan Cikgu Hayati di kedai runcit depan sana. Sempat juga dia bertukar cerita dengan cikgunya itu. Dan apabila dia memberitahu yang dia masih menunggu tawaran dari mana-mana syarikat untuk bekerja, Cikgu Hayati terus mengajak dia untuk sama-sama membantu perniagaan kek dalam talian ini.

"Kek mana lagi yang nak kena hias, cikgu?" tanya Maira.

"Kena tunggu yang tengah bakar tu ha. Lagi dua puluh minit siap la tu." Cikgu Hayati menunjuk pada kek yang tengah dibakar di dalam oven.

"Okey."

"Maira nak solat dulu? Kalau Maira nak solat, Maira naik tingkat atas, bilik Zati. Zati tak balik lagi. Selalunya hari Rabu macam ni dia ada kelas tambahan. Dia balik lambat sikit."

"Zati anak bongsu cikgu ke?"

"Ya, dia tingkatan lima. Nak SPM dah."

"Oh... mesti cikgu risau, kan?" Teringat semasa dia di tingkatan lima dulu, Cikgu Hayati sangat risau apabila anak-anak muridnya nak menghadapi peperiksaan. Memang selaluya macam itu – cikgu yang terlebih risau dan bimbang apabila tiba musim peperiksaan.

"Mana tak risau, Maira. Anak sendiri yang nak ambil exam. Lagi la cikgu risau daripada zaman kamu semua exam dulu."

Maira senyum. Ibu mana yang tak risaukan anak sendiri, kan?

"Maira naik la dulu, solat. Cikgu tinggal sikit je lagi ni. Lepas solat nanti, kita sambung sikit lagi. Boleh?"

"Boleh, cikgu." Senang hati Maira menjawab. "Saya naik dulu, eh? Err... bilik Zati yang mana satu?"

"Dia ada lekat nama dia kat pintu. Masuk je."

"Okey." Terus Maira melangkah keluar dari ruang dapur dan memanjat anak tangga untuk ke tingkat atas.

**********


Maira melipat telekung dan sejadah. Kemudian, dia menggantung telekung dan sejadah itu di tempat penyidai di sebelah almari. Rasa segar sikit selepas mukanya dibasuh dengan air wuduk. Badan pun rasa cergas apabila dah solat. Dia terus membetulkan tudung di depan cermin dan melangkah keluar dari bilik Zati untuk turun ke ruang dapur. Siap kek yang keenam nanti, bolehlah dia balik!

Baru saja dia nak menuruni anak tangga, dia terdengar bunyi sesuatu terjatuh dari dalam bilik yang paling hujung. Dia mula rasa cuak, walaupun jelas sekarang ini masih tengah hari. Terus dia memijak anak tangga pertama untuk turun ke tingkat bawah.

"Argh!!!" Satu jeritan muncul dari bilik yang sama. Dan serentak itu, terdengar lagi bunyi barang-barang lain terjatuh ke lantai.

Kaki Maira terpaku di lantai. Dia tak pasti sama ada dia perlu berdiri di situ atau pun terus turun ke bawah.

Cerpen 2014Where stories live. Discover now