Asrama (Akhir)

2.2K 85 23
                                    

Dan, demamlah kejap sebab kena tegur tu. Mengarut je rasa. Mungkin terlebih imaginasi agaknya. Tak pasal2 si Farhan pula kena jaga saya. LOL. Nasib baiklah masa Sukantara dah sembuh. Adalah menyumbang sikit mata untuk rumah sukan Sigma tersayang masa tu.

Okey. Jom bercerita pasal lokasi asrama. Asrama saya SMK Benoni Papar Sabah. Saya paling suka lorong sedepa sepanjang 200 meter dari depan sekolah ke pintu asrama yang menemukan surau, dewan makan dan asrama lelaki. Laluan tu berbumbung dan bolehlah catwalk acah2. Oh well, sebab tu kut lepas sekolah je tekad nak jadi pramugara. Padahal, okey, saya amik aliran agama. Belajar Bahasa Arab, Syahriah Islamiah dan beberapa lagi subjek lain. Tapi iyalah, langsung x minat. Masa naik form 4 tu nak standard sikit xnak masuk kelas sastera. Melalut2 dah ni.

Kita sambung. Prep. Prep untuk pelajar lelaki setiap malam adalah di kelas sekolah. Satu je paling tak suka, lampu ada, starter takde. Iyalah, kalau dah disediakan pun kena curi. Geram dia tuhan ja tau kalau setiap hari prep isnin-jumaat kena naik meja dan pasang 4 lampu. Iya, cara prepnya berselerak. Macamlah study sangat, padahal masa tulah ada yang bawa phone curi-curi cakap dengan awek. Buat geng bercerita dan buat geng salin lagu. Kerja sekolah? Dulu prep 2 kali sehari. Siapa sesi petang sekolah pagi kena prep dengan malam. Macam tu juga siapa sesi pagi sekolah petang dan malam kena prep. Oh, prep tu waktu study 2 jam.

Warden tak check sangat. Dah namapun prep berselerak. Kelas pula tu ada 2 bangunan 3 tingkat bersamaan 25 kelas. Matilanakk warden nak naik. Tapi jangan bising ajelah. Pengawas asrama macam aku kenalah pantau. Kau nak tidur kau punya pasal, asal jangan bising sudahlah.

Satu hari tu macam biasa. Datang awal ke beberapa kelas atas. Lima kelas ni kena pasangkan lampu guna starter naik meja. Almaklumlah prep 8.30 malam, nauzubillah nak sampai 8.30 tepat tu. Hari tu awal sikit sebab isyak dekat Sabah is like jam 8 or less. So, dalam 8.05 tu dah sampai kelas dan nak hidupkan lampu. Selain saya, ada seorang ni nama dia Arif. Dia ni adik angkat saya. Ya, tukang sukarela tolong pasang lampu naik meja pusing starter sendiri. So, dia lebih awal selalunya.

Hari ni dia awal. Tapi dia tak pula hidupkan lampu. Dia temankan saya dan diam saja. Habis lampu lima kelas tu dipasang. Saya ke kelas saya pula. Kelas saya satu-satunya kelas dekat bawah aras dua.

Tapi entah kenapa bila saya pasang lampu kelas saya guna starter tu, lampu tak nak hidup.

"Arif, kau ada bawa starter ke tak? Cuba check beg tu. Tak hidup ni. Malas nak naik asrama lagi ambil." Saya tanya Arif.

Arif diam dalam gelap. Aircond saya dah pasang. Perasan yang si Arif tu something. Saya keluar perlahan-lahan ikut pintu belakang. Tak toleh dah dekat Arif. Tapi keluar je dekat pintu saya terus turun bawah cepat-cepat dan masa tu saya jumpa Arif lagi. Mahunya saya lari belakang sekolah.

"Abang Fatrim? Dah pasang lampu?" Arif teriak dekat saya, dia ni memang dinamakan pembesar suara asrama sikit.

Dan saya pun terhenti langkah. Agak dah yang Arif tadi bukan Arif. Malam tu prep dekat atas je, kalau prep dekat kelas saya, saya bawa Arif asli sama.

Takpelah mambang, mungkin awak nak temankan saya. Dua benda mistik ni je yang penah saya hadapi dekat asrama depan mata. Yang lagi lain-lain tu tak tahulah sebab khabar2 saja.

And, sejak tu pernah terfikir andainya suatu hari nanti dapat buat cerita pasal ASRAMA kan ke best. Okey, akhirnya wujud juga tapi sebab POV perempuan, makanya saya buat cerita lain. Tapi sebab lokasinya sama, saya gabungkan semua cerita-cerita yang saya alami dan saya dengar.

Korang yang pernah tinggal asrama ada pengalaman seram tak?

CREEPYSTORYWhere stories live. Discover now