𝟎𝟔

969 80 5
                                    

          RIFA masih terdiam merenung lantai biliknya. Alkisahnya dia baru bangun dari tidur. Lambat memang lambat. Tapi kisah apa pula? hari ni cuti.

"Hello princess, dah cukup dah? ke nak tidur lama lagi? kau jangan sampai kau tidur tak bangun-bangun." sapa Bella.

Rifa memandang Bella dengan mata terkebil-kebil. Dahinya berkerut. Apa pula masalah minah sorang ni?

"Lara nak ajak kau meet." beritahu Bella ringkas.

"Lara? Lara yang mana?" tanya Rifa.

"Aik? kawan sendiri pun lupa? kau mimpi apa tadi? mimpi kahwin dengan duda novel kau tu?"

"Aku suruh jawab..."

"Alara Lafiedya lah! Tanya lagi kenapa?"

"Hm, bila?"

"Pukul 12 kejap lagi." balas Bella ringkas.

"Sekarang pukul berapa?" tanya Rifa malas.

"Sebelas setengah."

Laju Rifa memandang jam yang terletak elok di atas meja nya. Memang benar sekarang sudah pun pukul sebelas setengah.

Ya Allah! lambat betul aku bangun!

"Ish kenapa tak kejut aku awal-awal Bella! mana sempat aku nak bersiap. Nak make up lagi." Marah Rifa.

"Ha bagus lah macam tu. Perangai tu ubah sikit Fa! aku dah kejut pukul tujuh pagi lagi Kau yang kata nak take five lah. Sudahlah tidur lepas solat subuh! Tak payah nak make up bagai lah! muka dah lawa pun nak tambah lukisan kenapa?"bebel Bella

Tanpa mendengar bebelan Bella, terus Rifa mencapai tuala yang bergantung di belakang pintunya lalu mengatur langkah ke bilik mandi.

Beberapa minit telah berlalu, akhirnya Rifa keluar daripada bilik mandi itu. Rupanya, baju sudah tersarung elok pada badannya. Muka juga telah siap dihias.

Bella memandang Rifa atas bawah.

"Dah kenapa kau? first time nampak bidadari keluar dari bilik mandi?"

"Gila kau lah! patut lama! bersiap dekat dalam rupanya. Apa kau buat dalam tu huh? dah lambat setengah jam kau tahu?"

Mata rifa membulat. Seriuslah?

"Alamak! jom lah cepat! aku takut Lara marah pula kita sidai dia."

"Aku tak ikut." ringkas Bella menjawab.

Rifa memandang Bella dengan wajah pelik.

"Kenapa pula?"

"Aku nak keluar dengan Sarah."

Rifa mengangguk faham. Langkahnya terus dibuka untuk keluar dari rumah. Enjin kereta dihidupkan. Kereta itu dipandu laju.

Namun... dia terlupa.

Di mana lokasi nya?

Tepat semasa lampu merah, kereta miliknya berhenti. Lantas, telefon pintar nya dikeluarkan lalu nombor Bella di dail.

"Kenapa?" jawab Bella.

"Lara. Jumpa dia dekat mana?"

"Tak baca mesej ke? Dekat Cafe baru buka tu."

Panggilan terus dimatikan. Tidak sempat dia ingin membalas. Lampu sudah pun bertukar hijau.

Tepat pada pukul 11.50 pagi, Rifa tiba di Cafe itu. Kelibat Lara di cari.

'okay jumpa!' desis hatinya.

"Lara? minta maaf sangat-sangat aku tak sengaja datang lambat, aku bangun lambat tadi, lepastu nak bersiap lagi. Jalan masa nak kesini jem la pula."

𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OGWo Geschichten leben. Entdecke jetzt