Bab 3

20K 354 48
                                    

Dahi ditepuk perlahan. Mati aku! Tie aku tertinggal di asrama, gara2 kelam kabut tadi bila Jasmin jerit nama aku supaya cepat sikit, sebab pagar asrama dah nak tutup. Setiap isnin sekolah yg bergaya namun pelik ni, suka membuang duit pelajar dengan setiap hari pakaian sekolah berlainan.

Isnin, kami akan memakai baju kemeja putih dan tudung putih, kain biru, bertie berwarna biru gelap sama dengan pelajar lelaki. Dan akan dilapisi dengan blazer biru gelap. Segak tu segak lah, tapi it’s a burden. At least for me.

Hari selasa cuma memakai baju seragam sekolah biasa, pada hari rabu memakai baju unit beruniform, khamis pakai baju batik dan jumaat memakai baju sekolah biasa namun berkain yg ada corak khas untuk hari jumaat. Ahh, sekolah yg sangat demand bagi aku. Leceh, macam sekarang lah. Tali leher yg merimaskan itu tertinggal.

Mataku memerhatikan rakan-rakanku yg sama2 berjalan menuju dewan utama. Ada Azie, Mirza, Sarah, Isabel dan eh..

“Min, kenapa tak pakai tie?” soalku pada Jasmin, baru perasan yg dia juga tidak mengenakan tie.

”Ahh rimas la. Tak mau la aku pakai. Ni pun dah cukup baik aku nak pakai blazer ni. Panas kot nak pakai benda ni” terang Jasmin sambil sudah mengipas2 dirinya dengan tangan. AKu tersenyum menggeleng. Minah ni mesti kaki langgar peraturan sekolah.

“Sengaja la ni tak pakai. Oke, tak jugak la aku cuak sebab hang pun tak pakai sama” aku dah tergelak dan Jasmin pun ikut sama sebelum bergumam ‘Skema nya kau duh’ kuangasam!

Selepas melalui perhimpunan Isnin yg buat aku melentok gila. Jasmin di sebelah sudah khusyuk dan tawadhuk tertidur di sebelahku. Perasan jugak bila beberapa orang pengawas memberi signal pada aku untuk membangunkan Jasmin. Budak sorang nilah kan..

Selesai saja perhimpunan, kami berbaris panjang untuk keluar dari dewan dan pengawas menjaga di pintu.Tengah cek kuku. Aku lega sebab semalam dah sempat potong pendek.

“Mana tali leher?” tanya Kak Diana setelah memeriksa kuku ku. Dan memastikan benda lain dah lengkap.

Aku tersengih lalu menjawab, “Hmm tinggal dekat bilik kak”

Dia pun menahan ku bersama pelajar lain yg bermacam kesalahan. Why so strict? Aduh. Aku menoleh ke belakang bila Jasmin juga di tahan oleh Kak Hana. Oke tak pa, kan ada kawan.

“ Ni lah sebab aku jadi skema duhh, taknak menyusahkan diri kena buat punishment tah pape nanti” aku bersuara bila saja Jasmin datang menghampiriku. Dia tersengih saja macam kerang busuk.

Setelah lebih kurang 10 orang pelajar perempuan yg kami berdua saja dari upper form, nama kami di ambil oleh Kak Iman. Kami di pecahkan kepada dua kumpulan masa rehat nanti untuk mengutip  sampah sekitar sekolah. Nah kan, dah agak hukuman tah papee.. Haihh. Kami pun akur aje lah dan berjalan kembali ke kelas.

Jasmin pun menyimpang sebelum naik blok akademik, katanya nak pegi toilet sebab dah tak tahan. Aku membiarkan.

Aku pun meneruskan langkah seorang diri sebelum ada seseorang juga berjalan sejajar denganku.

“Hai Sis” sapaku ramah walaupun agak kekok bila dia tiba2 berada disebelahku. Entah macam mana Sis pulak yg terkeluar.

“Hai Rian” balasnya. See, macam mana aku tak flatter, dia siap tau nickname aku. Ke aku je terlebih perasan, benda kecik je kan.

“Kenapa tak pakai tie?” soalnya, kami sama2 menaiki tangga menuju aras kelas budak form 4 dan form 5.

“Tak sengaja, tinggal pulak kat bilik tadi” jawabku sambil tertawa kecil.

“Lah, kenapa tak bagitahu sy tie awak tinggal before assembly tadi. Dekat bilik serbaguna pengawas ada tie lebih. Kalau tak boleh pinjamkan” beritahunya. Aku dah berkerut kening namun masih tersenyum senget.

Hai SENiOR!Where stories live. Discover now