▪𝐞 𝐧 𝐚 𝐦▪

238 12 1
                                    

Kini sudah empat bulan usia perkahwinan Danish & Puteri . Sejak dua menjak ni , Danish selalu balik lewat . Tak tahu lah dia buat apa . Makin hari makin berubah . Ruang disebelah diraba . Aik tak ada orang , mata dicelikkan .

Nafas dihela , kaki melangkah turun dari katil . Nak turun ke bawah , haus pulak tekak ni . Seketika kemudian , ada terdengar bunyi gelak tawa daripada bilik Mia . Dah dua pagi ni takkan masih tengok k - drama .

Kini dia dan Danish di rumah mereka sendiri . Mia melawat ke sini , sebab beberapa hari ni Puteri selalu rasa tidak sedap badan . Oleh itu Mia tinggal bersama mereka . Tidak tahu bahawa Mia punya adegan ke situ .

Telinga ditekup ke pintu . Bunyi ghairah kedengaran , bunyi orang buat maksiat . Seketika kemudian Puteri mendengar suara orang yang sangat sangat dikenalinya .

" Auww sakitlah biy " Rengek Mia .

" Sikit je lagi " Sah suara Danish .

Pintu itu dibuka kasar oleh Puteri . Dua orang yang berselindung di bawah selimut itu memandang ke arah pintu . Air mata Puteri mengalir deras . Danish yang berada di atas Mia beralih ke birai katil . Mia melindungi dirinya menggunakan selimut .

" Wow , hope you guys be a happy family " Sejurus itu Puteri terus masuk ke biliknya dan Danish . Segala pakaian diambil lalu dimasukkan ke dalam luggage . Air mata dikesat kasar . Kunci kereta dicapai .

♡︎

P / s : manisnya kurma , manis lagi karma

SETIA YANG DIKHIANATI [ C ]  Where stories live. Discover now