Kenapa Aku?

1.9K 61 0
                                    

Elina tunduk merenung kotak tisu di atas meja. Bukan setakat merenung, tapi dah hampir nak menembusi kotak tisu itu dah. Nak memandang lelaki yang duduk depan dia ini, dia tak sanggup. Takut nanti laju saja tangannya menyimbah jus limau di muka lelaki itu. Dasar lelaki tak guna! Memang patut pun Yuna mencipta lagu itu untuk didedikasikan kepada lelaki-lelaki macam...

... macam lelaki yang tengah duduk depan dia ini!

"So, your decision?" tanya lelaki itu. Selamba sambil menatap handphone. Siap bersandar ke kerusi lagi.

"Cancel off the wedding." Laju saja Elina membalas. Matanya masih merenung kotak tisu.

"Aku okey je."

"Serius la, weh?" tanya Elina lagi, mahukan kepastian. Dia mengangkat muka dan memandang Izzat.

Kalau Izzat betul-betul bersetuju, memang dia akan menjerit kesukaan sepenuh hati! Dia akan memulangkan semula semua barang-barang hantaran yang dia dapat semasa majlis pertunangan hari itu, dia akan memulangkan semula cincin pertunangan, dia akan membuat semua bendalah! Nasib baik dia memang tak pernah memakai satu pun barang hantaran yang dia dapat lapan bulan lepas. Cincin pun elok lagi tersimpan di dalam bekas. Izzat boleh mengguna semula cincin itu untuk perempuan lain. Hahaha...

"Serius la. Takkan aku main-main." Itu jawapan Izzat.

Elina rasa macam nak senyum sampai ke telinga. Bukan senang nak mencapai kata sepakat dengan Izzat. Entah kenapa hari ini lelaki itu mengikut saja cadangannya.

Bagus.

Rasanya inilah kali pertama dia memuji Izzat.

"Okey. Deal. Nanti aku pulangkan balik barang hantaran hari tu. Aku tak pernah guna pun. Cincin pun nanti aku bawak sekali." Elina dah merancang siap-siap nak memulangkan  barang-barang hantaran pada hari esok. Lagipun esok dia bercuti. Lebih cepat, lebih senang. Dia pun tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan Izzat.

"Kau nak pulangkan barang-barang tu kat mana?" tanya Izzat tiba-tiba.

Elina yang dari tadi senyap sebab berangan, terus memandang Izzat. Dah kenapa Izzat memandang tajam pada dia? "Err... kat rumah kau la."

"Kat rumah parents aku, maksud kau?" Izzat menekan perkataan 'parents'. Kali ini Izzat dah tak menghadap handphone dah. Handphone itu dah selamat diletakkan di atas meja. Izzat memandang pada dia pula. Serius pula itu!

"Ha la." Jujur Elina menjawab. Sejak bila Izzat ada rumah lain? Bukan dia memang tinggal sekali dengan ibu bapa dia ke? Sengaja bertanya benda-benda yang tak penting!

Izzat dah tersenyum sinis. Dia bersandar semula ke kerusi. Selepas itu memusingkan handphone di atas meja. Perlakuan itu memang sangat annoying bagi Elina, tapi disebabkan Izzat dah bersetuju membatalkan perkahwinan mereka tadi, dia dah tak rasa geram atau pun benci pada Izzat. Malah, dia rasa Izzat orang yang paling bertolak ansur!

Gitu!

"Fikir pakai otak, Elina. Bukan pakai sesedap hati. Kau expect apa bila kau nak pulangkan barang-barang tu kat mama aku? Expect yang mama aku akan redha kalau kita putus tunang? Expect yang mama aku akan terima bulat-bulat kalau kita cancel off the wedding? Kau tak fikir ke kalau dia terkejut macam mana? Kalau dia tak setuju macam mana? Kau ingat benda ni senang macam petik jari je ke?" Izzat dah bersyarah macam seorang peguam.

"Tapi... tadi kau kata okey je kalau kita batalkan perkahwinan tu?" Elina dah blur.

"Memang aku kata okey. Aku tak ada masalah." Yakin Izzat menjawab. "The problem is... our family. Diorang boleh terima ke benda ni?"

Cerpen 2014Where stories live. Discover now