𝟎𝟗

864 73 8
                                    

          PANDANGAN Rifa tika ini kabur. Dirinya terasa diikat pada kerusi bersama tali dililit pada seluruh badan.

"Rifa, Rifa...." sayup-sayup suara itu terdengar. Namun, cukup dapat menangkap perhatiannya saat ini.

Wajahnya diangkat. Wajah pemilik tidak dapat diperhati. Kabur. Tiada apa yang dia lihat saat ini.

"Aku dah lama bersabar dengan kau Rifa...Aku cuba untuk bunuh kau! tapi kenapa? kenapa kau tak mati?!" jerkah suara itu.

Ingin sahaja dia membalas, tapi peti suara nya seakan tidak berfungsi. Sebarang suara tidak mampu dia keluarkan. Bisu. Seperti orang bisu.

"Kau dah rampas segalanya. Kau rampas dia daripada aku!"

Pandangan nya semakin jelas. Wajah itu cuba dikesan. Seperti pernah dilihat.

Tapi....

Dimana?

Ah lupa! aku lupa segalanya! Apa jadi pada diri aku?

"Kau tak layak hidup! Kau patut mati!" Seketika itu badannya kaku. Ingat bergerak tapi apakan daya? aku seperti mayat yang tak bisa menggerakkan segala otot-otot di badan.

Pada saat itu, sepucuk pistol telah pun dihalakan tepat pada dahinya. Picu itu ditarik. Sedia menembak seorang Rifa Irdina.

Bang!

"Allahuakbar!" jerit Rifa seraya tangan automatik naik ke dada.

Bella yang berada disisinya terkejut. Tangan Bella mula memukul ringan lengan Rifa.

"Kau kenapa Fa?" tanya Bella risau.

"Astagfirullahaladzim, aku....aku mimpi buruk." balas Rifa.

Bella mula memasang muka menyampah. Bukan apa, dia sudah beritahu Rifa. Jangan tidur lepas Asar.

Tapi Rifa? dia kisah apa? penat sangat sampai tertidur. Habis segala nasihat dan amran yang Bella sampaikan dilupakan nya.

"Itu lah kau, tidur lepas asar. Kan dah mendapat."

Rifa menjeling.

Pemandangan sekeliling dilihat. Di kelas?

"Bella kenapa kita dekat kelas lagi?" tanya Rifa pelik.

"Hai? baru tidur berapa puluh minit dah lupa ingatan?" perli Bella.

"Jawab aje lah!"

"Okay, okay. Kita kan baru lepas guna gym."

"gym? habistu kenapa kita dekat kelas sekarang?" tanya Rifa curiga.

"Rifa Irdina binti Raez Idham, habis aje kita dari gym, kita ke sini sayang... Takkan nak duduk dalam gym tu lama-lama? sanggup ke nak tahan bau kepam orang-orang?" bebel Bella.

Rifa mengangguk faham. Ada betulnya juga apa yang Bella katakan.

Dalam hati dia sudah ingin mengukir senyuman bila dengar Bella menggunakan perkataan 'sayang'. Jarang berlaku dalam sejarah!

"jom lah balik, aku nak singgah Family mart sekejap." beritahu Bella.

"yalah, kau nak cari apa?"

"Makanan of course. Snack I dah habis." balas Bella seraya badan mula melakonkan gaya orang-orang kaya. Beg tangannya dipegang seakan memakai beg mahal. Pemegang beg itu dimasukkan sehingga paras lengannya.

Bahu Bella terasa ditepuk. Rifa sudah tertawa kecil melihat aksi Bella menjadi ala orang kaya.

"Oh come on Rifa, let me be with my delusional first. Mana tahu aku boleh dapat future husband kaya raya? masa tu memang duit aku boleh jadikan tisu." Bella berbicara selamba.

𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OGWhere stories live. Discover now