Hantu Pertama (Akhir)

1.6K 61 18
                                    

Dan bila saya mula baca buku dekat perpustakaan. Saya juga mula rajin baca buku-buku yang ayah beli. Antaranya MASTIKA, memang saya rasa karut gila cerita dalam tu. Ayah pun beli suka-suka atau dia pinjam dengan rakan-rakan guru lain. Kadang-kadang ayah letak bilik kitaorang buku-buku tu sebab adik akan koyak-koyak. Lagi-lagi jika letak lantai. Akak Maid manalah nak larang adik, nanti takut pula dia kena marah.

So, satu hari tu aku terbaca pasal Toyol. Bentuk dia, kerja dia apa. Saya terus fikir balik. Ayah saya banyak duit ke sampai toyol tu datang rumah? Tapi saya baca lagi lanjut, toyol akan curi duit daripada rumah sesiapa saja dalam jumlah kecil tapi banyak rumah.

Lepas baca tu terus saya beritahu mak dan ayah. Saya pun tak tahu kalau ayah percaya apa yang saya cakap. Tapi sejak malam tu kami dah tak diberi tidur dalam bilik tu lagi, kami tidur di dalam bilik ayah dan mak tapi dekat bawah. Ayah jadikan bilik tu bilik solat sekeluarga. Ayah juga akan bangun awal dan solat subuh dekat sana.

Saya pun dah tak jumpa toyol tu dah lama. Mungkin masa tu saya mulai hafaz Al Quran. Ayah suruh kami mengaji malam dengan seorang Ustaz. Tapi tiap hujung minggu, saya akan mengaji dengan seorang tabligh yang tinggal dalam kampung tu juga. Sampai hari ini saya tak tahu nama tabligh. Dia akan ajar saya hafaz surah-surah pendek dulu dan lama-lama tu barulah yang panjang-panjang. Ustaz cakap, tolong hafaz Al Quran selagi boleh dan fahami. Masa tu saya baru Tahun 4 jadi saya hanya dengar dan ikut. Budak-budak.

Mungkin sebab tu jugalah saya dah tak jumpa si toyol tu lagi. Sampai kami pindah daripada rumah tu. Memang kami tidur balik bilik tu, itupun lepas ayah betul-betul yakin bagi saya dan adik lelaki tidur situ. Kawan-kawan kelas ada juga tanya, ada tak jumpa alien tu. Saya jawab dia dah balik planet dia.

Selepas beberapa belas tahun berlalu. Kini kami punya rumah sendiri. Ayah dah lama pergi. Tinggal mama. Somehow, rumah kami ni mulanya rumah kecik je di dalam sebuah taman perumahan. Tapi dah jadi trend akan ubah jadi sebesar-besar alam. Lagi-lagilah yang tinggal dalam kawasan tu semua adik beradik mama.

Kami pun ada maid. Tapi maid kami selalu takut dekat rumah tu sorang-sorang. Saya sendiri tak faham. Bukannya rumah besar sangat pun. Tapi kami jarang tidur dekat bahagian atas. Kadang-kadang seminggu tak naik atas sebab bahagian bawah dah ada bilik.

Alkisah, suatu hari seorang maid baru kami ni. Suaminya seorang tabligh dan selalu follow suaminya mengubat pesakit misteri. Masa dia berdua dengan anak buah dalam rumah waktu hampir nak maghrib, dia kata dia nampak seorang budak berlari-lari dekat bahagian atas rumah. Dia tahu budak sebab dengar tapak kaki dan suara budak.

End up tak lama lepas tu. Maid tu pun berhenti, kerja balik dekat restoran as tukang masak.

Saya rasa alien yang saya cakap tu follow kami kut. Saya cubalah juga beranikan diri nak jumpa tidur dekat atas sorang-sorang. Tapi takde pun. Entahlah, saya sendiri tak berapa sure kesahihan cerita maid tu. Buat takut kami je. Sampaikan habis segala ustaz datang umah.

So, itulah pengalaman hantu pertama tanpa disedari itu. Saya rasa, sejak-sejak tu susah dah jumpa hantu in real. Tapi perkara-perkara mistik nilah yang saya suka tulis. Sebab saya sebenarnya TAK PERCAYA sangat pada hantu-hantu ni. Lantaklah apa yang saya jumpa masa kecik tu.

Saya anggap itu satu kenangan dan memori. Tapi tiap kali bila saya sebut je pasal rumah guru tu dengan mama atau lalu bekas tapak rumah guru tu untuk balik kampung ayah. Mama mesti ingat yang saya jumpa toyol dalam rumah tu. Erm.

Korang pernah jumpa hantu? Atau kawan-kawan korang ke?

CREEPYSTORYWhere stories live. Discover now