𝟎𝟐

1.6K 103 3
                                    

             SUASANA rumah milik Rifa sunyi. Bella pula sedang menonton televisyen. Memang sudah menjadi kebiasaan untuk Bella bermalam di tempat tinggal Rifa. Bukan ada masalah pun kan? Dia juga tinggal bersendirian jadi lebih bagus kalau Bella berada bersamanya.

"Fa! sini lah. Kau tak boring ke daripada tadi baca buku?" Sahut Bella.

"Tak. Aku baca novel, bukannya buku belajar. Kalau baca buku belajar memang aku dah tertidur." Jawab Rifa seraya melabuh punggung pada ruangan kosong sofa di sebelah Bella.

"Apa yang best nya baca novel tu? Baik kau tengok movie. At least watak nya wujud."

"Hei! yang dekat movie tu semua tak hensem. Dalam novel ni lagi hensem."

"Macam lah kau pernah jumpa diorang..." perli Bella.

"Apa dia?"

"Tak ada apa. Siapa hero dia? Lelaki macamana? tentera? orang kampung? ceo?" tanya Bella.

"Duda." balas Rifa selamba.

"Eii, apa kau ni? baca novel tapi hero duda? geli lah!"

"Duda pun hot tau. Siap ada black card! I like! rawr."

"Dapat duda betul-betul baru kau tau."

"Memang tak lah! Nanti apa yang aku dapat? Duda tua perut buncit macam mengandung 5 bulan? Ew, no!"

Bella tidak dapat menahan tawanya. Jelas apa yang Rifa katakan itu kelakar baginya.

"Eh by the way kan, Lelaki kita jumpa dua hari lepas tu hensem juga eh?" beritahu Bella selamba.

Amboii....gatal!

Laki orang tu weh!

"Ceh! dia pun sama. Beringat sikit, itu laki orang. Anak pun dah ada."

"Tapi memang gila punya hensem weh! kalah boyfriend kau!"

"Amboi kau? nak kata Eman tu tak kacak lah ya?"

"Memang pun. Dah tau dia tu buaya kau still degil nak couple dengan dia."

"Mana lah tau aku boleh ubah dia?" balas Rifa. Yakin.

Amboi Fa! ingat senang kau nak ubah playboy?

Boleh depress kau!

"Hm lantak kau lah Fa..."

"Ha, aku dengar minggu depan kau bertugas. Betul ke Fa?" tanya Bella.

Ya. Minggu hadapan Rifa perlu bertugas sebagai fotografer di universiti nya.

"Haah betul lah tu. Kenapa?" jawab Rifa tenang.

"Siapa team kau kali ni?"

Rifa diam. Sedang cuba mengingat kembali siapa yang bertugas dengannya kali ini.

Ting!

Okay ingat!

"Zaufar, Aufar, Aku dengan...."

Diam sekali lagi. Cepat pula dia lupa.

"Dengan?"

"Jap. Erm...."

Bella hanya memandang Rifa. Menunggu jawapan daripada nya.

"Ha ingat! dengan Hairani Salsabella." beritahu Rifa.

Sengaja dia ingin menyebut nama panjang Bella. Mahu lihat dia sedar atau tidak.

"Oh, eh jap! Hairani Salsabella?"

"Iya lah. Kenapa?" Tanya Rifa pelik.

"Macam kenal lah Fa... Tapi siapa eh?"

"Itu lah, macam kenal juga. Aku rasa ada orang lupa nama dia Hairani Salsabella."

"Takkan lah tuan sendiri nak lupa nama dia?"

Ha! tanya lagi Bella! tanya lagi! bila nya nak sedar itu kau?

"Bella, kau tak ingat nama sendiri dah ke?"

Kening Bella berkerut. Cuba memahami apa yang Rifa katakan.

Oh! iya lah! Nama aku Hairani Salsabella!

Ya Allah..

Macamana boleh lupa nama sendiri ni!

"Weh! Aku sumpah lupa. Ya Allah apa dah jadi dengan aku ni?!" Akhirnya Bella sedar juga.

Pecah tawa Rifa dibuatnya. Kelakar! Nama sendiri pun boleh lupa! Ini macamana dah kahwin nanti? Tak pasal-pasal lupa suami.












             "MANA Ara ma?" tanya Luqman pada Puan Mia selaku ibu kepada Luqman.

"Dalam bilik rasanya Luq, mungkin tidur? Luq pergi lah tengok dia." balas Puan Mia.

"Oh okay, terima kasih ya. Luq pergi tengok dia sekejap." pamit Luqman.

Puan Mia mengangguk.

Terus dia melangkah ke bilik tidur puteri kecilnya itu. Tiada suara kedengaran. Mungkin memang benar kata Puan Mia bahawa Ara sedang tidur.

Tombol pintu itu dipulas. Pintu bilik Ara terbuka menampakkan Ara sedang tidur lena di katil nya.

"Mommy..." sebut Ara.

Luqman yang berada di situ agak terkejut. Ara masih tidur seperti biasa. Mungkin mengigau?

Terus dia melabuh punggung di birai katil. Kepala Ara diusap.

Termenung. Memikirkan tentang keadaan Ara.

Ada kalanya dia kasihan dengan Ara. Setiap malam pasti dia menyebut perkataan itu.

Mommy.

Ya. Mungkin Ara tertanya-tanya, di manakah ibu nya sekarang? Mengapa dia hanya mempunyai seorang bapa? Mengapa di saat ke taman permainan kanak-kanak lain ada bersama ibu mereka? Di mana pula miliknya?

-throwback-

"Hai Ara." tegur salah satu kanak-kanak yang berada di taman permainan itu.

Pandangan dihalakan ke atas.

"Oh, hai Zarif." balas Ara.

Zarif adalah anak kepada kawan bapanya. Memang mereka belum bersekolah. Pertemuan pertama mereka adalah pada jamuan yang diadakan di syarikat milik Luqman.

"Ara sorang je ke?" tanya Zarif.

"Ara datang dengan daddy. Zarif datang sini dengan siapa?"

"Zarif datang dengan papa dan mama. Ara nak tahu tak?" Tanya Zarif teruja.

"Kenapa zarif?"

"Tadi mama belikan Zarif toys! Mama main dengan Zarif!"

Diam. Ara hanya tersenyum.

"Oh. Best ke main dengan mama? Ara nak main juga boleh?"

"Best! Eh? Ara main lah dengan mama Ara. Mama zarif tu zarif punya. Mana boleh kongsi."

"Oh ye ke. Tak apa lah, nanti Ara tanya daddy."

"Nanti Ara ajak mama Ara datang rumah Zarif tau! kita main sama-sama."

Ara hanya mengangguk.

"Okey lah. Zarif nak pergi sambung main dengan mama. Bye Ara!"

Terus Zarif pergi meninggalkan Ara sendirian.

Ara hanya melihat kelibat Zarif yang semakin jauh darinya.

-end throwback-

Luqman menghela nafas berat. Lantas dia bangun dan keluar daripada bilik Ara.

Pintu ditutup.

Lebih baik dia pergi merehatkan diri dan fikirannya. Hari juga sudah lewat.










Pendek sikittt, tapi tak apa lah ya?
Enjoy!


𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OGWhere stories live. Discover now