Chapter 1

54.4K 1K 51
                                    

Cerita ini adalah 100% rekaan saya sendiri. Tidak melibatkan mereka yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Ini adalah first story saya dan saya memang betul-betul pertama kali ceburi bidang penulisan ini. Jadi, saya harap segala kesalahan yang saya lakukan tanpa saya sedar, awak semua dapat tegur saya. Sama-sama lah kita improve diri kita. Kepada awak yang suka dengan story saya, sila lah vote hehe. Thank you.

***********

Lagu Perfect yang dinyanyikan oleh Ed Sheeran, penyanyi orang putih itu dimainkan. Terdapat seorang pengantin perempuan yang memakai gaun labuh dan longgar berwarna biru langit sedang memasuki ke dalam dewan dan berjalan menuju ke arah suaminya yang sedang menunggu di tangga pelamin. Pengantin lelaki yang segak memakai tuxedo hitam yang muat-muat dengan tubuh badannya sedang menunggu pasangan hidupnya dengan senyuman yang lebar di bibirnya. 

"You look beautiful, love." Kata Zafran Idrees, si pengantin lelaki kepada isterinya setelah isterinya tiba dihadapan lelaki itu.

"Ya Allah awak, serious sikit. Saya nervous ni." Kata si isteri, Dian Aisya sambil meletakkan tangannya ke dalam rangkulan lengan kiri Zafran.

Setelah itu mereka berdua naik ke tangga menuju ke pelamin indah mereka yang dihiasi dengan kelopak bunga yang banyak dan cantik.

"Cantiknya anak mama" kata Puan Hasya, ibu kepada Dian Aisya.

"Handsome juga eh Angah rupanya" kata Zafira Az Zahra atau dipanggil sebagai Baby, adik bongsu kepada Zafran Idrees.

Rata-rata semua yang berada di dalam dewan majlis itu sedang merakam detik indah di majlis perkahwinan itu. Majlis yang diadakan di hotel mewah itu sangat menarik perhatian dengan perhiasan yang cantik dan elegant.

"Nyah, jom selfie." Ajak Sofea kepada kawannya, Adara Sumayyah. Adara menoleh kepada kawannya dan terus senyum ke kamera Iphone Sofea. Macam-macam gaya mereka lakukan untuk menghasilkan gambar yang cantik. "Lawa kan Dian? Suka aku tengok. Akhirnya, kahwin juga diorang." Kata Sofea kepada Adara. Adara mengangguk kepalanya sambil berkata, "Ya, cantik sangat. Happy aku tengok dia senyum tu. Majlis nya pun cantik. Macam wedding of the year." Kata Adara sambil memandang kepada sepasang pengantin tersebut yang sedang bergambar bersama keluarga mereka di atas pelamin indah itu.

Adara tersenyum. Ya, dia bahagia. Dia bahagia untuk sahabatnya, Dian Aisya. Dian Aisya dan Zafran Idrees adalah pasangan yang secocok dari zaman universiti lagi. Umur Adara dan Dian sebaya, manakala Zafran tua dua tahun dari mereka.

Flashback

Adara, pelajar sem 1 berjalan ingin memasuki ke bilik asrama nya dengan senyum bahagia di wajahnya. Tiba di biliknya, Adara terus membuka pintu biliknya, disapa dengan pandangan Dian yang sedang mengerjakan Solat Zohor. Adara terus masuk dan duduk di atas katilnya sambil meletakkan begnya dan menanggalkan tudungnya. Sementara menunggu Dian selesai mengerjakan solat, Adara mengambil phone nya dan scroll sosial media nya dan membalas mesej yang belum sempat dibalas. "Oi" tegur Dian. "Eh kau ni! Baru habis solat, dah oi oi kan aku" balas Adara. Dian tergelak. "Ala kau ni relax ah." Adara menjeling Dian. Seketika, Adara teringat perkara yang dia ingin sampaikan kepada Dian.

"Dian, aku nak cakap sikit ni." Kata Adara sambil tersenyum-senyum. Dian yang sedang melipat telekung itu terus memandang Adara dengan berkata "kau kenapa tersenyum gitu? Risau lah aku. Jangan lah." Adara tergelak kuat sambil berkata "Aku tengah happy weh ya Allah! Happy sangat!" Dian memandang Adara dengan senyum dibibir. "Happy kenapa?" Tanya Dian.

"Takde lah, tadi lepas aku keluar dari dewan kuliah tu, aku nak beli air kat mesin gedegang. Tahu-tahu mesin gedegang tu taknak terima seringgit aku. Penat aku cuba banyak kali." Cerita Adara. Dian fokus mendengar cerita Adara. "Lepas tu, aku plan nak give up. Tapi kau tahu apa jadi lepastu?" Tanya Adara dengan suara yang ditinggikan. "Jadi apa? Air dalam mesin gedegang tu tiba-tiba terkeluar sendiri ke?" Tanya Dian. "Ish! Taklah!" Balas Adara. Dian tergelak dan meminta Adara menyambung ceritanya.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now