Si Kecil

1.7K 48 7
                                    

Ini mungkin kesinambungan pada cerita awal sekali di mana aku pernah nampak si kecil ini suatu ketika dulu. Lama aku cuba lupakan pasal si kecil ni. Tapi akhirnya bila manuskrip baru aku pun pasal si kecil ni. Nampaknya nak tak nak kenalah aku menghadap dia siang malam melalui manuskrip aku. Haih! Memang melambatkan sebenarnya. Dahlah tinggal sorang-sorang. Teringat lagi suatu hari masa bulan lepas. Masa tu aku busy menaip dalam jam 1 pagi bertemankan lagu Timber nyanyian Pitbull dan Kesha, tapi aku saja download yang ada versi Kesha je sebab Pitbull tu langsung aku tak minat. So, dalam aku busy-busy menaip sakan  sambil dengar lagu tu tiba-tiba ada benda berbunyi. What the?! Aku malas nak pandang kiri sebab aku tahu papan WELCOME aku tu aku gantung kat suiz. Kat suiz tu ada tali lompat aku. Takde angin apa papan WELCOME tu terhentak-hentak tiba-tiba.


Kuangajaq! Aku rasa macam kena sakat je time tu. Siap bagi warning lagi, kau berhenti aku buang kau dekat bawah. Almaklumlah tinggal apartment tingkat 4, kalau buang sah-sah plakkkk! Tetengah malam buta. Tapi aku rasa malaslah aku cari pasal. Aku tutup je kipas, lepas tu aku hidupkan semua lampu. Papan tu masih lagi terhentak-hentak. Eh dia, tak puas-puas lagi mengacau aku. Walaupun tak nampak bendanya tapi tulah, takkan hentak-hentak pula macam tu. Akhirnya aku masuk tidur. Pasang je apa-apa ayat yang patut. Ehh! Aku rasa macam tersasar dah ni. Haha! Saja aku bagi mukadimah. Kata nak creepy-creepy kan.

Okeylah, alkisah aku ni suka pergi pasar minggu. Kira pasar pagi stadium Shah Alam Seksyen 13. Apalagi kalau tak beli pecal kegemaran dan bihun sup dengan soya panas. Pergh! Ahad lambat lagi. Ahad ni kira macam CHEAT DAY lepas aku melompat 100 kali sehari dengan tali lompat tu dengan diet ketatnya. Jadinya, memang ramai manusialah dekat pasar minggu ni. Biasanya aku akan pergi area ikan dan sayur dulu. Ikan akan beli dalam nilai 20 ringgit. Tahanlah seminggu untuk aku. Sayur pula yang 3 jenis 5 ringgit. Protein dan sayur kan penting. Selepas tu barulah pergi area pecal semua tu sambil tengok-tengok apa yang boleh dikudap-makan percuma. Aku jalan 3 kali, 3 kali angkut kerepek dan merepek free tester. LOL.

So, sebab aku nak bernakal-nakal tu. Aku pun pusing 2 kali. Kali kedua aku pusing aku macam nampak ada satu benda ni lari laju. Tinggi dia macam kucing, tapi aku tak dapat nampak bendanya sebab sekilas warna hitam. Ah, aku anggap kucing. Tapi bila aku ingat balik benda tu lagi tinggi dari kucing, aku rasa macam setinggi lutut aku. Okey aku anggap budak-budak kut. Tapi budak-budak ada ke yang tinggi paras lutut dah boleh lari. Aku tak pedulikan. Lepas tu aku pusing lagi, again aku nampak benda hitam tu lari laju dalam keramaian orang. Aku dapat rasa ada angin kat kaki aku lalu masa tu.

Aku terus tak jadi bernakal-nakal nak makan kerepek. Terus beli soya panas dekat corner masuk dan pergi je. Satu je, kalau kita notice benda-benda macam tu betterlah angkat kaki dekat situ, jangan pandang belakang atau pandang atas sebab dia pun sebenarnya nak bagi kita notice dia. Almaklumlah perniagaan kan banyak persaingan, jadi aku malaslah nak menuduh. Tapi aku rasa dengan menggunakan si kecik tu, kedai memang laris tapi ada harga yang perlu dibayar.

Sejak tu dah 2 minggu jugalah aku tak pergi pasar pagi. Huhu, konon takutlah tu. Tak, aku ni sebenarnya susah nak bangun awal. Koman-koman aku bangun jam 8 pagi. 8 pagi ahad tu adalah waktu bangla-bangla Mydin balik. Jam 8.30 pagi mereka akan naik bas rapid nak jalan-jalan. Amik kau deodoran free daripada diorang. Bukan seorang tahu, mahunya 30 orang. Sebab dekat apartment aku ni ada lebih kurang 50 orang tinggal sini, bos Mydin tu sewa. Aku pun malaslah nak bersesak-sesak.

Berbalik pada kisah si kecik yang aku nampak tu, bukan toyol tau, tapi ada sejenis macam dia yang lebih kuat daripada toyol. Aku pun ada kaji juga untuk manuskrip. Malas pula aku nak google malam-malam ni kan. Kang tak memasal pula ada hentak-hentak, korang google kalau nak tahu. Aku saja lupakan nama benda alah tu buat masa ni sebab bila aku google dia lebih HUDUH daripada TOYOL.

Eh, entah kenapa pula aku terajin update malam-malam ni. Nasib baiklah belum jam 11 malam. Jadi aku rasa macam awal lagilah. Anyway, sajalah nak bagitahu. Dalam apa-apa jua, kita kena percaya pada yang SATU. Tapi biasalah, orang kita ni suka jalan singkat. Kalau dengki sikit pun, esok-esok nampak pula tanah kubur dekat depan rumah. Hmm. Aku pun tak faham, zaman dah maju, otak pula dah ke belakang. Aku sajalah nak marah ni.

By the way bulan ni juga menyedihkan sebab atuk aku dah pergi menghadap ILAHI. Moga rohnya dicucuri rahmat. - AL FATIHAH (Mohon sedekah Al Fatihah sekali)

Okey, tu jelah creepystory sepanjang aku takde update. Iya, ini semua pasal real life aku. Dah, jangan ajak aku join tengok hantu please, sesungguhnya aku ni penakut. Entah macamana boleh tertulis cerita seram. Automatik je tangan ni. Mohon ya rakan-rakan paranormal, aku tak boleh tengok hantu. Mungkin sebab kita ni menulis dan kadang-kadang tu terbawa-bawa sebab buat kajian mendalam sangat.

Okey bye! Jumpa next creepy story aku.

^_^

CREEPYSTORYWhere stories live. Discover now