Qays

116 11 0
                                    


"Awek mana ni?"

"Member adik sedara aku."

"Boleh tahan. Hang ada plan ka?"

"Ada tu ada tapi.... Aku nak minta tolong hang sat."

"Pa dia?"

Qays memberi buah ideanya kepada Yat dengan penuh teliti. Dia akan memastikan rancangan ini berjaya walaupun salah mengikut akal yang sihat.

"Uish! Hang betui dak ni?", Yat menolak kepala Qays yang berada dekat dengannya. Gambar Haura diambil lalu diberi semula kepada Qays tanda tidak bersetuju.

"Apa yang salah nya? Aku mencuba.", nafi Qays dengan persoalan yang Yat berikan. Jika orang tua yang sudah berkahwin 50 atau 60 tahun mampu bercerai, apatah lagi jika baru setahun jagung.

"Hang tau dok? Hang sedaq dok? Perempuan tu bini orang, ada anak lagi. Awak hang ni? Dah tak da anak dara ka?", marah Yat namun dengan nada yang masih stabil.

"Hang tak mau tolong aku, biaq pi. Aku tetap dengan keputusan aku.", putus Qays nekad.

"Gila hang ni. Qays, seteruk akulah, bini orang tak pernah aku sentuh. Tak pernah! Aku tak mau masuk campoq urusan hang.", tolak Yat dengan segera. Amat tidak masuk akal apa yang Qays cuba lakukan.

"Hang cakap macam hang malaikat. Bagitau aku, anak dara mana yang hang tak pernah rosakkan? Bagitau lekaih. Cakap macam malaikat, perangai setan. Hang gan aku dua kali lima ja. Sama-sama setan.", perli Qays dengan muka yang tersenyum.

Kolar baju Qays digenggam dengan kuat sermentara buku lima sudah berada di udara, hanya menunggu masa sahaja sampai ke muka Qays. Qays memejam matanya tetapi tiada sebarang hentaman terjadi. Dia membuka matanya semula dan dapat dilihat mata Yat mula memerah.

Yat melepaskan genggaman kolar Qays lalu menolaknya sehingga terjatuh. Dia tidak memberi sebarang kata-kata dan terus beredar meninggalkan Qays yang dipenuhi tanah.

Qays hanya melihat rakan jahatnya meninggalkan dirinya tanpa sebarang reaksi.
   "Hang pahal nak emo?!", jerit Qays daripada jauh.

Namun, Yat terus memanaskan enjin motor dan memecut dengan laju. Helmet tidak disarung kerana kepala dia memang keras.

Tiba di rumah, Yat membuka daun pintu dengan kasar seraya membaling kunci motor ke atas kerusi. Rumah bujang itu hanya ada satu bilik sahaja sesuai dengan Yat.

Dia menuju ke bilik tidur lalu menghempas punggungnya di atas katil. Gambar yang berada di atas meja solek ditatap dengan penuh perasaan hiba, sedih dan benci. Kesemua perasaan itu sedang disebatikan dalam satu masa.

Yat mengambil gambar itu lalu menyentuh wajah seorang perempuan yang digelar ibu. Disebelah ibu pula ialah dirinya yang berusia 17 tahun. Ketinggian Yat melepasi ketinggian ibunya. Gambar itu melakarkan senyuman yang paling bahagia di dalam hidup ibu dan dirinya tetapi semua itu hanya lakonan.

Air mata jantannya mula menitis di atas bingkai kaca gambar itu. Ibu ialah wanita pertama yang Yat kenali dan amat kasihi akan dirinya.

"Abang nak pergi mana?"

Aku mendengar soalan yang sama diajukan oleh ibu tetapi masih tiada jawapan.

"Abang nak pergi mana? Jawablah!", suara ibu sudah mula meninggi.

"Ouh... Dah berani naikkan suara. Urusan aku, suka hati akulah!", abah menolak ibu sehingga terjatuh.

"Abang nak jumpa perempuan tu kan?!", kasar pertanyaan ibu.

"Hei! Kau buat urusan kau dan aku buat urusan aku", ujar abah sambil menunjal kepala ibu dengan kuat.

Aku tidak sampai hati melihat ibu diperlakukan sebegitu lalu segera aku menyampuk pertelagahan tersebut.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now