Manuskrip Hantu Pertama

4.1K 160 18
                                    

Saya ni sebenarnya bermula sebagai penulis cerpen. Kalau tulis novel tu, langsung tak tahu. Kalau ada pun, saya salin balik apa yang dipapar dekat televisyen jadi novel (Ini latihan saya menulis novel waktu bermula). Itu kisah tahun 2006 masa tu. Jadinya, 2 tahun selepas tu ada nampak iklan pertandingan tulis novel DBP Sabah. Dengan tak tahu apa, kita cuba tulis novel tu. Tajuknya KEPULANGAN. Sayang manuskrip dah hilang sebab simpan dalam hard disk, iya, rumah kena rompak jan 2016 ritu semua dia angkut.

KEPULANGAN ni berdasarkan kisah atuk yang berjiran dengan orang bunian. Kita ni, langsungnya tak percaya pasal bunian ke apa ke kan. So, sebab masa tu atuk still okey lagi. Kita pun balik kampung atuk semata-mata nak dapatkan idea cerita daripada atuk.

Rumah atuk sangatlah besar memanjang. Dan, bila bukan Hari Raya, rumah atuk sangatlah sunyi. Sampaikan saya ni tidur malam sebelah atuk sebilik. Memang ada 4 bilik tapi haha! Tak berani. Sebabnya dari kecil lagi saya memang tidur sekali dengan atuk dan nenek dalam bilik diorang. Okey, memang cucu kesayangan atuk. Sampai besar pun dah terbiasa.

Kisahnya lepas atuk cerita pasal bunian tu nama dia Pelagas. Atuk kata bukan Bunian, dia ni macam sejenis hantu yang hidup dalam hutan dan semak tapi berhampiran manusia. Pelagas ni kata atuk suka takutkan orang dan boleh bagi salam macam manusia. Tertanya-tanya juga, atuk tak takut ke dengan Pelagas tu? Atuk kata, dia hormat sebab atuk ketua kampung masa tu. Terus saya cakap, amboi... kira penduduk ke apa. Atuk kata, macam tulah. Tanyalah juga dekat atuk. Pelagas tak pergi rumah orang ke? Atuk kata selalu. Selalu bagi salam. Gulppp!

Dah masuk seminggu dekat rumah atuk dan menaip apa yang patut. Hari terakhir tu, nak siap-siapkan barang. Ada orang bagi salam.

"Assalamualaikum."

Sampai 3 kali bagi salam. Tengah malam tu. Dan, saya pun pergilah pintu utama. Pintu atuk ni lebar dan besar. Atuk buat sendiri. Sebelum tu sebagai langkah keselamatan, jenguk dulu dekat tingkap. Nampak pak cik dan mak cik. Dua orang saja, tunduk bawah.

Terus saya buka pintu.

"Waalaikumsalam. Pak cik, mak cik, masuklah." Saya jawab salam dengan dahi berkerut, tak banyak bicara mereka. Tapi maklum, pak cik mak cik yang ni ada masalah rumahtangga.

Mereka pun masuk. Lepas tu duduk ruang tamu. Tengok jam, dah masuk jam 1 pagi. Malam tu tidur lambat sikit, barang dekat luar. Patut time tu masuk bilik atuk tidur sama.

Dan, sebab pak cik dan mak cik datang tu saya pun pergilah dapur buat air.

"Belum tidur lagi?" Atuk tanya, baru keluar tandas. Dapur sebelah.

"Atuk, ada tamu. Ada pak cik sama mak cik depan tu."

"Tamu apanya malam buta. Kamu tunggu sini jangan keluar!" Atuk tiba-tiba marah.

Dan, duduklah aku dekat dapur main phone. 10 minit lepas tu atuk datang.

"Ha, tidurlah. Lain kali jangan buka pintu malam-malam."

"Atuk, siapa tu?" Saya tanya.

"Jiran yang atuk cerita tu. Tu adik beradik Pelagas tu."

Bulat mata saya. Nasib baiklah esok balik. Memang malam tu nampak serupa manusia, siap salam tangan lagi.

Dan, apa jadi dengan manuskrip pertama hantu saya tu? Masa tu macam salah info, jadinya tak hantar. Tapi at least 2007 masa tu dah berani taip novel. Dan masa tu juga sambung study ambil Diploma Penulisan. Okey, taklah hantu sangat kan? Sharing. Ini bab pengenalan kita saja. Lepas ni, will see 😊

#ThanksBaca

CREEPYSTORYWhere stories live. Discover now