Harraz Ibad

213 12 12
                                    

Harraz berlari ke arah Mawar setelah melihat ibunya selesai membaca doa selepas solat. Harraz duduk bersila di sisi Mawar, sedang Mawar melipat sejadah dan telekung.

"Anak ibu kenapa ni?", soal Mawar lembut.

"Ibu, cuba dengar along baca Al-Fatihah. Hehehe tadi along baca dengan abi pastu abi cakap.......... Mumtaz! Ibu dengar lah pula.", comel sahaja wajah Harraz yang putih suci itu.

Sejak dia mampu menyebut kalimah, Luthfan telah mengajarnya menyebut makhraj huruf yang lain. Lidah budak-budak masih lembut, mudah apabila dilafazkan.

"Masyaallah... Okey, cepat ibu dengar.", Mawar membuat reaksi teruja. Dengan perut yang memboyot, dia mendekatkan jarak.

Lantas, Harraz membaca Surah Al-Fatihah dengan penuh fasih dan tartil. Setiap makhraj huruf jelas disebut. Selesai membaca Surah Al-Fatihah, Harraz memandang wajah ibunya.

"Kenapa ibu menangis?", soal Harraz dengan wajah risau. Dia memeluk ibunya dengan pelukan yang comel. Maklumlah, Mawar sudah berbadan dua maka tidak mampu Harraz memeluk seluruh tubuh ibunya.

Mawar membalas pelukan seraya mengusap rambut Harraz. Dia memandang mata Harraz lalu tersenyum. Memorinya mula berlayar kepada wajah seseorang yang amat dirindui.

"Wajah along sama macam arwah ummi along. Sebelum ibu kahwin dengan abi, ibu selalu dengar arwah ummi along baca Al-Quran. Merdu, lancar, tartil dan tenang je. Bila ibu dengar along baca, Ibu teringat arwah ummi along.", ujar Mawar.

Kelenjar lakrimal  merembaskan lebih banyak cecair sehingga menitis di atas telekung yang telah Mawar lipat.

Muka Harraz benar-benar menenangkan Mawar pada masa ini. Sikap baik pada Harraz seperti mewarisi daripada arwah Haura. Sungguh, jika dia diberi peluang mahu Mawar memeluk tanpa adanya noktah. Rindu membungkam hanya dapat disemadi.

"Ibu janganlah sedih lagi. Kalau ibu sedih, nanti adik along sedih.", pujuk Harraz sambil memegang perut Mawar. Dia bakal mendapat adik dalam masa terdekat ini. Semoga jadi abang mithali buat adik-adik.

"Hihihihi, ibu tak sedih dah.", balas Mawar seraya menyeka air mata yang bersisa.

"Kalau ibu rindu ummi along, ibu panggil along tau. Nanti ibu tengok muka along sampai ibu gembira.", tambah Harraz.

Dia mahu ibunya kembali tersenyum meskipun Mawar ialah ibu angkat namun ianya buka syarat untuk ingkar hormat. Mawar tersenyum lalu mengusap rambut Harraz yang lurus dan lembut itu.

"Along nak dengar suara ummi along tak?", pelawa Mawar.

Dia baru teringat akan perakam suara yang dibeli semasa tingkatan 4. Tujuan asal ialah mahu Haura menceritakan novel sekolah kepadanya sebab Mawar tidak suka membaca buku.

"Nak nak nak. Boleh ke?"

"Boleh sayang. Jap ya ibu ambil."

Mawar bangkit daripada duduk lalu bergerak ke almari yang menyimpan semua kenangan semasa sekolah. Kotak berlabuci diambil lalu meletaknya di atas katil. Dia menyuruh Harraz duduk bersama di katil tersebut.

Harraz hanya memerhati perkara yang sedang Mawar lakukan. Kelihatan sebuah alat yang agak kecil dipegang oleh Mawar. Lantas Harraz bertanya kegunaannya.

"Ibu beli alat ni masa sekolah menengah. Ibu dulu tak suka baca buku tau hahaha. Jangan ikut ibu tau tapi buku online ibu baca. Hehehe. Jadi, pendek ceritanya ibu beli supaya ibu dapat rekod apa yang arwah cakap. Nanti ibu boleh dengar banyak kali. Arwah dulu suka membaca tau, jadi ibu selalu belajar sama-sama dengan arwah.", Mawar ambil nafas dahulu.

Harraz hanya diam mendengar cerita ibunya. Tidak baik menyampuk.

"Suatu hari, ibu terfikir nak rakam suara ummi along masa baca Al-Quran sebab ibu suka dengar. Ibu minta izin dan..... This!", teruja Mawar. Dia menunjukkan alat perakam suara tersebut kepada Harraz.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now