WGM?! Part 1

14.4K 322 30
                                    

"Dah jadi isteri orang dah anak omma ni," kata Puan So Eun sambil merangkul tubuh anak perempuannya. Beberapa orang tetamu yang hadir tersenyum ke arah dua beranak ini. Seorang omma yang penyanyang bersama anak perempuan yang sempurna dari segala sudut.

"Jira sayang omma."

Puan So Eun meleraikan pelukan. Bahu Jira diusap lembut. Sesekali rambut anak perempuan dia dibelai.

"Ya, omma tahu, sayang. Walaupun Jira dah jadi wife orang, kalau ada apa-apa masalah, terus jumpa omma. Arasseo?" Jira angguk sebelum meraih kembali tubuh omma dia.

"Chanyeol-sshi"

"Ya omma?"

"Please take a very good care of my daughter"

"I will"

Selepas puas berborak dengan anak dan menantunya, Puan So Eun meninggalkan mereka berdua dan menghampiri suaminya. Chanyeol peluk bahu Jira.

"Hey budak. Omma aku panggil kau," bisik Chanyeol perlahan. Meremang bulu roma Jira dengar intonasi suara Chanyeol. Macam bunyi lelaki pervert. Chanyeol rehatkan kepala dia di atas bahu si isteri yang dikahwininya beberapa minit yang lalu.

"I'm an adult so stop calling me budak!"

Kepala Chanyeol ditolak sekuat hati. Gaun oengantin yang agak labuh, diangkat sedikit sebelum beredar, meninggalkan Chanyeol keseorangan.

"Omma panggil Jira?"

Puan Park menoleh ke belakang bila gelombang suara menantu baru dia sampai ke telinga.

"Ah, come here baby. Let me. Introduce you to our family members."

Sehun tengok Jira diheret Puan Park ke sana sini. Berkali-kali pipi Jira dicubit ahli keluarga Park. Sehun ketawa. Dia yakin sangat dalam hati berbakul Jira sumpah seranah mereka. Jira benci orang sentuh pipi dia.

"Kenapa la hidup aku malang sangat," keluh Chanyeol.

"Hyung ni! Cuba lah layan Jira tu elok-elok sikit. Dia okay kalau hyung okay dengan dia" nasihat Sehun. Chanyeol mengeluh.

"Macam mana nak layan dia elok-elok kalau tiap kali hyung cakap dengan dia, ada je ayat dia yang menyakitkan hati. Orang gila yang dah jadi normal boleh gila balik kalau bercakap dengan dia"

Sehun jentik dahi Chanyeol.

"Maksudnya hyung ni gila lah?"

Bahu Chanyeol ditepuk Sehun.

"Hun kenal Jira tu sejak kitorang still dalam bentuk zigot tau. Hun kenal sangat Jira tu perempuan yang macam mana. Kalau hyung layan dia elok-elok, lama-lama nanti dia lembut lah dengan hyung"

"Kenal sejak korang still zigot?"

Sehun mengeluh. Apasal lah bengap sangat laki kau ni Jira?

"Omma kitorang kan bestfriend takkan terpisah. So sejak kitorang dalam perut omma kitorang lagi Hun dengan Jira dah jadi gang sebab omma cakap dia dengan aunty selalu jumpa waktu pregnant" jelas sehun panjang lebar

"So hyung kena lah baik dengan bestfriend Hun tu. Baru lah hyung akan nampak feminine side dia," sambung Sehun lagi. Chanyeol senyap.

"Tapi hyung.."

"Tapi apa?"

"Kalau Jira mengadu kat Hun yang hyung buli dia ke, dera dia ke or tinggalkan dia.. Sampai lubang jamban Hun cari hyung"

Ugutan Sehun mengundang tawa Chanyeol. Dalam banyak-banyak tempat, jamban juga yang dipilihnya.

                                           -

We Got Married?!Where stories live. Discover now