𝟎𝟖

942 81 13
                                    

             SEPERTI biasa, Rifa memulakan harinya dengan bersiap untuk pergi ke kelas. Bezanya hari ini, Bella tidak ikut pergi bersama. Dia ingin pergi lebih awal katanya. Aku hanya biarkan sahaja, memang aku selalu lambat bersiap.

Usai dia berpuas hati dengan penampilannya, lantas tote bag yang berada di atas tilam itu dicapai lalu disangkut kan pada bahu. Rifa bergerak ke pintu utama lalu dedaun pintu ditolak untuk keluar ke rumah.

Enjin kereta dihidupkan. Pakaiannya hari ini sangat ringkas. Hanya memakai seluar slack hitam bersama kemeja berwarna coklat. Tudung pula hanya bawal yang  bergaya simple. Tak mahu pula dia memakai lebih-lebih untuk ke kelas.

Lantas kereta itu bergerak meninggalkan perkarangan rumahnya. Perjalanan ke universiti tidak lah begitu jauh, dalam 15 minit boleh sampai. Maximum. Minimum pula, 6 minit pun boleh sampai. Kalau jalan tidak sesak lah.

"Alhamdulillah sampai." sebut Rifa setibanya di University tempat dia belajar.

Langkahnya dibuka terus memasuki kelas profesor Yana dengan tergesa-gesa.

"Mommy!" jerit satu suara.

Namun, dia hanya menghiraukan panggilan itu. Hanya memikirkan bahawa itu hanya gadis kecil yang memanggil ibunya. Malas pula dia ingin menoleh, takut terlambat ke kelas pula.

Biasalah, sekali toleh, kalau ada masalah pasti dia akan tolong. Lama-lama terlambat masuk ke kelas.

"Assalamualaikum Prof." ujar Lara setiba di kelas.

"Waalaikumsalam, awal pula sampai?" balas Profesor Yana.

"Eh mana ada awal. Lagi sepuluh minit nak mula."

"hm tau pun. Selalu kelas dah mula baru awak sampai."

Rifa tersengih. Kepalanya yang tidak terasa gatal itu digaru.

"Err... saya nak ke tandas dulu ya Prof? saya letak beg saya dulu sekejap."

"Ya lah."

Rifa bergerak menuju ke tempat duduk nya disebelah kerusi Bella. Dia keluar mengikut pintu belakang kelas. Lebih dekat dengan tempat duduknya berbanding pintu hadapan.

"Baaa! mommy! eh? mana mommy?" jerit Ara.

Mata-mata pelajar yang berada di situ semuanya tertumpu pada Ara.

"Huh? awak...siapa mommy awak ni?" tanya Profesor Yana.

"Sekejap. Tadi Ara nampak mommy masuk sini. Mana mommy?" tanya Ara. Dagunya diketuk-ketuk seperti gaya orang berfikir. Tampak seperti memikir masalah besar pula.

"Iya lah. Kalau awak sebut mommy je mana lah saya tahu? cuba sebut nama."

"Ri....Rif? Ara lupa lah nama dia. Ara selalu panggil mommy je."

"Rifa? dalam kelas saya ni Rifa lah nama paling hampir dengan yang awak sebut tu."

"Ha! betul betul betul. Mommy Rifa! mana mommy?" tanya Ara lagi.

"Ke tandas. Awak ni memang anak dia ke? mommy awak tu nampak muda je? takkan dah ada anak?"

"Iya lah. Kenapa mommy saya muda? yang penting mommy saya lawa tak macam cikgu ni. Muka dah la garang!" balas Ara.

Profesor Yana memandang Ara besar kecil sahaja sekarang ini. Geram!

Bella hanya diam di tempat duduknya. Tidak mahu pula dia tunjukkan muka pada gadis kecil itu. Tak pasal-pasal dia jadi artis kena jawab segala soalan. Macam qna dah.

Namun, gadis kecil itu sempat melihat wajah Bella.

"Ha, Aunty Bell!" panggil Ara.

"j.. jangan! bukan! saya bukan Aunty Bell!" Balas Bella seraya buku yang berada di atas meja nya diangkat menutupi muka.

𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OGWhere stories live. Discover now