Bab 2

26.3K 419 77
                                    

Selain Azie, aku juga rapat dengan Jasmin. Dia pun budak form4 baru jugak, sebelah bilik aku jah. Berderet bilik kitorang bertiga. Aku dengan Jasmin tengah lepak dekat koridor depan stor. Saja ambil angin dengan sembang macam2. Kami sesekali tergelak sama bila nampak telatah budak form1 yg masih ada orientasi.

Kesian, macam2 dorang kena buat oleh budak form5. Ada sekali tu, kena terpekik telolong dari aras paling atas buat bunyi apa tah. Aku pun tolong tepuk tangan je sorak sorai dengan yg lain. Syukurlah form4 baru tak dak orientasi. Cukuplah masa form1 dulu.

Hari ni dah masuk seminggu dalam sekolah ni. So far, alhamdulillah. Makin selesa duk sini.

“Kak Jasmin dengan Kak Adriana kan? minta tanda tangan boleh?” aku dan Jasmin sama2 menoleh pada dua orang budak perempuan. Mereka menghulur kertas pada Jasmin dan aku.

Eh? Nama aku dengan Jasmin pun ada tersenarai dalam senior yg kena minta tanda tangan. Pen sudah aku capai nak sign tapi Min cegah dengan senyuman sumbing.

“Before tu jawab dulu soalan kitorang boleh?” soal Jasmin sambil mengangkat kedua keningnya padaku. Aku tergelak bila Jasmin atau aku panggil Min saja bertanya macam2 pada dorang, contoh soalan dia, ‘Antara ayam dengan telur, mana satu wujud dulu?’ ataupun 'warna pelangi ada berapa?' terkial-kial sambil senyum2 saja dua budak kecik tuh.

“Haa dah sign, turn kau Adriana pi soal budak2 nih” Min menyerahkan kertas dengan pen tuh. Aku berpikir sejenak.

“Hmm, apa nama full ketua Aspuri kita?” entah kenapa soalan tu yg keluar. Salah sorang budak tu pun laju je menjawab.

“Nur Ellya Hanani binti Ellyas” ouhh. Nama full kak Hana ala2 heroin novel lah. Aku tersenyum terus sign kedua2 paper tu. Aku meneliti list nama yg dorang belum lagi dapat sign.

“And before minta tanda tgn Kak Hana nanti, sampaikan salam dekat dia” bisikku pada mereka, tak mahu Jasmin mendengarnya. Walaupun dia dah pandang aku pelik. Budak berdua tu pun dah berlalu pergi.

“Apa bisik2 tu? Tak baik tau,amalan syaiton. And kenapa tanya pasal Kak Hana?” tanya Jasmin. Aku menjungkit bahu.

“Random hahaa” balasku singkat dan berlalu menuju bilik.

“Wehh, aku pun tau la fullname diaa, cuba lah tanya soalan berilmiah sikit dekat budak2 tu” omel Min di belakangku. Aku tergelak je, macam lah yg dia tanya tu menambah ilmu. At least aku dah tau nama dia.

****

Aku, Azie dan Jasmin tengah duduk di tepi basketball court, memerhati pelajar perempuan yg tengah bermain bola keranjang. Ada muka form4 dan yg selebihnya tidak aku kenali. Kami baru saja habis tawaf satu sekolah, bukan jogging cuma berlenggang menikmati angin petang.

Kami sekarang tengah sesi riadah. Setiap petang after prep. Aku mendongak ke langit biru. Pandangan lalu di alihkan. Banyak student yg lalu lalang, ada yang sedang berjoging, main kejar2 dan macam2 lagi aktiviti. Di sebelah court basketball ada gelanggang bola tampar. Rata-rata semua muka budak form 5. Bercampur lelaki dan perempuan. Namun kelibat Kak Hana tiada di sana.

Hana? Hmm. Sudah hampir dua minggu di sini dan aku masih lagi mencari tahu tentang dia. Curious saja dengan akak pengawas sorang tuh. Hampir 7 petang, sudah tiba masanya untuk balik ke asrama. Kami pun mengorak langkah meninggalkan court bola keranjang.

Waktu tengah galak bersembang dengan mereka, terasa bahuku di tepuk perlahan.

“Hei, earphone awak nak jatuh dah dari poket” beritahunya dan aku terus melihat ke sisi poket kiri. Earphone putih Mp3 ku sedang berjuntaian, mungkin sudah terheret beberapa meter. Aku menarik dan memasukkan semula ke dalam poket.

Hai SENiOR!Where stories live. Discover now