𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆

3.2K 161 5
                                    

            Panas pula hatinya terasa selepas melihat Luqman keluar bersama bekas isterinya. Memang luqman sudah meminta izin dengannya dahulu sebelum keluar. Tapi alasannya adalah ingin menghadiri mesyuarat. Tapi apa yang dia lakukan bersama bekas isterinya?

Jadinya.....Dia ditipu?

Hatinya seakan ditoreh dengan pisau yang tajam. Sakit.

Tubir matanya mula terasa panas. Matanya di kelip berkali-kali sedaya upaya tidak mahu menjatuhkan air mata nya. Terus dia berlalu pergi meninggalkan tempat itu. Tidak mahu menyeksa hati sendiri lagi.

"Mommy what's wrong? Are you crying?" ujar Ara.

"Eh tak sayang, masuk habuk aje ni. Kita balik lah Ara ya? Mommy penat." Bohong Rifa. Tak mahu pula dia beritahu Ara tentang apa yang baru dia lihat.

"Okay mommy"







             RIFA hanya diam membisu melihat figura Luqman yang berada di sebelahnya.
Tiba-tiba dia teringat tentang kejadian petang tadi.

"Kenapa tengok saya macamtu?" Akhirnya Luqman bersuara selepas menyedari Rifa tak lepas memandang dia.

"Awak tadi sebenarnya pergi mana?" Tanya Rifa. Ya, Itu soalan pertama yang keluar dari mulutnya.

"Meeting lah, ke mana lagi?"

"Betul meeting ?"

"Ya. Kenapa tanya? Ada apa yang tak kena ke?" Tanya Luqman pelik.

"Baik awak jujur dengan saya. Awak pergi meeting ke pergi keluar dengan Melina?"

"Melina?"

"Bekas isteri awak."

"No? Saya memang pergi meeting. Tak ada masa lah nak jumpa dengan dia."

Oh begitu?

Jadi...

Apa yang baru dilihat nya petang tadi?

"Habistu ini apa?" Telefon pintar miliknya dituju kepada Luqman. Terpapar gambar dimana Luqman dan Melina, bekas isterinya sedang keluar bersama.

Kaku. Luqman mati seribu kata. Bagaimana  gambar itu berada dalam telefon Rifa?

"Awak tak perlu nak buat-buat terkejut lah Luqman. Saya tahu. Siapa lah saya ni kan? Saya hanya pengganti. Hati awak masih lagi untuk Melina kan? Awak nak kahwin dengan saya pun sebab kesian kan Ara betul?"

"Apa awak cakap ni Rifa? Saya memang tak ada perasaan langsung pada Melina. Saya hanya cintakan Efa."

Rifa tertawa sinis. Benarkah? Dia yang Luq cintai?

"Awak tak perlu tipu saya lagi Luq. Kalau memang awak masih ada hati dengan Melina, Silakan."

Membulat mata Luq selepas mendengar kata-kata Rifa. Lepaskan? Tidak mungkin dia akan berbuat demikian.

"No! Awak gila ke Efa? How about Ara? Awak rela tinggalkan dia?"

"Saya bukan ibu sebenar kepada Ara Luqman..."

"Efa please? Bagi saya jelaskan dulu apa yang sebenarnya terjadi?"

"No need. We're done."





Tbc

𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OGWhere stories live. Discover now