Bab 4

17.3K 331 52
                                    

Cikgu Katy yg tengah mengajar di hadapan kelas aku pandang dengan mata yg dipaksa buka seluasnya. Sebenarnya dah mengantuk gila-gila.

Damn!

Sejarah weh, siapa tahan? Ubat tidur paling mujarab zaman sekolah seantero dunia.

Mulut cuba dikatup rapat menahan kuap. Kalau dia nampak, tamatlah riwayat aku. Pen yg dipegang di putar2 atas jari. Warden yg digeruni ramai tu masih lagi menerangkan sambil menulis sesuatu dihadapan.

Terasa sesuatu kertas kecil bergumpal di atas mejaku, entah sapa yg baling. Aku menoleh kiri dan melihat si pelaku durjana, Jasmin. Dia dah tersengih2 sambil menunjuk Mirza yg dah tertidur disebelahnya. Dia panggil aku nak gelakkan org ke rupanya. Aku dah tergelak sama, hilang kantukku sebentar melihat wajah Mirza yg kejap2 bangun, kejap lagi terlelap.

Mata dia jgn cakap lah, dah merah semacam.

Min pun terlampau pandai dok usik2 budak sorang tuh. ‘Bongok’ ucapku tanpa suara dan Jasmin tetiba pandang depan, konon2 buat khusyuk.

“Ada yg lebih menarik dari yg sy ajar ke? Adriana? Jasmin?” aku tersentak dan terus menoleh ke hadapan bila Cikgu Katy dah sebut nama aku. Jantung aku dah menggila berdegup bila ditenung sedimikian oleh cikgu tu, dia memandang aku dengan Jasmin bersamaan. Satu perkataan je. Mampus!

Kami berdua jadi perhatian satu kelas.

“Keluar dr kelas sy!” lantang suara dia serta merta kami berdua berdiri mengejut. Kami sama2 meminta maaf serentak namun tak endahkannya.

“Mirza! Kamu pun sama!” sempat aku melirik Mirza ygterkebil2. Nak tergelak rasa tengok dia yg mamai2 terus segar bugar.

“Bawak buku kamu dan berdiri diluar!” kami bertiga pun akur dan melangkah perlahan keluar dari kelas.

Ada setengah jam lah nampaknya kitorang mnjunjung buku sejarah atas pala dengan satu kaki. Mirza balik2 tak stabil maka terhuyung hayanglah kitorg ke kiri kanan.

“Oi minah boleh tak berdiri elok2” marah Min dihujung belah sana dan Mirza yg berada di antara kami berdua pun cuba seimbangkan lagi tubuh badannya. Aku yg masih lagi steady tegak berdiri memandang blok akademik sebelah.

Aku menutup muka serta merta bila kelibat form5 berpusu2 naik di tangga belah sana. Aras form4 sebenarnya berhadapan dengan form5 yg tadinya kosong kini sudah ramai dan kembali riuh. Aku nampak Min dengan Mirza masih lagi kecoh pasal nak seimbangkan badan.

Terdengar beberapa siulan sumbang dari sana. Juga sayup2 nama Jasmin diseru. Mungkin teman2 Kak Nadya yg sengaja mengusik Jasmin. Buku masih diletak dihadapan wajah.

“Sapa suruh pegang buku tu!” terdengar jeritan cikgu Katy dan aku pun segera menyimpan buku tu atas kepala. Jeng!

Banyak dah muka budak form5 yg tengah berdiri diluar koridor kelas mereka sambil menonton kami bertiga. Shit shit shit!

Muka ku sudah membahang barangkali kerana terlampau malu. Ada yg tersengih2 sambil sembang2. Mungkin tak semua mereka sembang pasal kami, tetap aku terasa lah. Mataku tiba2 menangkap susuk tubuhnya dari sekian ramai orang di sana. Sedang bergelak ketawa dengan seorang abang senior ni. Tak kenal. Pedulikan lah. Mohon dia tak perasan aku disini. Dah sah kena cop budak tak berdisiplin.

Ah! Sudah berapa kali nak malukan diri ni. Hari tu kes bergaduh dengan Balqis, denda cuci longkang asrama seminggu, kali ni pulak denda macam budak2 je cikgu Katy bagi. Cuba lah denda buat esei sejarah ke, kan lagi berfaedah. Geram pulak rasa.

Lepas tu nanti, denda apa pulak. Jalan itik? Aduh janganlah.

****

Aku, Azie, Jasmin dan Mirza sedang berjalan menuju ke dewan makan untuk makan tenghari. Dah waktu keluar kelas dan kami berempat antara yg terawal keluar dari makmal fizik tadi. Juga sudah ada segerombolan pelajar dari tingkatan berbeza. Koridor menuju dewan makan jadi riuh.

Hai SENiOR!Where stories live. Discover now