Kritikal

157 9 0
                                    


Luthfan mengikut arahan Dheos untuk membawa Harraz ke hospital dengan kadar yang segera. Doktor Zaidi sedang merawat Harraz manakala Luthfan menjadi pemerhati setia. Terbit juga perasaan risau kepada Harraz. Kasihan bayi sekecil itu telah terlibat dengan perkara yang pasti merupakan sejarah hitam dalam hidupnya.

"Alhamdulillah Harraz tak apa-apa. Cuma kami akan masukkan air dan berikan dia susu sebab air dalam badan Harraz agak kurang. Isteri encik ada? Sebab, ada baiknya bagi susu ibu supaya anak dapat imun semula jadi dan berpanjangan.", maklum Doktor Zaidi bersama senyuman manis. Jarang dia dapat berjumpa dengan bayi sediam Harraz ini, jika tidak pasti ada yang meragam teruk.

Luthfan terpaut dengan perasaan hiba dan kasihan. Dia perlu memberitahu perkara sebenar dan secara tidak langsung, fikirannya teringat akan keselamatan Dheos dan Haura. Maka, dia menceritakan situasi sebenar kepada Doktor Zaidi seraya meminta izin untuk menelefon Raihan selaku polis yang memegang kes Aria.

Harraz berada di dalam jagaan jururawat buat sementara waktu untuk sesi rawatan. Lalu, Luthfan mula menunggu Raihan mengangkat telefon sambil berjalan ke arah lobi. Setibanya di lobi, kedengaran siren ambulans yang semakin kuat. Tanda kecemasan sedang berlaku.

Luthfan menyaksikan petugas-petugas hospital bergegas membantu para medik untuk membawa pesakit ke dalam hospital. Sphygmomanometer dalam ambulans ditanggalkan daripada pesakit lalu mengangkat sekujur tubuh itu ke atas katil yang beroda.

Pesakit itu merupakan seorang lelaki dan keadaannya agak teruk kerana badannya berlumuran dengan darah. Wajah lelaki itu tidak dapt dilihat dengan jelas kerana terhalang oleh petugas hospital yang lain.

Mereka menolak katil itu dengan laju ke zon merah yakni zon kritikal. Terzahir bahawa keadaan lelaki itu amat teruk.

Akhirnya Raihan mengangkat panggilan Luthfan.

"Sorry kacau kerja kau. Ada maklumat?"

"Ha?!", Luthfan agak terkejut mendengar berita daripada Raihan. Dia hampir pitam lalu bersandar ke dinding bangunan. Tidak semena, siren ambulans kedua pula kedengaran.

Masih keadaan yang sama dimana pesakit berlumuran dengan darah tetapi dia seorang perempuan. Luthfan mula tidak sedap hati. Dia merasakan sesuatu yang tidak kena dengan situasi pada masa ini.

Para petugas menolak dengan laju katil beroda itu ke zon merah juga. Luthfan cuba berfikiran positif dan rasional. Dia perlu mengikut arahan Dheos agar Harraz selamat dan doakan yang terbaik. Mungkin, kejadian tadi hanya kebetulan sahaja.

Otot interkostal mengecut lalu membenarkan sangkar rusuk bergerak ke atas dan keluar. Rongga toraks pula menjadi besar yang menyebabkan tekanan di dalam rongga toraks lebih rendah berbanding tekanan atmosfera. Lantas, membenarkan udara di luar memasuki tubuh Luthfan dengan mudah.

Cara pernafasan yang betul dapat membantu oksigen sampai ke setiap sel badan agar dapat menjalankan respirasi sel dengan baik. Dengan itu, otak Luthfan dapat berfikir dengan waras tindakan yang patut diambil seterusnya.

  
"اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ "

Berkali kali Luthfan berselawat di dalam hati agar fikiran negatif menjauh. Dia tahu bahawa Dheos tidak mudah mengalah. Setelah mendapat ketenangan, Luthfan menuju semula ke tingkat atas untuk menemani Harraz Ibad.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Puan Arissa sedang khuatir akan keselamatan Haura pada saat ini. Dia sudah seperti orang yang tiada arah tuju kerana kerisauan yang membelengu.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now