WGM?! Part 2

3.9K 280 6
                                    

Bilik tidur Chanyeol bersepah dengan pelbagai barang. Cadar katil dah tertanggal. Isi bantal dah terburai dan bersepah di merata tempat. Jira terbaring di atas sofa manakala Chanyeol terbaring di atas lantai.

"Orang lain punya wedding night, romantik je. Wedding night aku? Kalah WWE"

"Kau nak sangat ke wedding night macam orang lain?" Soal Chanyeol.

"Memang lah nak. Masalahnya sekarang, aku kahwin dengan kau. Aku nak buat romantic scene tu dengan lelaki yang aku sayang, lelaki yang aku cinta"

Chanyeol ketawa.

"Kau pahal? Gila gelak sesorang? Aku tengah buat lawak ke?"

"Aah. Bagi aku lawak. Tak sangka. Budak sekolah cakap benda yang aku sendiri tak pernah terlintas nak cakap."

Jira mendengus. Sakit jiwa dia dengan manusia macam ni. Sampai hati halabeoji kahwinkan Jira dengan lelaki Psiko macam ni. Rasa nak nangis je!

Suasana dalam bilik tidur Chanyeol kembali sunyi. Dia dan Jira masing-masing tenggelam dalam dunia sendiri.

"Chanyeol, umur kau dah 24. Takkan tak ada girlfriend?" tanya Jira. Dia cuba nak jalinkan 'hubungan diplomatik' dengan si suami. Lagipun setahu dia waktu sekolah dulu Chanyeol ada teman wanita.

Chanyeol mengeluh.

"Entah laa budak."

"Alaa. Cerita lah kat aku. Eh, aku bukan budak lah!" Bantal doraemon yang dipeluk, dibaling ke arah Chanyeol.

"Ok, ok . Aku cerita.."

Jira senyap. Cuba berikan sepenuh tumpuan pada Chanyeol. Chanyeol tarik dan hembus nafas lalu muka Jira dipandang. Bibir mula menguntum senyum.

"Okay. Tamat. Macam tu lah ceritanya"

"Park Chanyeol, you stupid!"

Chanyeol ketawa. Dia bangun dan duduk bersila sambil menghadap muka Jira. Macam mana nak cerita eh?

"Dulu aku ada sorang kawan. Perempuan. Kitorang lebih kurang macam kau dengan Hun lah. Bezanya kitorang kenal masa tadika-"

"Sambung-sambung"

"Aku suka dia-"

"Kenapa tak bagitahu dia?"

"Bagi aku habis cakap dulu, baru menyampuk. Boleh tak? Kalau aku tampar kau kang sia-sia je"

Jira ketawa. Rambut Chanyeol dikusutkan.

"Okay. Sambung-sambung~"

"Masa tu kitorang rapat gila. Jarang kitorang berpisah. Kat mana ada dia, kat situ ada aku. Kecuali dalam toilet lah. Ramai orang ingat kitorang couple. Tapi masa kitorang dah graduation, dia berubah. Dia selalu mengelak bila aku ajak dia keluar."

Chanyeol baring semula di atas lantai. Dia tarik nafas dalam-dalam. Tak nak air mata dia mengalir lagi disebabkan cerita yang dah lepas. Lagi-lagi sekarang dia dengan Jira. Jatuh lah saham kalau budak ni tangkap dia tengah menangis.

"Aku ingatkan dia dah ada orang yang istimewa dalam hidup dia. Then satu hari tu aku ikit dia. Rupanya dia pergi hospital. Aku nampak dia keluar dari satu bilik pakai gaun hospital. Lepas aku paksa dia, baru lah dia bagitahu kenapa dia elak dari aku"

"Apa alasan dia?"

"Dia sakit. Leukemia. Dah tak ada harapan. Masa tu aku rasa macam hidup aku dah tak ada makna kalau dia dah tak ada. Aku down gila masa tu. Tapi dia banyak bagi nasihat kat aku. Aku tak pernah jauh dari dia. Tiap-tiap hari aku datang melawat. Kekadang sampai aku tak balik rumah. Kalau aku balik pun, sebab aku kena halau dengan dia"

Chanyeol tersenyum bila dia ingat balik waktu tu. Walaupun 'si dia' makin dekat dengan mati, senyuman tak pernah lekang dari bibir. Chanyeol ingat lagi macam mana perempuan istimewa tu halau dia. Siap minta bantuan pengawal!

"Tapi aku terkilan. Sebab masa dia hembuskan nafas terakhir dia, aku kat US, ikut appa dengan halabeoji."

"And aku tak sempat luahkan yang aku suka dia.."

Senyap.

Chanyeol pelik. Kenapa langsung tak ada respon dari Jira. Bosan sangat ke cerita aku? Tertidur ke?

"Eh? Kau nangis ke?!"

"Aku tak tahu pula kau ada kisah sedih macam ni. Kesian kau.."

Bersungguh Jira nangis. Habis merah muka dia. Chanyeol bangun semula. Dan dalam sekelip mata, Jira dah dalam dakapan dia.

"Shh. Dah, dah. Jangan lah nangis. Yang kau menangis teruk sangat ni dah kenapa? Benda dah lepas kot. Muka kau dah la memang buruk. Habis hodoh tahap apa dah sekarang."

Tersedu-sedan Jira menangis dalam pelukan si suami yang dikahwini pagi tadi.

"Nangis lah! Sedih tahu! Kalau aku jadi kau, tak tahu lah apa jadi kat aku. Gila agaknya"

"Kau tak jadi aku pun kau memang dah gila, Jira."

Chanyeol ketawa perlahan. Kalau dari segi luaran, rasanya teruk lagi keadaan Jira sekarang dari masa dia datang untuk bagi penghormatan terakhir untuk Minyoung. Sekurangnya, dia tak menangis sampai terbatuk-batuk macam Jira.

"Jira, dah la tu nangis. Nanti kalau mata kau sembap, omma salahkan aku"

"Jira?"

Tiada respon.

Chanyeol donggakkan sedikit kepala Jira. Keluhan berat dilepaskan.

"Sedih sangat sampai tertidur."

Chanyeol baringkan Jira diatas sofa. Katil dikemaskan sedikit sebelum dibaringkan Jira kat atas katil. Pintu almari dibuka dan comferter di capai. Jira diselimutkan.

"Minyoung-ah."

"Terima kasih sebab hantarkan saya pengganti awak."

We Got Married?!Where stories live. Discover now